Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp_featured image2

WhatsApp Perkenal ‘Akaun Diurus Ibu Bapa’ Untuk Pengguna Bawah 13 Tahun

Diterbitkan Mac 12, 2026 ยท Dikemas kini Mac 12, 2026 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini melancarkan ciri baharu yang membolehkan ibu bapa atau penjaga menguruskan akaun bagi pengguna di bawah 13 tahun.

Akaun ini hanya terhad kepada fungsi pemesejan dan panggilan, serta tidak akan dipaparkan dengan sebarang iklan. Ia tidak mempunyai akses kepada ciri seperti Meta AI, Channel, Status, Kunci Sembang, Kunci Aplikasi, peranti terpaut, perkongsian lokasi, mesej lihat sekali (view once) serta mesej menghilang dalam sembang individu.

WhatsApp Akaun diurus ibu bapa

Menurut WhatsApp, semua perbualan peribadi akaun terurus masih dilindungi dengan penyulitan hujung ke hujung, dan tiada sesiapa dapat melihat atau mendengar perbualan tersebut.

Bagi menyediakan akaun yang diuruskan ibu bapa, peranti ibu bapa dan kanak-kanak perlu berada sebelah menyebelah untuk memautkan akaun. Ibu bapa perlu mendaftar dan mengesahkan nombor telefon kanak-kanak, mengesahkan umur mereka, serta mengimbas kod QR pada peranti kanak-kanak bagi memautkan kedua-dua akaun tersebut.

WhatsApp Perkenal ‘Akaun Diurus Ibu Bapa’ Untuk Pengguna Bawah 13 Tahun

Ibu bapa juga boleh menetapkan PIN enam digit bagi memastikan hanya mereka yang boleh mengakses dan mengubah tetapan permintaan mesej, privasi serta notifikasi aktiviti daripada peranti yang diuruskan.

Secara default, hanya kenalan yang disimpan boleh menghantar mesej kepada akaun terurus dan hanya ibu bapa yang boleh menentukan kumpulan yang boleh disertai oleh akaun tersebut.

Mesej dan undangan kumpulan daripada kenalan yang tidak dikenali akan dihantar kepada folder “Permintaan” untuk mendapatkan kelulusan ibu bapa.

Selain itu, ibu bapa juga akan diberitahu tentang aktiviti penting pada akaun terurus, seperti apabila kenalan ditambahkan atau apabila terdapat permintaan mesej baharu.

Akaun diurus ibu bapa sedang dilancarkan secara berperingkat dan mungkin belum tersedia untuk semua pengguna. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang penyediaan akaun diurus ibu bapa, klik di sini.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • WhatsApp Perkenal Ciri Baharu Untuk Kawalan Keselamatan Lebih Ketat
  • WhatsApp Perkenal Sejarah Mesej Kumpulan, Mudahkan Ahli Baru Ikuti Perbualan
  • Sejumlah Pengguna WhatsApp Mula Terima Ciri Kongsi Status Dengan Nombor Tidak Disimpan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY