Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi SU7 Ultra

EV Xiaomi SU7 Ultra Pecah Catatan Masa Litar Lumba Nürburgring

Diterbitkan Jun 12, 2025 · Dikemas kini Jun 12, 2025 oleh ariff bukhari

Kereta elektrik (EV) Xiaomi telah mencatat sejarah apabila model Xiaomi SU7 Ultra berjaya memecah rekod sebagai Kereta Elektrik Eksekutif Terpantas di litar lumba terkenal Nürburgring Nordschleife, Jerman, dengan catatan masa 7 minit 4.957 saat.

Xiaomi SU7 Ultra merupakan EV berprestasi yang dilengkapi motor elektrik berkuasa tinggi, bateri berkuasa dan sistem kawalan motor pintar.

Xiaomi SU7 Ultra

Xiaomi SU7 Ultra menggunakan tiga motor elektrik (dua V8 dan satu V6) yang menghasilkan kuasa maksimum sehingga 1,548 PS, mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 1.98 saat, dan mencapai kelajuan lebih 350 km/j.

Model ini juga dilengkapi dengan pakej litar khas dan sistem kawalan kerangka yang memastikan cengkaman dan prestasi maksimum semasa berlumba.

Xiaomi kini menjadi rakan rasmi kepada litar Nürburgring dan telah menamakan salah satu selekoh di litar Grand Prix sebagai “Xiaomi Curve“.

Kerjasama ini akan membantu Xiaomi menguji dan membangunkan teknologi EV generasi baharu mereka yang bukan sahaja lebih pantas tetapi juga meningkatkan lagi kualiti dan keselamatan EV masa hadapan.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Xiaomi SU7 Ultra Kini Dalam Gran Turismo 7
  • Komputer Riba Permainan TUF Dengan Siri RTX 50 Dilancarkan, Harga Dari RM5,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY