Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

5 Langkah Wajib Untuk Elak Akaun WhatsApp Digodam

Posted on Julai 7, 2026

WhatsApp bukan sekadar aplikasi mesej, ia adalah nadi komunikasi rakyat Malaysia. Namun, populariti ini menjadikannya sasaran utama scammer.

Jika anda masih menggunakan tetapan asal, anda mungkin terdedah kepada risiko hijack dan digodam. Ketatkan sekuriti WhatsApp anda dengan langkah di bawah.

Cara lindungi WhatsApp daripada digodam

Kesemua langkah ini boleh dilakukan di peranti Android dan iOS.

1. Hidupkan Two-Step Verification

Tetapkan PIN 6-digit rahsia. Setiap kali anda log masuk di peranti baharu, WhatsApp akan mewajibkan kod ini. WhatsApp juga akan meminta kod ini secara rawak dan berkala sebagai keselamatan tambahan.

  • WhatsApp > Settings > Account > Two-step verifications

2. Matikan ciri Auto-Download

elak whatsapp kena hack

Ciri ini memudahkan anda buka gambar atau dokumen, namun ia juga memudahkan kerja penggodam.

Taktik popular penggodam di Malaysia sekarang adalah menghantar fail .APK (aplikasi hasad) yang kononnya dikatakan sebagai fail PDF jemputan kahwin, invois kurier atau bil saman. Jadi, sebaiknya matikan ciri ini.

  • WhatsApp > Settings > Storage and data > Tetapkan ‘Never’ untuk Documents dan Videos

Auto-download bukan sebab utama telefon dijangkiti, ia cuma buat fail berbahaya senang dijumpai dan dipasang. Punca sebenar tetap pada perbuatan buka atau install fail APK tu sendiri.

3. Semak Linked Devices secara berkala

elak whatsapp kena hack

Linked Devices menyenaraikan semua peranti yang mempunyai akses terhadap akaun WhatsApp anda.

Semak dan klik “Log out” pada mana-mana peranti/platform yang anda syaki bukan milik anda.

  • WhatsApp > Settings > Linked Devices

4. Kunci aplikasi WhatsApp

elak whatsapp kena hack app lock

Dengan tetapan ini, ia akan kunci aplikasi WhatsApp anda setiap kali anda keluar aplikasi. Anda boleh pilih untuk ia dikunci selepas 1 minit, 15 minit atau sejam.

  • WhatsApp > Settings > Privacy > App lock > Aktifkan ‘Unlock with biometrics’

5. Jangan muat turun fail APK

Sangat mustahak untuk anda tidak sesekali muat turun fail .apk daripada pautan luar. Jika anda pasang fail ini, ia mampu membaca SMS dan mencuri OTP/TAC bank anda. Hanya muat turun aplikasi dari App Store atau Play Store sahaja.

Ingat, hanya muat turun aplikasi di App Store dan Play Store sahaja.

Langkah tambahan

Langkah-langkah tidak wajib anda lakukan, namun dapat menambah baik keselamatan akaun anda.

Hidupkan Passkey

Fungsi ini menggantikan kod SMS TAC dengan cop jari atau Face ID anda. Jika scammer cuba log masuk akaun anda di telefon mereka, mereka akan gagal kerana sistem memerlukan pengesahan biometrik anda secara fizikal.

Risiko: Passkey disimpan di Google Password Manager atau iCloud Keychain. Jika telefon hilang dan anda lupa kata laluan e-mel, anda mungkin sukar akses semula akaun.

  • WhatsApp > Settings > Account > Passkeys > Create a passkey

Hidupkan ‘Strict account settings’

Bila diaktifkan, ia automatik sekat attachment dan media daripada nombor tak dikenali, senyapkan panggilan daripada nombor asing, matikan link preview, lindungi alamat IP dalam panggilan dan sekat mesej berjumlah tinggi daripada penghantar tak dikenali.

  • WhatsApp > Settings > Privacy > Advanced > Aktifkan ‘Strict account setting’

{suggest}

Kesimpulan

Foto oleh Amsyar

Paling mustahak, jangan sesekali kongsi OTP dengan sesiapapun kerana itulah kunci penting untuk penggodam mengakses akaun anda.

Selain itu, jangan lupa juga untuk masukkan alamat emel di tetapan Account untuk memudahkan anda pulihkan akaun jika ada isu.

Dengan langkah-langkah ini, insya-Allah semakin rendah risiko akaun WhatsApp anda untuk digodam atau diakses pihak lain.

Jika ada petua tambahan, jangan segan silu kongsikan di ruangan komen.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress