Xiaomi SU7 Dilancar, Spesifikasi Lebih Berkuasa Dan Murah Dari Tesla

Selepas diumumkan pada lewat Disember 2023 lalu, Xiaomi hari ini secara rasmi melancarkan EV pertama mereka untuk pasaran China.

Xiaomi SU7 ditawar dalam 3 varian iaitu Standard, Pro dan Max dengan masing-masing berharga RMB215,900 (~RM141,572), RMB245,900 (~RM161,244) dan RMB299,900 (~RM196,654).

Xiaomi juga menawarkan SU7 Founders Edition tetapi terhad kepada 5,000 unit pada harga yang sama seperti edisi standard dan Max, dengan penghantaran dijadualkan bermula seawal 3 April tahun ini.

Kapsyen: Xiaomi SU7 didatangkan dengan peti sejuk terbina berkapasiti 4.6L, boleh memuatkan sehingga 6 tin air.


Manakala penghantaran bagi varian standard dan Max akan bermula pada penghujung April, dan varian Pro pada akhir Mei.

Varian standard Xiaomi SU7 dikuasakan oleh bateri bilah BYD berdasarkan kimia fosfat besi litium dengan kapasiti 73.6 kWj dan julat CLTC sejauh 700 km.

Ia boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 5.28 saat dan mempunyai kelajuan tertinggi 210 km/j.

Kapsyen: Tayar Xiaomi SU7 datang dalam pilihan tiga saiz, 19 inci, 20 inci dan 21 inci.


Xiaomi SU7 Pro pula adalah model pacuan roda belakang motor tunggal yang dikuasakan oleh Bateri Shenxing CATL dengan kapasiti 94.3 kWj dan julat CLTC sejauh 830 kilometer.

Manakala Xiaomi SU7 Max pula model dilengkapi dengan dwi-motor, pacuan empat roda yang dikuasakan oleh Bateri Qilin CATL dengan kapasiti 101 kWj dan julat CLTC sejauh 810 kilometer.

Kapsyen: Xaiomi membelanjakan sebanyak AS$10 bilion untuk membangunkan EV SU7 mereka.


Xiaomi berkata, EV SU7 adalah berdasarkan platform 400 V yang boleh mendapatkan jarak 350 kilometer dengan pengecasan selama 15 minit sahaja dan 510 kilometer untuk versi 800 V.

Xiaomi memaklumkan mereka sedang membina stesen pengecas supernya sendiri menggunakan penyelesaian pengecasan super penyejuk cecair 600 kW, dengan stesen pertama akan beroperasi di Beijing, Shanghai dan Hangzhou.

https://www.youtube.com/watch?v=ueEtzLhdePg

{suggest}

Sumber: cnevpost