Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi AI Glasses_featured image

Xiaomi AI Glasses Kini Rasmi – Cermin Mata Pintar Pertama Xiaomi

Diterbitkan Jun 26, 2025 · Dikemas kini Jun 26, 2025 oleh Amalina Athman

Dalam acara yang berlangsung di China hari ini, Xiaomi memperkenalkan Xiaomi AI Glasses, cermin mata pintar pertama keluaran syarikat itu yang dilengkapi pelbagai ciri berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Xiaomi AI Glasses_1

Dengan berat 40g, Xiaomi AI Glasses ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Black, Brown dan Green. Ia turut dilengkapi kanta electrochromic yang boleh berubah warna dalam masa 0.2 saat.

Xiaomi AI Glasses_2

Bahagian bingkainya menggunakan engsel aloi titanium untuk ketahanan jangka panjang dan keselesaan, dengan rekaan yang memang disesuaikan untuk kontur wajah orang Asia.

Xiaomi AI Glasses dikuasakan sistem dwi-cip, termasuk cip Snapdragon AR1 untuk tugasan berprestasi tinggi, serta cip kuasa rendah berasaskan Xiaomi Vela OS. Cermin mata ini diintegrasikan dengan bateri 263mAh yang mampu bertahan sehingga 8.6 jam.

Xiaomi AI Glasses Kini Rasmi – Cermin Mata Pintar Pertama Xiaomi

Di bahagian kamera, AI Glasses dimuatkan sensor 12MP Sony IMX681, sesuai untuk rakaman first-person atau panggilan video secara terus dari cermin mata. Ia juga mempunyai dua pembesar suara, lima mikrofon dengan teknologi bone-conduction dan kalis bunyi angin.

Dibina dengan sistem Xiaomi AI, cermin mata ini turut menyokong pelbagai keupayaan seperti terjemahan teks, pengesanan objek, kiraan kalori dan soalan harian.

Selain itu, ia juga boleh digunakan sebagai pembantu mesyuarat, lengkap dengan ciri transkripsi automatik, ringkasan pintar dan terjemahan masa nyata dalam 10 bahasa, termasuk Inggeris, Jepun, Jerman dan Sepanyol.

Untuk penggunaan lebih lancar, Xiaomi AI Glasses boleh dipadankan terus dengan telefon pintar Xiaomi bagi fungsi kamera bersama. Ia turut menyokong pengecasan USB-C dan boleh digunakan untuk penstriman langsung secara plug-in.

Harga dan ketersediaan

Xiaomi AI Glasses Kini Rasmi – Cermin Mata Pintar Pertama Xiaomi

Di China, Xiaomi AI Glasses ditawarkan pada harga bermula 1,999 yuan (sekitar RM1,178) dan sudah boleh didapati melalui saluran rasmi di negara itu.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • EV Xiaomi SU7 Ultra Pecah Catatan Masa Litar Lumba Nürburgring
  • Xiaomi Patenkan Teknologi Bateri Keadaan Pepejal Baharu, 10 Minit Cas Beri Julat 800 Km
  • Xiaomi Mix Flip 2 Rasmi - Snapdragon 8 Elite, Bateri Lebih Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY