Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsApp featured image

WhatsApp Dilapor Bangunkan Storan Sandaran Sendiri Untuk iOS, Jadi Alternatif iCloud

Diterbitkan Julai 14, 2026 · Dikemas kini Julai 14, 2026 oleh Amalina Athman

WhatsApp dilapor sedang membangunkan sistem sandaran awan miliknya sendiri untuk pengguna iPhone, membolehkan pengguna menyimpan sandaran perbualan tanpa hanya bergantung kepada iCloud.

Sebelum ini, ciri sama dikesan sedang dibangunkan untuk peranti Android sebagai alternatif Google Drive. Nampaknya, WhatsApp kini bersedia membawa fungsi yang sama ke platform iOS.

WhatsApp Dilapor Bangunkan Storan Sandaran Sendiri Untuk iOS, Jadi Alternatif iCloud

Sebagai rujukan, pengguna iPhone ketika ini masih perlu menggunakan iCloud untuk menyimpan sandaran WhatsApp. Walaupun iCloud menawarkan 5GB storan percuma, ruang tersebut turut dikongsi bersama foto, dokumen, data aplikasi dan sandaran peranti lain.

Bagi pengguna yang kerap berkongsi gambar, video atau fail media melalui WhatsApp, saiz sandaran boleh meningkat dengan cepat sehingga memenuhi ruang iCloud yang tersedia.

Dengan sistem baharu ini kelak, WhatsApp dijangka menawarkan sehingga 2GB storan percuma untuk sandaran yang disimpan pada pelayannya sendiri. Namun begitu, pengguna masih boleh memilih iCloud sebagai pilihan default atau kembali menggunakannya pada bila-bila masa.

Tidak seperti sandaran WhatsApp di iCloud yang memerlukan pengguna mengaktifkan fungsi keselamatan tambahan secara manual, sandaran melalui pelayan WhatsApp dilaporkan akan dilindungi dengan penyulitan hujung ke hujung secara default tanpa memerlukan tetapan tambahan.

Bagi pengguna yang memerlukan lebih banyak ruang, laporan WABetaInfo menyatakan WhatsApp juga sedang mempertimbangkan pelan berbayar untuk pengguna yang memerlukan kapasiti lebih besar. Antara pilihan yang sedang diuji termasuk pelan 50GB sekitar AS$0.99 (~RM4.03) sebulan serta pelan 1TB untuk pengguna dengan sandaran bersaiz besar.

Bagaimanapun, harga dan pilihan storan ini masih belum disahkan secara rasmi dan berkemungkinan berubah sebelum ciri ini dilancarkan kepada umum.

Selain daripada aspek storan, pemilikan infrastruktur awan sendiri oleh WhatsApp ini secara tidak langsung membuka jalan kepada kemudahan pemulihan (restore) rentas platform yang lebih lancar pada masa hadapan.

Pun begitu, buat masa ini, kedua-dua sistem sandaran awan WhatsApp untuk platform iOS dan Android ini masih lagi dalam fasa pembangunan dan belum sedia untuk diakses oleh pengguna umum.

Berkaitan

  • WhatsApp Dilapor Bangunkan Storan Awan Sendiri Untuk Sandaran
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • WhatsApp Plus Mula Ditawarkan Di Malaysia, Harga RM3.50/Bulan
  • WhatsApp Perjelas Kebimbangan Pengguna Mengenai Keselamatan Ciri 'Username'
  • 5 Langkah Wajib Untuk Elak Akaun WhatsApp Digodam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY