Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pengguna WhatsApp Di iOS Mula Terima Ciri Log Masuk Berbilang Akaun

Posted on November 18, 2025November 18, 2025

Setelah beberapa bulan dalam fasa pembangunan, pengguna WhatsApp di iOS kini mula menerima ciri log masuk dan mengurus berbilang akaun dalam satu peranti. Ciri ini telah tersedia untuk peranti Android sejak awal tahun lalu.

Menurut WABetaInfo, ciri ini mula diperkenalkan kepada penguji beta. Namun, menerusi tinjauan, sebilangan pengguna versi stabil termasuk saya sendiri sudah mula menerima ciri ini.

Ciri log masuk berbilang akaun boleh diakses melalui menu “Settings”, dengan klik ikon “+” di sebelah nama pengguna. Sebagai alternatif, pengguna juga boleh klik pada Settings > Account > Add Account.

Buat masa ini, pengguna boleh menambah sehingga dua akaun, sama ada akaun baharu atau akaun companion yang sudah wujud pada peranti lain dan boleh dipautkan melalui imbasan kod QR.

Setiap akaun mempunyai tetapan berasingan, serta mengekalkan sejarah sembang, tetapan sandaran dan notifikasi sendiri tanpa gangguan antara akaun. WhatsApp juga memastikan jadual sandaran bagi setiap akaun tidak bertindih.

Selain itu, ciri App Lock menambah lapisan keselamatan tambahan dengan memerlukan Face ID, Touch ID, atau kata laluan peranti sebelum membenarkan akses ke aplikasi.

Apabila bertukar ke akaun yang mempunyai App Lock diaktifkan, WhatsApp secara automatik akan meminta pengesahan sebelum melengkapkan pertukaran.

Ketersediaan

Ciri log masuk berbilang akaun kini tersedia kepada penguji beta iOS, namun pengguna versi stabil turut digalakkan sentiasa mengemas kini WhatsApp kerana ada sebilangan pengguna sudah mendapat akses awal sebagai sebahagian ujian eksperimen.

Ciri ini dijangka akan diperluas kepada lebih ramai pengguna dalam kemas kini akan datang.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress