Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'

Xiaomi terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran peranti kelas pertengahan dengan menyajikan ciri-ciri premium yang diimpikan pengguna.

Dalam perkembangan terkini, Xiaomi baru sahaja melancarkan empat model dalam siri Redmi Note 13. Antaranya terdiri daripada Redmi Note 13, Redmi Note 13 5G, Redmi Note 13 Pro 5G dan Redmi Note 13 Pro+ 5G.



Untuk siri Redmi Note 13, pengguna tidak hanya mendapatkan sebuah peranti pada harga berbaloi, malah satu kombinasi yang memukau antara kamera, rekaan dan prestasi.

Kamera Padu, Hasil Tiada Tandingan


Siapa sahaja tidak inginkan sebuah peranti yang mampu menghasilkan gambar cantik. Namun begitu, mungkin ramai yang beranggapan nak gambar cantik, kena keluarkan bajet lebih.



Tapi sebenarnya tidak. Telefon mid-range juga boleh menghasilkan imej setaraf photographer. Sebagai contoh, Redmi Note 13 Pro 5G dan Redmi Note 13 Pro+ 5G dilengkapi lensa utama sebesar 200MP.



Dengan resolusi kamera yang lebih tinggi, ditambah pula sokongan OIS, sudah cukup rasa untuk memberikan perincian yang jelas, ikonik dan tiada tandingan dalam setiap imej yang dihasilkan.

Rekaan Ikonik, Ketahanan Aras Baru


Redmi juga tidak ketinggalan apabila bercakap bab rekaan. Untuk pertama kalinya dalam siri Redmi Note, Redmi Note 13 Pro+ 5G tampil dengan paparan skrin melengkung. Lihatnya sahaja sudah sedap mata memandang, apatah lagi jika disentuh terasa begitu premium. Lebih menarik, bezelnya kini lebih nipis, sekali gus menjadikan skrin lebih luas.



Memang benar, cantik sahaja tak cukup kalau dari segi ketahanan ke laut. Untuk pengetahuan, siri Redmi Note 13 merupakan peranti tahan lasak. Redmi Note 13 5G didatangkan dengan Corning Gorilla Glass 5, sementara Redmi Note 13 dengan Corning Gorilla Glass 3.



Tidak cukup dengan itu, Redmi Note 13 Pro+ 5G pula dilengkapi Corning Gorilla Glass Victus. Bukan itu sahaja, peranti ini turut menjadi yang pertama dalam siri Redmi Note dengan sokongan penarafan kalis air dan habuk IP68.

Dengan peningkatan ini, ia memberikan jaminan tambahan kepada pengguna. Manakan tidak, input sentuhan pada paparan lebih responsif dan tepat walaupun dalam keadaan hujan.

Prestasi Padu Di Hujung Jari


Kamera canggih, rekaan pun dah sedap, prestasi pula macam mana? Bukan asing lagi, ia turut menawarkan pengalaman penggunaan yang premium.

Keempat-empat model dalam siri Redmi Note 13 dilengkapi paparan AMOLED bersama sokongan kadar segar semula 120Hz. Nak scroll Instagram, TikTok atau nak main game pun terasa sungguh lancar. Mahu lebih lagi? Redmi Note 13 Pro 5G dan Redmi Note 13 Pro+ 5G ada paparan 1.5K.

Setiap satu daripadanya dimuatkan kapasiti bateri 5,000mAh, manakala Redmi Note 13 Pro 5G dengan 5,100mAh. Nak ambil gambar, nak tonton Netflix sepanjang hari pun tak mengapa. Untuk aktiviti luar, tak perlu bersusah payah bawa power bank ke sana ke sini.



Lebih-lebih lagi, Redmi Note 13 Pro+ 5G turut mempunyai sokongan pengecasan pantas 120W HyperCharge. Bukan satu atau setengah jam, pengecasan penuh dengan berdesup mampu diisi dalam tempoh 19 minit sahaja.

Tidak seperti sesetengah jenama yang ada di pasaran, Redmi turut menyertakan pengecas dalam kotak pembelian. Tak perlu beli berasingan, tak perlu tambah bajet.

Antara lainnya, siri Redmi Note 13 digandingkan bersama sokongan memori sehingga 12GB RAM dan storan sehingga 512GB. Keempat-empat model menyokong Dolby Atmos, IR Blaster, NFC serta menjalankan MIUI 14 berasaskan Android 13.

Inilah Telefon Dengan Gabungan Spesifikasi Memukau


Jika inginkan telefon kelas pertengahan yang menggabungkan semuanya dalam satu pakej, tanpa perlu berbelanja besar – siri Redmi Note 13 adalah jawapannya. Tapi nak pilih model mana satu? Memandangkan setiap model mempunyai kelebihan masing-masing, pilih sahaja ikut kemampuan tanpa perlu rasa was-was.



Menjadi model dengan spesifikasi paling tinggi, Redmi Note 13 Pro+ 5G dikuasakan cip pemproses MediaTek Dimensity 7200-Ultra. Sementara Redmi Note 13 Pro 5G didatangkan dengan janaan cip Snapdragon 7s Gen 2.

Dua model standard iaitu Redmi Note 13 dan Redmi Note 13 5G masing-masing dijana cip Snapdragon 685 dan MediaTek Dimensity 6080.

Sebagai promosi, Xiaomi menawarkan Redmi Buds 4 Active bernilai RM119, Xiaomi Smart Band 8 Active bernilai RM129 secara percuma bagi setiap pembelian Redmi Note 13 Pro 5G dan Redmi Note 13 Pro+ 5G. Pembelian bagi mana-mana model standard akan mendapat Redmi Buds 4 Active secara percuma.

Jualan akan bermula 20 Januari 2024 dan boleh didapati melalui kedai jualan di Shopee, Lazada atau kedai fizikal. Untuk lebih lanjut mengenai siri Redmi Note 13, layari laman rasmi melalui pautan ini https://event.mi.com/my/redmi-note-13-series.

*artikel ini dibawakan oleh Xiaomi Malaysia.

Berkaitan