Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi SU7

Xiaomi Patenkan Teknologi Bateri Keadaan Pepejal Baharu, 10 Minit Cas Beri Julat 800 Km

Diterbitkan Jun 16, 2025 · Dikemas kini Jun 16, 2025 oleh ariff bukhari

Bermula sebagai pengeluar telefon pintar dan barangan elektronik sehingglah kenderaan elektrik (EV), Xiaomi kini turut sama dalam perlumbaan pembangunan bateri EV pula.

Ia selepas syarikat itu mendedahkan paten  untuk pembangunan bateri keadaan pepejal baharu.

Reka bentuk yang dipatenkan itu menampilkan struktur elektrod berlapis, di mana elektrolit pepejal (diperbuat daripada polimer dan garam logam) menembusi ke dalam lapisan elektrod, menjadikan laluan ion lebih pendek dan meningkatkan prestasi pengecasan.

Xiaomi juga menyatakan bahawa rekaan ini serasi dengan barisan pengeluaran bateri litium sedia ada, sekali gus memudahkan pengeluaran besar-besaran bateri itu nanti di masa depan.

Prototaip bateri itu menyokong rekaan Cell-to-Body (CTB) dengan kecekapan volum 77.8%, dan hanya setinggi 120mm termasuk lantai kenderaan yang akan memberi kelebihan pada ruang dalaman kenderaan yang lebih luas dan agihan berat lebih baik.

Xiaomi mendakwa bateri ini boleh mencapai jarak 1,200km (standard CLTC) dan menyokong pengecasan 800km dalam masa hanya 10 minit.

Langkah Xiaomi ini menunjukkan potensi mereka untuk menghasilkan bateri dalaman sendiri untuk EV masa depan, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pembekal luar seperti CATL dan BYD.

Berkaitan

  • Jom Rebut iPad Percuma, Hanya Naik Taraf Unifi Sekarang
  • EV Xiaomi SU7 Ultra Pecah Catatan Masa Litar Lumba Nürburgring
  • Inilah Sensor Kamera Terkecil Di Dunia, Bersaiz Sebutir Pasir

Sumber: CNC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY