Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ciri baru WhatsApp Mac 2026_

WhatsApp Kini Hadir Dengan Sejumlah Ciri Baharu

Diterbitkan Mac 27, 2026 · Dikemas kini Mac 27, 2026 oleh Amalina Athman

WhatsApp secara rasmi hari ini mengumumkan beberapa ciri baharu di platform pemesejan itu.

Sebelum itu, perlu diambil perhatian bahawa sejumlah pengguna mungkin telah mendapat akses kepada semua ciri ini lebih awal. Namun, dengan pengumuman rasmi daripada WhatsApp, ia menandakan pelancarannya secara meluas serta ketersediaan untuk lebih ramai pengguna di peringkat global.

Dua akaun WhatsApp dalam satu peranti

Mula tersedia sejak beberapa bulan lalu, sokongan dua akaun WhatsApp untuk peranti iOS kini diumumkan secara rasmi. Sama seperti di Android, pengguna iOS boleh mempunyai dua akaun WhatsApp yang dilog masuk pada masa sama.

whatsapp iOS berbilang akaun_1

Pengguna juga lebih mudah mengetahui akaun yang dilog masuk kerana gambar profil kini boleh dilihat pada tab “You” di bahagian bawah.

Untuk mengetahuinya cara menambah akaun kedua WhatsApp di iOS, teruskan bacaan di SINI.

Pindahkan perbualan merentas platform

Ciri pemindahan sembang (chat transfer) kini menyokong peralihan sejarah sembang daripada iOS kepada Android, selain pemindahan dalam platform yang sama. Ciri ini boleh diakses melalui Settings > Chat > Transfer chat history.

WhatsApp 2026_2

Pengurusan storan

Pengguna kini boleh menguruskan fail, termasuk memadam fail yang besar, secara terus dalam mana-mana sembang. Hanya klik nama sembang dah pilih “Manage storage”.

WhatsApp 2026_1

Selain itu, di bahagian “Clear Chat” kini terdapat pilihan “Clear media files..” untuk mengosongkan fail media sahaja, dan mengekalkan sejarah sembang.

Carian pelekat lebih mudah

WhatsApp kini memudahkan carian pelekat (sticker) berdasarkan emoji yang ditaip.

emoji carian pelekat whatsapp_1

Dengan ciri baharu ini, apabila pengguna memilih emoji dari papan kekunci, WhatsApp akan mencadangkan pelekat yang mempunyai maksud visual sepadan.

Kemasan foto dengan Meta AI

Pengguna kini boleh menggunakan Meta AI untuk memperkemas foto secara terus dalam sembang, sebelum menghantar kepada mana-mana kenalan. Antaranya termasuk mengalih keluar objek, menukar latar belakang atau menggunakan gaya menarik.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • WhatsApp Perkenal 'Akaun Diurus Ibu Bapa' Untuk Pengguna Bawah 13 Tahun
  • Meta Perkenal Alat Pengesanan Penipuan Di Facebook, WhatsApp, Messenger
  • WhatsApp Uji Ciri Senarai Audiens Tersuai Untuk Kemas Kini Status

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY