Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Muat Naik Gambar, Video ‘HD’ Di Status

WhatsApp Uji Ciri Senarai Audiens Tersuai Untuk Kemas Kini Status

Diterbitkan Mac 26, 2026 ยท Dikemas kini Mac 26, 2026 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini sedang membangunkan ciri baharu yang membolehkan pengguna mencipta senarai audiens tersuai untuk perkongsian Status dengan kenalan tertentu.

Ketika ini, pengguna boleh memilih untuk berkongsi status dengan semua kenalan secara default atau mengehadkan audiens melalui pilihan “Kenalan saya kecuali” atau “Hanya kongsi dengan”.

Melalui kemas kini akan datang, pengguna akan mempunyai kawalan yang lebih fleksibel untuk menentukan siapa yang boleh melihat setiap Status.

WhatsApp Uji Ciri Senarai Audiens Tersuai Untuk Kemas Kini Status

Walaupun pilihan “Hanya kongsi dengan” sudah tersedia, ia kurang praktikal jika pengguna ingin berkongsi Status berbeza kepada kumpulan kenalan yang berlainan kerana senarai tersebut perlu diubah.

Ciri baharu ini menyelesaikan perkara itu dengan membolehkan pengguna mencipta senarai khas dan mengumpulkan kenalan ke dalam kumpulan yang boleh digunakan semula. Seterusnya, ia memudahkan perkongsian Status kepada audiens tertentu tanpa perlu menetapkan semula senarai tersebut berulang kali.

Menurut WABetaInfo, Status yang dikongsi kepada audiens tersuai akan dipaparkan dengan warna ungu bagi membezakannya daripada status biasa, sekali gus memudahkan pengguna mengenal pasti perkongsian yang ditujukan kepada kumpulan tertentu dengan lebih jelas. Namun, tidak mustahil sekiranya warna tersebut berubah sebelum pelancaran rasmi.

Buat masa ini, ciri untuk mencipta audiens tersuai untuk kemas kini Status masih dalam pembangunan dan dijangka diperkenalkan dalam kemas kini akan datang.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • WhatsApp Perkenal 'Akaun Diurus Ibu Bapa' Untuk Pengguna Bawah 13 Tahun
  • Meta Perkenal Alat Pengesanan Penipuan Di Facebook, WhatsApp, Messenger
  • WhatsApp Bakal Perkenal Tetapan Mesej Menghilang Selepas Dibaca

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY