Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp_featured image2

WhatsApp Dilapor Bangunkan Storan Awan Sendiri Untuk Sandaran

Diterbitkan April 29, 2026 · Dikemas kini April 29, 2026 oleh Amalina Athman

WhatsApp dilihat sedang membangunkan sistem storan sandaran awan tersendiri yang berpotensi mengurangkan kebergantungan kepada Google Drive dan iCloud.

Ketika ini, pengguna perlu berkongsi ruang Google Drive atau iCloud dengan pelbagai jenis data lain seperti gambar, video dan sandaran aplikasi. Situasi ini boleh menjadi tidak praktikal, terutamanya apabila storan percuma habis dan pengguna perlu membeli ruang tambahan.

Melalui kemas kini akan datang, WhatsApp dijangka membolehkan pengguna memilih lokasi sandaran. Bagi pengguna Android, pilihan ini termasuk sama ada menggunakan Google Drive atau storan awan WhatsApp sendiri untuk menyimpan sandaran perbualan.

WhatsApp Dilapor Bangunkan Storan Awan Sendiri Untuk Sandaran
Foto: WABetaInfo

Jika memilih storan awan WhatsApp, pengguna akan menerima sehingga 2 GB storan percuma untuk sandaran. Namun begitu, masih belum jelas sama ada storan percuma ini akan ditawarkan kepada semua pengguna atau hanya kepada pelanggan WhatsApp Plus.

Selain itu, WhatsApp juga dilaporkan merancang untuk menawarkan pelan storan 50GB dengan harga sekitar AS$0.99 (~RM3.91). Bagaimanapun, butiran ini masih di peringkat awal dan boleh berubah bergantung kepada ujian serta pelancaran rasmi kelak.

Menurut WABetaInfo, semua sandaran yang dimuat naik ke pelayan WhatsApp akan diwajibkan menggunakan penyulitan. WhatsApp turut menyediakan beberapa pilihan termasuk passkey, kata laluan atau kunci penyulitan 64 digit.

Buat masa ini, ciri ini masih dalam pembangunan dan belum tersedia kepada pengguna umum. WhatsApp dijangka akan menjalankan beberapa peringkat ujian bagi memastikan kestabilan sebelum ia diperkenalkan secara lebih meluas.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • WhatsApp Kini Hadir Dengan Sejumlah Ciri Baharu
  • Pengguna iOS 26 Mula Terima Rekaan 'Liquid Glass' Di WhatsApp
  • WhatsApp Hentikan Sokongan Versi Android Terdahulu Bermula 8 September 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY