Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cara tambah 2 number whatsapp iphone 2

Cara Tambah Akaun Kedua WhatsApp Di iPhone

Diterbitkan Januari 19, 2026 · Dikemas kini Januari 21, 2026 oleh Aminuddin Ahmad

Akhirnya, pengguna iPhone di Malaysia kini sudah boleh memiliki dua nombor telefon dalam satu aplikasi WhatsApp.

Terdahulu, kami pernah melaporkan bahawa WhatsApp sedang menguji ciri ini untuk pengguna terpilih di dalam program beta.

Semalam, aplikasi WhatsApp (bukan versi Beta) yang saya gunakan sudah menyokong ciri untuk menambah satu lagi nombor telefon.

Ini bermakna pengguna iPhone kini tidak perlu memasang aplikasi WhatsApp Business untuk nombor kedua.

Sebelum anda ikut langkah di bawah, pastikan anda sudah mengemaskini (update) aplikasi WhatsApp ke versi terbaru di App Store.

Cara tambah 1 lagi nombor dalam WhatsApp

  1. Dalam aplikasi WhatsApp, tekan tab Profile (hujung kanan).
  2. Tekan simbol “+” di sebelah nama anda.
  3. Tekan “Add account” dan ikuti langkah seterusnya hingga selesai.

cara buat 2 akaun whatsapp di iphone

cara buat 2 akaun whatsapp di iphone

Berapa banyak nombor boleh tambah?

Buat masa sekarang, anda hanya boleh menambah sehingga 2 nombor telefon/akaun sahaja dalam satu aplikasi WhatsApp.

WhatsApp saya tak boleh pun?

Jika anda dapati aplikasi WhatsApp anda masih tiada simbol “+” dan tidak boleh menambah nombor telefon lain, anda tiada cara lain melainkan menunggu saja.

WhatsApp terkenal dengan sifatnya yang memberikan ciri terbaharu secara berperingkat untuk pengguna seluruh dunia. Ini bermakna anda akan dapat juga ciri ini lambat-laun. Jika tidak hari ini, mungkin minggu depan.

Untuk makluman, ciri ini sudah tersedia di Android sejak beberapa bulan lepas lagi.

Sungguh, sabar itu sifat harus bagi penghuni digital.

Berkaitan

  • Pengguna iOS Kelak Boleh Log Masuk Berbilang Akaun WhatsApp Dalam Satu Peranti
  • Pengguna WhatsApp Di iOS Mula Terima Ciri Log Masuk Berbilang Akaun
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY