Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp_featured image a

Carian ‘Sticker’ Di WhatsApp Kini Lebih Mudah

Diterbitkan Januari 22, 2026 · Dikemas kini Januari 22, 2026 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini mula memperkenalkan ciri cadangan pelekat atau sticker berasaskan emoji.

Ciri ini sebenarnya telah pun diuji sebelum ini dalam versi beta Android dan iOS, namun kini pengguna iOS versi stabil mula menerimanya.

Dengan ciri baharu ini, apabila pengguna memilih emoji dari papan kekunci, WhatsApp akan mencadangkan pelekat yang mempunyai maksud visual sepadan.

emoji carian pelekat whatsapp_1

Cadangan ini muncul terus di bar perbualan, dan pengguna hanya perlu klik pada pelekat yang timbul untuk membuka senarai penuh pelekat yang berkaitan.

Ciri ini dijangka akan tersedia untuk semua pengguna, termasuk pengguna Android, tidak lama lagi.

Selain cadangan pelekat berasaskan emoji, WhatsApp pada awal tahun ini turut melancarkan ciri “pelekat teks” untuk peranti Android dan iOS. Pengguna hanya perlu menaip teks yang berkaitan dalam panel “Carian Pelekat” dan WhatsApp akan mencadangkan pelekat yang bersesuaian dan relevan.

pelekat whatsapp_3

Dalam perkembangan lain, WhatsApp iOS kini menggantikan tab “Settings” kepada “You” yang menampilkan ikon gambar profil.

whatsApp ikon Settings

Tab ini merupakan sebahagian daripada tab navigasi yang menampilkan kategori seperti Chats, Calls, Communities, Updates dan profil pengguna, menjadikan akses kepada tetapan dan maklumat akaun lebih mudah dan jelas.

Berkaitan

  • WhatsApp Akan Perkenal Ciri 'Username' Pada 2026
  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • WhatsApp Bangunkan Ciri Akaun Sekunder Dengan Kawalan Ibu Bapa
  • Cara Tambah Akaun Kedua WhatsApp Di iPhone

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY