Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi mix flip 2

Xiaomi Mix Flip 2 Rasmi – Snapdragon 8 Elite, Bateri Lebih Besar

Diterbitkan Jun 26, 2025 · Dikemas kini Jun 26, 2025 oleh Amsyar Latif

Xiaomi secara rasmi melancarkan Xiaomi MIX Flip 2, peranti boleh lipat terbaharunya yang menampilkan reka bentuk premium dengan peningkatan menyeluruh dari segi prestasi dan kamera.

Dikuasakan Snapdragon 8 Elite, MIX Flip 2 membawa prestasi andalan dalam rekaan yang ringan dan mudah dibawa, hanya 7.57mm tebal dan 199g berat.

Antara tarikan utama termasuk bateri besar 5165mAh yang mana pertama dalam kategori ‘Flip’ melebihi 5000mAh serta sistem penyejukan dwi-VC 3D untuk pengalaman penggunaan yang lebih selesa. Turut menyokong pengecasan 67W berwayar dan 50W wayarles.

Dari segi fotografi, ia hadir dengan sensor Light Fusion 800 dan lensa Leica Summilux yang terdiri 50MP lebar dan 50MP ultra lebar. Sementara 32MP swafoto.

Skrin luaran 3.5 inci juga diperbaharui, kini menyokong lebih 500 aplikasi termasuk media sosial, navigasi, muzik, dan pembelian dalam talian.

Pengguna turut boleh menghasilkan skrin kunci haiwan peliharaan AI interaktif berdasarkan gambar sebenar, satu ciri yang menggabungkan sentuhan peribadi dengan teknologi generatif AI.

Ditawarkan dalam empat warna asas – Shell White, Lattice Gold, Nebula Purple dan Plum Green.

MIX Flip 2 hadir dengan pilihan storan sehingga 16GB RAM dan 1TB storan dalaman. Harga bermula dari RMB5,999 (~RM3,540).

Selain itu, Xiaomi turut melancarkan MIX Flip Special Edition dengan lapan warna menarik, dijual pada harga RMB5,999 (~RM3,540) hingga RMB6,499 (~RM3,835), dan boleh didapati menerusi Xiaomi Store, aplikasi Xiaomi Auto dan Xiaomi Home.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Xiaomi Patenkan Teknologi Bateri Keadaan Pepejal Baharu, 10 Minit Cas Beri Julat 800 Km
  • Xiaomi Sedari 3 Pepijat Kritikal Yang Ada Pada HyperOS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY