Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja

Sedar tak sedar, kita dah nak masuk tahun 2024 dan bila kita lihat pelbagai inovasi yang hadir dalam telefon pintar, teknologi pengecasan pantas adalah antara yang paling menarik dan penting sekali.

Hal ini demikian kerana pengecasan pantas memudahkan urusan seharian pengguna dengan mengurangkan masa yang diperlukan untuk dicas.

Selain itu, teknologi ini juga sangat bermanfaat terutamanya dalam situasi kecemasan di mana pengguna hanya ada masa yang terhad untuk mengecas telefon mereka.



Oleh sebab itu, realme memperkenalkan realme GT3 - sebuah telefon pintar dengan ciri pengecasan paling pantas di dunia melalui teknologi SuperVOOC 240W.

Nak tahu berapa pantasnya kemampuan pengecasan telefon ini, teruskan membaca.

Pengecasan Paling Pantas


Melalui teknologi paling inovatif daripada realme ini, ia sangat memudahkan dan meningkatkan pengalaman penggunaan realme GT3. 

Setakat yang kami uji, realme GT3 ini hanya mengambil purata masa sekitar 10 minit sahaja untuk dicas sepenuhnya. 



Memang benar, selama ini kami telah menguji dan mencuba pelbagai pengecas daripada banyak telefon pintar yang sedia ada.

Namun, tiada satu pun yang mempunyai sistem pengecasan yang sepantas atau mampu menyaingi SuperVOOC 240W realme GT3 ini.

Kami yakin mesti ada yang risau dan tertanya-tanya, pengecas yang laju-laju ini selamat ke?



Jangan risau sebab pengecas telefon ini adalah pertama dalam dunia yang menerima TUV Rheinland Safe Fast Charge System Certification. Dan bateri 4,600mAh dia ini juga memang tahan lasak di mana walaupun selepas 1600 kitaran pengecasan, ia mampu mengekalkan sekurang-kurangnya 80% kapasiti.



Di samping itu, realme membekalkan kabel pengecasan USB-C kepada USB-C berkelajuan tinggi 12A untuk menampung kelajuan pengecasannya. Dan tidak lupa juga pengecasan berkuasa dengan dwi-komponen GaN padanya.

Prestasi Padu


realme GT3 dikuasakan cip andalan Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1, memori RAM LPDDR5X sebesar 16GB dengan tambahan sehingga 12GB dan storan pantas UFS 3.1 berkapasiti 1TB.



Ini adalah spesifikasi telefon pintar yang paling kompetitif dalam kelasnya kerana realme GT3 memberikan prestasi yang cukup berkuasa, memori yang pantas serta saiz storan yang cukup besar untuk penggunaan anda.

Sekiranya anda suka untuk bermain mobile games sekalipun contohnya seperti Mobile Legends: Bang Bang, tidak menjadi masalah dan peranti ini adalah lebih cukup untuk mengendalikan apa-apa jenis permainan.



Melalui saiz storan 1TB itu, tiada lagi kerisauan akan isu atau masalah kapasiti telefon tidak mencukupi dan boleh menyimpan banyak gambar, fail serta memuat turun pelbagai aplikasi.

Rekaan Menawan, Binaan Kukuh




realme GT3 ini hadir dengan rekaan yang cantik, terasa begitu kukuh apabila anda memegang dan kemasan matte yang begitu premium. 

Menariknya lagi, ia hadir dengan ciri lampu RGB dengan rekaan Pulse Interface yang akan berinteraksi dengan setiap notifikasi anda.



Selain itu, ia hadir dengan skrin Ultra AMOLED 6.74” yang menyokong kadar segar semula 144Hz. Jadi, peranti ini mampu memberikan paparan dan kualiti skrin yang terbaik semasa anda menggunakannya terutamanya ketika menonton video 

realme GT3 Telefon Dengan Pengecasan Paling Pantas Di Dunia


Dengan pelbagai ciri yang ditawarkan seperti di atas, realme GT3 secara tidak langsung menjadi wajah utama akan jenama itu untuk tahun 2023 ini.



Hal ini demikian kerana peranti ini juga dilengkapi menyokong ketersambungan 5G, ada NFC, IR blaster, kamera utama Sony 50MP OIS, dikendalikan Android 13, Hi-Res Audio dengan Dolby Atmos dan hanya dijual pada tanda harga RM2,799.

Secara tidak langsung, ini menjadikan realme GT3 sebuah peranti yang lengkap dan berbaloi untuk dimiliki dalam kelas harganya. 

Anda boleh membeli realme GT3 ini di stor rasmi realme di Shopee, Lazada dan TikTok.

*Artikel ini dibawakan oleh realme Malaysia