Ulasan Archives - WISER.MY https://wiser.my/ulasan Laporan Teknologi & Gajet Mon, 28 Sep 2026 02:10:28 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.6 https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2024/07/19091031/cropped-logo-3-1-32x32.png Ulasan Archives - WISER.MY https://wiser.my/ulasan 32 32 118486170 (Ulasan) Nothing ear (3a) — Earbuds Yang Dinamik Dan Menonjol, Tetapi Masih Ada Kekurangan https://wiser.my/ulasan-nothing-ear-3a-earbuds-yang-dinamik-dan-menonjol-tetapi-masih-ada-kekurangan Mon, 28 Sep 2026 02:10:28 +0000 https://wiser.my/?p=387245 Nothing telah pun menyelam ke dalam dunia audio sejak tahun 2021 dengan pelancaran Nothing ear 1. Sejak itu, mereka telah mengeluarkan pelbagai jenis siri produk audio, seperti siri nombor [ear (1), ear (2), ear (3)], siri headphone (headphone 1), siri a [headphone (a), ear (a)], dan CMF Buds yang lebih bajet. Kini, wujudnya earbuds keluaran...

The post (Ulasan) Nothing ear (3a) — Earbuds Yang Dinamik Dan Menonjol, Tetapi Masih Ada Kekurangan appeared first on WISER.MY.

]]>
Nothing telah pun menyelam ke dalam dunia audio sejak tahun 2021 dengan pelancaran Nothing ear 1. Sejak itu, mereka telah mengeluarkan pelbagai jenis siri produk audio, seperti siri nombor [ear (1), ear (2), ear (3)], siri headphone (headphone 1), siri a [headphone (a), ear (a)], dan CMF Buds yang lebih bajet.

Kini, wujudnya earbuds keluaran baharu Nothing untuk menggantikan tempat Nothing ear (a), iaitu Nothing ear (3a).

Adakah ia mengancam pada harga yang ditawarkan, atau hanya sebuah lagi earbuds dalam lautan pilihan?

Reka Bentuk

Nothing tidak pernah kalah dalam bab reka bentuk. Dengan rekaan lut sinar yang menampakkan teknologi yang terkandung di dalam earbuds, ia kelihatan segar dan futuristik.

Apabila dibandingkan dengan jenama-jenama lain seperti Apple dan Sony, reka bentuk earbuds ini nampak lebih menonjol walaupun tidak banyak perubahannya sejak Nothing ear (a). Jika reka bentuk ini sudah nampak ikonik, buat apa ubah, bukan?

Seperti yang anda dapat lihat, warna merah jambu ini adalah warna terbaharu dalam siri ear (a).

Bagi saya, warnanya nampak pekat dan menonjol, tetapi Nothing sepatutnya “commit all the way” dan menerapkan warna ini secara menyeluruh, iaitu sehingga ke stem earbuds sekali. Tiada guna jika warnanya menarik, tetapi terlindung oleh telinga apabila memakainya…

Tidak berapa nampak, bukan? Kena lihat pada satu sudut, barulah nampak warna merah jambu itu.
Contoh gambaran rekaan yang sepatutnya Nothing laksanakan.

Apa yang baharu pada casing earbuds ini adalah lampu status LED. Ia boleh menunjukkan baki bateri pada casing dan earbuds, dan juga apabila masuk mod ‘pairing’. Ini amat berguna untuk mengetahui status earbuds tanpa perlu membuka telefon.

Satu kekurangan yang saya lihat pada casing earbuds ini adalah ketiadaan pengecasan wayarles. Maksudnya, wayar perlu disambungkan untuk mengecasnya.

Ya, ini bukanlah suatu masalah kritikal bagi khalayak ramai, tetapi ia sepatutnya ada, lebih-lebih lagi pada julat harga RM350 ke atas. Saya merasakan kos untuk menerapkan pengecasan wayarles pada sesebuah casing earbuds tidaklah mahal.

Contohnya, EarFun Air Pro 4i yang berharga bawah RM200 mempunyai pengecasan wayarles. Jadi, ia tidak mustahil untuk diterapkan. Walaupun ia bukan ciri yang paling penting untuk kegunaan harian, tetapi ia adalah satu ciri yang berguna jika sambungan USB-C pada casing earbuds rosak.

Walau bagaimanapun, reka bentuk yang menonjol hanyalah separuh cerita. Tiada guna jika ia nampak cantik, tetapi tidak selesa dipakai dan tiada ketahanan yang baik.

Keselesaan dan Ketahanan

Pada awalnya, earbuds terasa kurang selesa kerana getah saiz M telah digunakan, dan telinga saya agak kecil. Jadi, saya perlu menukar getahnya kepada saiz S. Setelah ditukar, barulah earbuds terasa muat di telinga dan selesa dipakai selama lebih 2 jam.

Faktor lain yang menyumbang kepada keselesaan adalah muncung berbentuk bujur, dan beratnya (4.53g sahaja bagi sebelah, dan 9g bagi sepasang). Ini kerana lubang telinga kita berbentuk bujur, jadi ‘fit’ pada telinga terasa hampir sempurna. Digabungkan dengan beratnya yang ringan, ia hampir terasa seperti saya tidak memakai apa-apa earbuds.

Dari segi ketahanan pula, earbuds ini sesuai digunakan sambil berpeluh kerana ia mempunyai penarafan IP54 bagi earbuds DAN casing. Ini bermaksud, tiada masalah jika earbuds dan casing terkena air dan debu. Perlindungan yang konsisten pada earbuds dan casing sangatlah jarang bagi mana-mana earbuds, terutamanya yang lebih flagship kerana kebanyakannya hanya ada perlindungan pada earbuds sahaja dan tiada pada casing.

Boleh kena sedikit air dan peluh. Debu pun boleh.

Bukan itu sahaja, disebabkan reka bentuk in-ear (bergetah), ia tidak mudah terjatuh dari telinga ketika berjoging dan headbanging sambil mendengar lagu-lagu rock kapak.

Cubaan ‘headbanging’ berjaya.

Jadi, setakat ini, earbuds ini nampak cantik, selesa dipakai, dan mempunyai ketahanan baik. Adakah ia boleh tahan dengan bunyi yang kuat di sekeliling?

ANC dan Transparency

Nothing mengatakan bahawa pembatalan hingar aktif (ANC) pada earbuds ini mampu membatalkan bunyi sehingga 45dB, seperti bunyi hujan dan ambien pokok di sekeliling.

Tahap-tahap bunyi dalam desibel. Daripada American Academy of Audiology.

Dalam aplikasi Nothing X, saya telah menetapkan ANC pada tahap ‘High’ untuk mendapatkan pembatalan bunyi yang terbaik.

Setelah saya mengujinya dalam situasi-situasi yang berbeza, dapatan saya adalah earbuds ini boleh membatalkan bunyi ambien seperti kipas, penyaman udara, dan angin. Bunyi rakan sekerja saya bercakap di dalam pejabat juga kedengaran amat perlahan.

Tetapi, ia akan bergelut untuk membatalkan bunyi orang bercakap kuat, kenderaan yang lalu di tepi jalan, bunyi bas dan tren. Ia hanya mampu membatalkan bunyi-bunyi ini sedikit sahaja. Tetapi, adalah sedikit sensasi pekak apabila memakainya.

Prestasi ANC juga bergantung kepada muatan earbuds pada telinga. Jika ia tidak ‘fit’ dengan betul, ANC akan kurang berkesan. Jika ‘fit’ baik, ANC akan lebih berkesan. Jadi, anda perlu memilih saiz getah yang paling sesuai bagi telinga anda untuk mendapatkan prestasi ANC yang terbaik.

OnePlus Buds 4 dan Nothing ear (3a).

Apabila masuk ke transparency pula, ia amat baik dan kedengaran natural. Jadi, saya boleh memakai earbuds ini sambil bercakap dengan orang tanpa perlu membukanya. Cuma, ada sedikit efek occlusion, iaitu sensasi dimana saya mendengar suara saya melalui tengkorak saya. Ini bermakna, bunyi di sekeliling saya kedengaran jelas, tetapi suara saya seolah-olah tenggelam dalam air sedikit.

Sejujurnya, saya kurang gemar dengan efek occlusion ini kerana ia mengurangkan kenaturalan ciri transparency earbuds ini. Nothing sepatutnya menguatkan suara pemakai earbuds juga, bukan bunyi sekeliling sahaja. Pada akhirnya, ia masih lagi berguna.

Jadi, ia bolehlah mengurangkan bunyi sekeliling. Bagaimana pula dengan hayat bateri? Tahan lama atau tidak?

Hayat Bateri

Nothing mengatakan bahawa earbuds ini mampu bertahan sehingga 10 jam jika mod ANC dimatikan dan codec Bluetooth AAC ditetapkan, dan hanya 6 jam jika ANC dihidupkan.

Seperti tajuk lagu kumpulan Umbrella, “Ramalan Nothing Benar Belaka”.

Setelah menggunakan earbuds ini selama 6 jam 25 minit, bateri masih lagi berbaki 30%, walaupun banyak kali bertukar antara mod transparency dan ANC. Ini pun bukanlah dengan penggunaan yang berterusan. Ada juga masa saya membuka earbuds ini seketika sebelum saya memakainya semula.

Tetapi, saya percaya bahawa ia boleh bertahan sehingga 7 jam tanpa masalah walaupun ANC dihidupkan (jika menggunakan codec Bluetooth AAC sahaja).

Mungkin hayat bateri akan berkurang lagi apabila codec LDAC digunakan, tetapi percayalah bahawa codec AAC sudah mencukupi untuk mendapatkan kualiti bunyi yang baik tanpa mengorbankan hayat bateri.

Bercakap tentang kualiti bunyi, bagaimana bunyinya?

Kualiti Bunyi

Sebelum saya mencuba Nothing ear (3a) ini, saya ada sedikit keraguan terhadap produk-produk audio daripada Nothing. Ini kerana saya telah menguji Nothing headphone (1), dan bagi saya, ia kurang memuaskan dari segi kualiti audio. Oleh sebab itu, saya terpaksa melaraskan audio dengan mengaplikasikan EQ yang ditetapkan oleh DMS, iaitu seorang YouTuber ‘audiophile’. Setelah ditukar EQ, barulah kualiti audio menjadi lebih memuaskan.

Jadi, bagaimana pula dengan Nothing ear (3a) ini? Sama kes. Tanggapan pertama saya terhadap kualiti bunyinya adalah dark, bassy, dan kurang jelas. Instrumen seperti gitar dan dram dan bunyi vokal penyanyi kedengaran sedikit tenggelam. Mungkin bassnya yang terlalu kuat menenggelamkan bunyi instrumen dan vokal…

Di sini, Nothing mensasarkan penggemar bass (bunyi yang mainstream), tetapi saya lebih gemar bunyi yang lebih neutral dan kurang bass. Mujurlah, earbuds ini menyokong aplikasi Nothing X. Ini bermakna ia boleh dilaraskan mengikut citarasa saya dengan menggunakan ciri ‘Equalizer’.

Dalam ciri ‘Equalizer’, terdapat tiga cara untuk melaraskan bunyi: ‘Simple’, ‘Advanced’, dan ‘Explore’. Saya mencadangkan untuk hanya menggunakan cara ‘Simple’ kerana ia paling mudah untuk ditetapkan. ‘Advanced’ pula adalah untuk mereka yang lebih pakar mengenai pelarasan audio dan tahu tentang cara menggunakan 8-band parametric EQ.

Dengan mengurangkan bass dan menambah treble sedikit, kualiti bunyi earbuds ini meningkat menjadi lebih jelas. Secara keseluruhannya, saya lebih gemar menggunakan talaan saya berbanding talaan asal earbuds ini. Barulah syahdu mendengarnya.

Satu perkara yang saya suka tentang earbuds ini adalah talaan saya akan disimpan dalam earbuds ini. Ini bermakna, saya tidak perlu membuka aplikasi Nothing X setiap kali saya ingin menggunakan earbuds ini dengan talaan saya. Talaan saya ini juga akan berkekalan walaupun saya menyambungkannya kepada peranti-peranti lain.

Satu perkara yang saya kurang gemar adalah betapa kuat volume earbuds ini. Bagi saya, 30% sudah pun cukup kuat.

30% sudah cukup kuat bagi saya.

SEBAGAI PERINGATAN, tolonglah jaga pendengaran anda dan jangan dengar lagu kuat sangat ya. Anda pastinya mahu menggunakan telinga anda untuk jangka masa yang lama, bukan?

Jadinya, dengan kualiti bunyi yang cukup memuaskan setelah ditala, bagaimana pula dengan mikrofonnya?

Mikrofon

Mudah kata, ia boleh digunakan untuk menelefon orang lain, tetapi ia masih lagi sebuah mikrofon wayarles.

Maksud saya disini, mikrofonnya boleh dipakai. Saya sempat cuba menelefon adik saya dengan menggunakan earbuds ini, dan kata adik saya, suara saya kedengaran jelas walaupun ada bunyi muzik bermain di dalam kedai ZUS. Ini kerana earbuds ini mempunyai Environmental Noise Cancellation (ENC) dimana akan ada algoritma yang akan mengurangkan bunyi sekeliling sambil menjelaskan lagi suara pengguna.

Tetapi, disebabkan ENC, suara akan kedengaran putus-putus dan kurang jelas jika bercakap dengan perlahan. Jadi, saya perlu kuatkan sedikit suara agar adik saya dapat mendengar.

Pastinya mikrofon ini tidak akan dapat melawan mikrofon berwayar, tetapi ia masih lagi berguna pada akhirnya.

Adakah itu sahaja terkandung dalam earbuds ini? Semestinya tidak.

Kawalan dan Ciri-ciri Lain

Nothing ear (3a) menggunakan kawalan yang hampir mirip AirPods, iaitu ‘pinch & squeeze’, tetapi tiada kawalan sentuh dan ‘swipe’. Walaupun saya telah menggunakan earbuds ini selama hampir seminggu, saya masih lagi tidak biasa dengan kawalan seperti ini.

Kawalan ‘pinch & squeeze’.

Satu perkara yang saya perasan pada awal penggunaan earbuds ini, tiada kawalan untuk melaraskan volume bunyi. Jika saya ingin melakukan sedemikian, saya perlu memuat naik aplikasi Nothing X untuk mendapatkan kawalan tersebut pada earbuds ini. Saya tidak pasti mengapa Nothing menetapkannya sebegini.

Sekurang-kurangnya, kawalan pada earbuds boleh ditukar.

Satu kebaikan kawalan ‘pinch & squeeze’ adalah tiada sentuhan secara tidak sengaja seperti earbuds-earbuds lain, tetapi saya masih lagi tidak menggemarnya.

Walaupun kawalan earbuds ini sedikit menjengkelkan bagi saya, ciri lainnya seperti in-ear detection sangatlah berguna kerana muzik akan berhenti secara automatik jika saya mencabut salah satu earbud dari telinga. Pakai earbud semula, dan muzik akan sambung bermain.

Satu lagi ciri yang berguna adalah Google Fast Pair. Jadi, apabila earbuds ini dalam mod ‘pairing’, satu ‘pop-up’ akan keluar pada mana-mana telefon Android untuk melakukan setup dan menyambungnya.

Google Fast Pair.

Ia tidak terhenti di situ sahaja. Ada juga dual connection yang membolehkan earbuds ini untuk sambung ke dua peranti secara serentak. Ini memudahkan saya untuk berhentikan video pada peranti 1 dan terus mainkan muzik pada peranti 2 tanpa perlu memutuskan sambungan daripada peranti 1.

Dual connection.

Satu lagi yang berguna adalah aplikasi Nothing X. Ya, saya tahu kebanyakan daripada anda akan memutarkan mata apabila diminta memasang satu lagi aplikasi, memandangkan sudah begitu banyak aplikasi lain yang sedia ada pada telefon anda. Tetapi, aplikasi ini benar-benar membuatkan earbuds ini lebih berkemampuan berbanding dalam keadaan “out of the box”.

Ciri terakhir yang mungkin berguna untuk segelintir pengguna adalah Audio Snapshot. Melalui storan terbina 32MB, anda boleh merakam audio (seperti media terpasang di YouTube, dan panggilan bersama seorang rakan) sehingga 1 minit bagi setiap fail, dengan had maksimum keseluruhan 2 jam. Tetapi, untuk mengakses dan menyimpan audio rakaman, anda perlu log masuk akaun dalam aplikasi Nothing X ini.

Segala rakaman di earbuds akan dipindahkan ke aplikasi secara automatik sebaik sahaja aplikasi ini dibuka. Namun, perlu diingat bahawa ciri ini tidak boleh digunakan jika codec LDAC dihidupkan.

Apa yang mengecewakan, fungsi transkripsi audionya akan ada langganan berbayar (subscription), bagi mod Pro secara spesifik. Ini bermaksud, selepas habis 3 bulan cubaan percuma, anda perlu melanggan untuk terus menggunakan mod Pro.

Setakat ini juga, ciri Audio Snapshot tidak boleh digunakan untuk merakam audio suara (voicenotes) untuk ditranskripsikan… Bagi saya, ciri ini nampak kurang berguna.

Berbaloi Tak?

Mudah kata: Ya, masih lagi berbaloi walaupun ada isu-isu seperti bunyi yang terlalu bassy, kawalan yang kurang intuitif, dan Audio Snapshot yang tidak banyak kegunaannya.

Disebabkan sokongan aplikasi Nothing X, IP54 pada earbuds dan casing, bateri yang tahan lama, ANC yang cukup baik, dan transparency yang natural, ia sememangnya sebuah earbuds yang masih boleh dipertimbangkan.

Tetapi, pada tanda harga rasmi RM399, ia bergelut untuk bersaing dengan earbuds jenama lain (EarFun, Anker soundcore).

Jadi, jika anda meminati jenama Nothing, Nothing ear (3a) masih lagi satu pilihan yang baik. Namun, jika anda terbuka untuk mempertimbangkan jenama lain, mungkin anda boleh memilih OnePlus Buds 4 sebagai alternatif kerana ia lebih murah (RM299-350 di Shopee) dan prestasinya tidak jauh beza.

{suggest}

The post (Ulasan) Nothing ear (3a) — Earbuds Yang Dinamik Dan Menonjol, Tetapi Masih Ada Kekurangan appeared first on WISER.MY.

]]>
387245
(Ulasan) Google Pixel 11 Pro Fold – Google Dah Baiki Banyak, Tapi Pesaing Dah Jauh Ke Depan https://wiser.my/ulasan-google-pixel-11-pro-fold-google-dah-baiki-banyak-tapi-pesaing-dah-jauh-ke-depan Thu, 17 Sep 2026 03:35:46 +0000 https://wiser.my/?p=386948 Kalau anda pernah membaca ulasan Pixel 10 Pro Fold saya sebelum ini, anda mungkin sudah tahu bahawa saya mempunyai hubungan yang agak pelik dengan telefon boleh lipat Google. Dari sudut perkakasan, Pixel 10 Pro Fold bukanlah foldable paling mengagumkan yang pernah saya gunakan. Saya pernah menggunakan HONOR Magic V5 yang jauh lebih nipis dan ringan,...

The post (Ulasan) Google Pixel 11 Pro Fold – Google Dah Baiki Banyak, Tapi Pesaing Dah Jauh Ke Depan appeared first on WISER.MY.

]]>
Kalau anda pernah membaca ulasan Pixel 10 Pro Fold saya sebelum ini, anda mungkin sudah tahu bahawa saya mempunyai hubungan yang agak pelik dengan telefon boleh lipat Google.

Dari sudut perkakasan, Pixel 10 Pro Fold bukanlah foldable paling mengagumkan yang pernah saya gunakan. Saya pernah menggunakan HONOR Magic V5 yang jauh lebih nipis dan ringan, dengan perkakasan yang secara terus membuatkan Pixel kelihatan seperti sebuah peranti daripada generasi berbeza.

Namun, selepas selesai mengulas Pixel 10 Pro Fold, peranti itu kekal menjadi telefon kedua saya sehingga sekarang.

Kenapa?

Jawapan paling mudah ialah perisian.

Pixel mungkin bukan foldable dengan bateri paling besar, kamera paling hebat atau reka bentuk paling nipis, tetapi selepas menggunakannya dalam tempoh yang panjang, saya masih berpendapat Google antara pengeluar yang paling memahami bagaimana sebuah foldable Android sepatutnya digunakan.

Pixel 11 Pro Fold kini cuba membaiki beberapa kelemahan generasi sebelumnya. Ia lebih nipis, lebih ringan, mempunyai kamera utama baharu serta engsel yang dipertingkatkan.

Semuanya kedengaran bagus.

Masalahnya ialah pada ketika Google mula membaiki perkara tersebut, industri foldable sudah bergerak jauh ke hadapan.

Pixel Fold Yang Jauh Lebih Selesa

Perubahan paling mudah dirasai pada Pixel 11 Pro Fold ialah beratnya.

Pixel 10 Pro Fold mempunyai berat 258 gram, angka yang sememangnya ketara jika dibandingkan dengan kebanyakan telefon biasa atau foldable lain yang lebih moden. Pixel 11 Pro Fold kini turun kepada 239 gram, selain tubuhnya turut dibuat lebih nipis.

Atas kertas, pengurangan beberapa milimeter atau gram mungkin nampak seperti perubahan kecil. Tetapi bagi sebuah peranti yang dipegang setiap hari, ia sebenarnya memberikan perbezaan yang cukup terasa.

Inilah antara kelemahan Pixel 10 Pro Fold yang saya harap Google akan baiki, dan kali ini mereka memang melakukannya.

Skrin luar juga kini sedikit lebih besar pada 6.5 inci, sementara skrin dalaman masih menawarkan ruang besar sekitar 8 inci.

Saya masih menyukai nisbah skrin Pixel Fold kerana apabila ditutup, ia terasa seperti sebuah telefon Android biasa. Saya tidak rasa terpaksa membuka skrin dalam hanya untuk membalas mesej, membaca notifikasi atau melakukan perkara mudah.

Apabila dibuka pula, skrin hampir berbentuk segi empat memberikan ruang yang sangat selesa untuk membaca artikel, menggunakan dua aplikasi serentak, Google Maps, melihat gambar atau sekadar melayari web.

Itu antara perkara yang membuatkan saya terus menggunakan Pixel 10 Pro Fold sebelum ini.

Pixel 11 Pro Fold mengambil formula yang sama dan memperhalusinya.

Engsel juga terasa lebih matang dan keseluruhan binaan memberi keyakinan yang lebih baik. Secara fizikal, ini memang Pixel Fold terbaik Google setakat ini.

Cuma satu perkara masih jelas kelihatan apabila skrin dibuka iaitu kesan lipatan (crease).

Ia bukan sesuatu yang terlalu mengganggu saya selepas beberapa ketika, tetapi pada tahun 2026 apabila beberapa pesaing sudah berjaya menghasilkan skrin foldable dengan crease yang semakin minimum, Google sepatutnya sudah boleh melakukan lebih baik.

Masalah Google Bukan Tak ‘Improve’, Tapi Tambah Baik Itu Terlalu Perlahan

Di sinilah masalah sebenar Pixel 11 Pro Fold.

Kalau saya hanya membandingkannya dengan Pixel 10 Pro Fold, Google sebenarnya sudah melakukan kerja yang baik.

Lebih ringan? Ya.

Lebih nipis? Ya.

Skrin lebih baik? Ya.

Kamera utama baharu? Ya.

Engsel lebih kukuh? Ya.

Secara keseluruhan, Pixel 11 Pro Fold memang lebih baik daripada generasi sebelumnya.

Namun, ia seperti hanya melawan diri sendiri.

Dalam tempoh sama, pengeluar lain terus mengejar foldable yang semakin nipis, bateri semakin besar, pengecasan semakin pantas, kamera semakin bagus dan skrin dengan kesan lipatan semakin kurang ketara.

Itulah dilema Pixel 11 Pro Fold.

Google memperbaiki banyak perkara yang saya kritik tahun lalu, cuma penyelesaiannya tiba ketika pesaing sudah bergerak kepada masalah seterusnya.

Google juga bukan baru pertama kali menghasilkan telefon boleh lipat.

Ini sudah beberapa generasi Pixel Fold.

Sebab itu tahap toleransi terhadap alasan bahawa teknologi foldable masih baru semakin rendah.

Lebih-lebih lagi sekarang apabila Apple sendiri sudah memasuki kategori ini menerusi iPhone Duo.

Secara tiba-tiba, pasaran foldable bukan lagi sekadar persaingan Samsung, Google dan jenama China.

Semua jenama sudah makin laju ke hadapan.

Google pula kadangkala terasa seperti baru hendak menghidupkan enjin.

Sudahlah model AI Gemini agak ketinggalan, telefon pintar pun Google masih lambat lagi?

Pengecasan Masih Terlalu Perlahan

Kalau ada satu kelemahan Pixel 11 Pro Fold yang paling sukar saya maafkan, ia adalah pengecasan.

Google memang cuba mempercepatkan proses pengecasan pada generasi kali ini, tetapi untuk sebuah foldable premium pada tahun 2026, pengalaman keseluruhannya masih terasa perlahan.

Ini terutama ketara apabila kita sudah biasa melihat telefon Android lain memberikan jumlah bateri yang signifikan selepas dicucuk pengecas hanya sekitar 15 hingga 20 minit.

Bagi saya, itulah benchmark penggunaan sebenar yang lebih penting. Bayangkan yang saya perlu menunggu sekitar sejam setengah untuk penuh, itu pun peratus bateri dari sekitar 30%.

Kadangkala kita bukan mahu mengecas telefon daripada kosong sehingga penuh. Kita cuma mahu mendapatkan bateri secukupnya sebelum keluar rumah, pergi mesyuarat atau memulakan perjalanan.

Dalam situasi begitu, pengecasan pantas memang memberi perbezaan.

Pixel 11 Pro Fold masih belum memberikan keyakinan yang sama.

Untuk telefon berharga RM7,999, saya rasa Google sudah sepatutnya lebih agresif dalam aspek ini.

Tambahan pula, harga tersebut sama seperti Pixel 10 Pro Fold ketika ia dilancarkan di Malaysia tahun lalu.

Dari satu sudut, bagus kerana Google tidak menaikkan harga.

Tetapi pada harga yang sama, jangkaan terhadap perkakasannya juga kekal sangat tinggi.

Software Masih Sebab Utama Saya Suka Pixel Fold

Walaupun banyak kritikan terhadap perkakasannya, inilah sebab Pixel 10 Pro Fold masih berada bersama saya selepas ulasan tamat.

Pixel Android masih terasa sangat sedap digunakan.

Animasi lancar, transisi apabila bertukar daripada skrin luar kepada skrin dalaman kemas dan pengoptimuman aplikasi pada paparan besar secara keseluruhannya terasa matang.

Ini perkara yang agak susah diterangkan melalui helaian spesifikasi.

Ada foldable lain yang mungkin lebih nipis, lebih ringan atau mempunyai bateri lebih besar, tetapi selepas beberapa hari digunakan, saya masih lebih selesa dengan cara Google menyusun pengalaman foldable mereka.

Multitasking terasa natural, aplikasi bertukar orientasi dengan baik dan saya jarang merasakan skrin besar itu seperti sekadar telefon yang diregangkan menjadi tablet.

Sebab itulah saya masih menggunakan Pixel 10 Pro Fold sehingga hari ini.

Pixel 11 Pro Fold tidak mengubah formula tersebut secara drastik.

Dan bagi saya, itu sebenarnya perkara yang bagus.

Google tidak perlu mencipta semula pengalaman software foldable mereka kerana bahagian itu memang sudah menjadi antara kekuatan terbesar Pixel.

Mereka cuma perlu memastikan hardware mampu mengejarnya.

Kalau Mahu Rasa Android, Pixel Masih Pixel

Ada satu lagi sebab saya semakin menghargai Pixel sejak kebelakangan ini.

Saya sendiri menggunakan iPhone dan Android.

Jadi saya tidak berminat untuk masuk ke dalam perdebatan Android vs iPhone. Dua-dua mempunyai kekuatan masing-masing dan saya suka menggunakan kedua-duanya.

Sebab itulah apabila saya mengambil telefon Android, saya mahu ia terasa seperti Android.

Dalam beberapa tahun terakhir, semakin banyak pengeluar Android mula bermain dengan elemen antara muka lut sinar, kaca dan bahasa visual yang mengingatkan saya kepada Liquid Glass Apple.

Saya tidak mengatakan semua yang menggunakan elemen tersebut sedang meniru Apple secara bulat-bulat. Trend reka bentuk memang sentiasa saling mempengaruhi.

Tetapi kalau saya mahukan pengalaman seperti iPhone, saya sudah mempunyai iPhone.

Saya tidak perlukan telefon kedua yang cuba memberikan rasa sama.

Pixel masih mempunyai identitinya sendiri.

Material You (kini sudah Material 3 Expressive) dan pendekatan reka bentuk Google masih terasa playful, berwarna-warni dan mempunyai karakter yang berbeza daripada iOS.

Bagi saya, inilah antara pengalaman yang paling hampir dengan apa yang saya anggap sebagai identiti Android sebenar.

Bukan kerana Pixel menjalankan “stock Android” dalam definisi teknikal, tetapi kerana ia terasa seperti Android yang dibina mengikut visi Google sendiri.

Dan untuk telefon kedua saya, saya sukakan perbezaan itu.

Tensor G6, Cukup Untuk Saya

Pixel 11 Pro Fold dikuasakan Tensor G6.

Kalau anda mencari telefon gaming paling berkuasa atau mengejar nombor benchmark tertinggi, Pixel masih bukan pilihan yang saya akan cadangkan.

Tetapi selepas menggunakan Pixel Fold dalam tempoh panjang, saya rasa soalan lebih penting bukanlah sejauh mana Tensor boleh mengalahkan cip lain dalam penanda aras (benchmark).

Soalannya, adakah prestasi Tensor mengganggu penggunaan harian saya?

Untuk penggunaan seperti media sosial, kamera, membaca, navigasi, multitasking dan aplikasi produktiviti, saya tidak mempunyai masalah besar dengannya.

Foldable pun bukan peranti yang saya beli semata-mata untuk bermain permainan berat.

Saya lebih menghargai peningkatan kecekapan, kestabilan dan pengalaman harian berbanding skor benchmark.

Kalau Google dapat memberikan semua itu secara konsisten, Tensor sudah melakukan tugasnya untuk saya.

Namun, seperti aspek hardware lain, ia tetap tidak mengubah hakikat bahawa pesaing menawarkan prestasi lebih tinggi pada kelas harga yang sama.

Walau bagaimanapun, jika anda mahu sedikit pendapat berkaitan Tensor G6, anda boleh baca dalam ulasan Pixel 11 Pro ini.

Kamera Lebih Baik, Tapi Bukan Sebab Utama Beli Pixel Ini

Pixel 11 Pro Fold turut membawa peningkatan pada kamera, termasuk kamera utama 48MP baharu.

Ini satu lagi bahagian yang memang perlu diperbaiki selepas Pixel 10 Pro Fold.

Dalam ulasan generasi sebelumnya, saya merasakan hasil kamera Pixel terlalu neutral dan kadangkala agak flat, terutama apabila dibandingkan dengan beberapa telefon lain yang memberikan gambar lebih menarik terus daripada kamera.

Pixel 11 Pro Fold memberikan hasil yang lebih konsisten dan kamera utama baharu memang satu peningkatan.

Namun, saya masih tidak akan mengatakan Google kini mempunyai sistem kamera foldable terbaik secara mutlak.

Beberapa pesaing menawarkan perkakasan kamera yang lebih agresif dan lebih fleksibel.

Sekali lagi, ini bukan bermaksud kamera Pixel 11 Pro Fold tidak bagus.

Ia bagus.

Cuma untuk sebuah telefon RM7,999, “bagus” sahaja semakin sukar untuk dianggap istimewa.

RM7,999 Sama Seperti Tahun Lepas, Tapi Persaingan Sudah Berubah

Pixel 11 Pro Fold vs Pixel 10 Pro Fold

Google mengekalkan harga Pixel 11 Pro Fold pada RM7,999 di Malaysia, sama seperti Pixel 10 Pro Fold ketika dilancarkan tahun lalu.

Saya sebenarnya menghargai keputusan itu.

Sekurang-kurangnya Google tidak menggunakan alasan peningkatan hardware untuk menaikkan harga sekali lagi.

Kalau dibandingkan terus antara Pixel 10 Pro Fold dan Pixel 11 Pro Fold pada harga pelancaran yang sama, model baharu jelas menawarkan pakej yang lebih baik.

Lebih ringan, lebih nipis, lebih matang dan beberapa kelemahan utama generasi sebelumnya sudah diperbaiki.

Tetapi masalah sebenar bukan Pixel 10 Pro Fold.

Masalah sebenar ialah apa yang berlaku di sekeliling Google sepanjang setahun tersebut.

Pesaing tidak berhenti.

Rekaan semakin nipis, bateri semakin besar, pengecasan semakin pantas dan kini Apple sendiri sudah memasuki gelanggang.

Jadi walaupun Google menawarkan lebih banyak pada harga yang sama, nilai sebuah foldable tidak lagi boleh dinilai hanya dengan membandingkannya dengan model tahun lalu.

Foldable Google Terbaik, Tapi Masih Tidak Cukup

Akhirnya, saya masih suka Pixel 11 Pro Fold.

Malah jika saya perlu menggunakannya setiap hari, saya mungkin lebih seronok dengannya berbanding beberapa foldable lain yang secara objektif mempunyai perkakasan lebih hebat.

Itulah peliknya Pixel.

Pengalaman perisian yang sangat kemas, nisbah skrin yang praktikal dan identiti Android Google membuatkan telefon ini sedap digunakan.

Dan sebagai pengguna Pixel 10 Pro Fold, saya menghargai perubahan yang Google lakukan kali ini.

Pixel 11 Pro Fold memang lebih baik.

Persoalannya ialah sama ada ia lebih baik dengan cukup pantas.

Pada RM7,999, pembeli berhak meminta lebih daripada sekadar penambahbaikan.

Pesaing sudah menawarkan bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas, prestasi lebih tinggi, kamera lebih agresif dan reka bentuk yang semakin nipis.

Pixel masih mempunyai satu kelebihan yang sukar diterjemahkan kepada angka iaitu pengalaman menggunakannya.

Bagi saya, Pixel 11 Pro Fold ialah foldable Google terbaik setakat ini.

Tetapi apabila pesaing bergerak begitu pantas, menjadi Pixel Fold terbaik tidak lagi cukup.

Google sudah tahu apa yang perlu diperbaiki.

Sekarang mereka cuma perlu memperbaikinya dengan lebih cepat.

The post (Ulasan) Google Pixel 11 Pro Fold – Google Dah Baiki Banyak, Tapi Pesaing Dah Jauh Ke Depan appeared first on WISER.MY.

]]>
386948
(Ulasan) POCO F9 Ultra — Memang Berkuasa, Tapi Terlalu Mirip Generasi Sebelumnya https://wiser.my/ulasan-poco-f9-ultra-memang-berkuasa-tapi-terlalu-mirip-generasi-sebelumnya Wed, 02 Sep 2026 06:51:27 +0000 https://wiser.my/?p=384817 POCO kini telah mengeluarkan siri terbaru, iaitu siri F9 yang terdiri daripada POCO F9 Pro dan POCO F9 Ultra. Dalam artikel ini, model POCO F9 Ultra yang akan diuji. Memandangkan POCO terkenal dengan prestasi gaming yang baik, saya mempunyai harapan yang tinggi buat telefon ini. Jadi, benarkah ia ultra, atau hanya pada nama sahaja? Sasaran...

The post (Ulasan) POCO F9 Ultra — Memang Berkuasa, Tapi Terlalu Mirip Generasi Sebelumnya appeared first on WISER.MY.

]]>
POCO kini telah mengeluarkan siri terbaru, iaitu siri F9 yang terdiri daripada POCO F9 Pro dan POCO F9 Ultra.

Dalam artikel ini, model POCO F9 Ultra yang akan diuji. Memandangkan POCO terkenal dengan prestasi gaming yang baik, saya mempunyai harapan yang tinggi buat telefon ini.

Jadi, benarkah ia ultra, atau hanya pada nama sahaja?

Sasaran Utama: Gamers

Seperti biasa, POCO tidak kedekut untuk memberikan spesifikasi yang berkuasa pada julat harga ini.

POCO F9 Ultra dikuasai oleh cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 (CPU clock speed sehingga 4.6GHz), dengan RAM 16GB LPDDR5X. Storan (bagi unit cubaan kami) juga besar dan pantas, 512GB dengan UFS 4.1.

Bukan itu sahaja, sambungan wayarles juga pantas dengan adanya WiFi 7 dan Bluetooth 6.0.

Tetapi, kenapa spesifikasi ni macam kenal je?

Ya, benar. Memang sama dengan satu lagi telefon buatan POCO, iaitu POCO F8 Ultra.

Jadi, apa yang lain pada F9 Ultra?

Skrinnya, kerana ia kini menyokong kadar segar 185Hz.

Tetapi, kadar segar 185Hz hanya disokong oleh beberapa game sahaja, seperti Subway Surfers, Tom & Jerry: Chase, Blood Strike, dan GTA: Liberty City Stories.

Dan, jika anda hanya melayari media sosial, skrin hanya akan berjalan setinggi 120Hz sahaja…

Saya sempat mencuba GTA: Liberty City Stories, dan pengalaman bermain pada 185Hz sangatlah pelik. Ini kerana ia terasa seperti tetapan “FPS Limit” dimatikan. Oleh sebab itu, game ini berjalan pada kelajuan melebihi apa yang telah diprogramkan oleh pembuat game.

Jadi, saya terpaksa turunkan kadar segar kepada 60Hz di aplikasi Settings untuk benar-benar menikmati game ini…

Apabila bercerita tentang prestasi cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dalam telefon ini, pastinya ramai sudah tahu betapa gagahnya ia.

Ketika mencuba Where Winds Meet, memang power. Tiada lagging, walaupun pada tetapan grafik ‘Ultra’. Ia juga kekal pada 60fps dengan suhu yang suam-suam sahaja. Bateri juga hanya turun 7% dalam masa 30 minit bermain.

Masuk Neverness To Everness pula, pun tiada masalah. Dengan tetapan grafik ‘Extreme’, ia berjalan pada 60fps secara konsisten. Suhu juga suam-suam sahaja dan bateri turun 7% juga setelah bermain selepas 30 minit.

Sama juga dengan Alien: Isolation. Boleh melawan makhluk asing pada tetapan grafik ‘Performance’, dan ia kekal pada 120fps. Suhu telefon pun suam-suam sahaja setelah bermain selama 20 minit.

Bagaimana pula dengan Red Dead Redemption?  Game ini pun boleh dimainkan tanpa masalah. Pada tetapan grafik ‘Fidelity’, HDR dihidupkan, dan 60fps, ia berjalan tanpa lagging. Tetapi, setelah 25 minit, telefon mula terasa panas dan ada sedikit lagging, dengan fps turun ke 47fps.

Ini kira normal kerana game ini agak berat untuk dimainkan pada grafik ‘Fidelity’. Jadi, disarankan untuk turun ke tetapan grafik ‘Performance’ dan FPS pada 30-40fps untuk mendapatkan prestasi yang lebih konsisten secara berpanjangan.

Satu perkara yang saya suka adalah telefon ini cepat sejuk. Selepas 5 minit sahaja, suhu turun semula. Jadi, tidak perlu tunggu lama untuk kembali beraksi dalam apa-apa game.

Cuma, apa yang saya kurang minat adalah pilihan game yang menyokong 185Hz, seperti Subway Surfers. Bagi saya, agak pelik…

Mengapa tidak memilih Genshin Impact atau Where Winds Meet?

Perkara terakhir yang saya jangkakan daripada orang yang ingin membeli telefon POCO adalah keinginan untuk bermain Subway Surfers…

Apa pun, cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 pada telefon ini masih lagi tiada tandingan. Yang pastinya, telefon ini sangat berkuasa untuk menjalankan apa-apa game tanpa masalah, tidak kira game natif atau emulasi game PC.

Bagaimana pula dengan media? Best tak?

Sasaran Tepat: Penggemar Media

Memang benar bahawa POCO F9 Ultra juga mempunyai konfigurasi speaker 2.1 channel talaan Bose, sama seperti POCO F8 Ultra.

Tetapi, kalau speaker sudah cukup mantap, buat apa mahu tukar… Copy and paste sahaja.

Ini kerana speaker pada telefon ini adalah antara yang terbaik yang pernah saya dengar. Instrumen dan vokal kedengaran jelas, imaging juga cukup baik, dan soundstage kedengaran agak luas. Dengan adanya juga subwoofer di belakang telefon, ia memberikan bass yang dalam. Secara keseluruhannya, ini sememangnya satu set speaker yang mantap.

Skrin AMOLED, 6.9 inci pada telefon ini pula bukanlah seperti yang lain kerana ia menggunakan teknologi panel baharu, iaitu M11. Jadi, ia mampu mencapai sehingga 10,000 nits jika digunakan di kawasan yang benar-benar terang, dan 4500 nits dalam pelbagai jenis situasi. Senang kata, memang terang dan tiada masalah kalau mahu menggunakannya di luar.

Dengan gabungan skrin yang tajam dan cerah, dan speaker yang mantap, memang seronok melayan apa-apa jenis media pada telefon ini, tidak kira muzik, filem, ataupun video-video di YouTube.

Satu lagi perbezaan ketara adalah kapasiti bateri sebesar 8050mAh berbanding 6500mAh pada POCO F8 Ultra.

Sememangnya mudah untuk saya mendapatkan hayat bateri selama hampir 2 hari dengan penggunaan ringan seperti scrolling media sosial, bermain game sedikit, dan tangkap gambar. Ini pun dengan tetapan kadar segar 60Hz dan penyambungan earbuds Bluetooth.

Bukan itu sahaja, ia masih lagi menyokong pengecasan pantas 100W dan 50W wayarles, jadi hanya mengambil masa 75 minit untuk penuh semula walaupun kapasiti bateri semakin besar.

Ini menjaminkan sesi menonton apa-apa media secara berpanjangan tanpa perlu risau tentang bateri.

Jadi, apa yang POCO tersasar?

Sasaran Tersasar: Penggemar Android Asli dan Kamera

Walaupun HyperOS 3.0 terasa lancar, ia masih dihantui bloatware pada tanda harga ini.

Kepada mereka yang sudah biasa menggunakan iOS, Nothing OS, dan Pixel UI, mohon elakkan telefon ini kerana anda akan kecewa dengan kewujudan iklan dalam telefon ini.

Kecuali jika anda rajin untuk mengubahsuai dan menukar OS kepada apa-apa yang anda mahukan.

Satu lagi yang POCO tersasar adalah kamera.

Terdapat kamera utama 200MP, kamera ultrawide, dan kamera telefoto di belakang. Di hadapan pula, ada satu kamera swafoto.

Hasil gambar dari kamera-kamera ini biasa-biasa sahaja, tetapi ini menepati jangkaan saya kerana POCO lebih terkenal dari segi prestasi gaming, dan bukan kameranya.

Ini dia hasil gambar dari kamera-kamera utama. ‘AI Sharpening’ juga memang nampak jelas pada sesetengah gambar.

Warna juga kelihatan kurang natural, dengan tona kulit saya kelihatan agak pudar.

Kalau zum jauh, akan nampak efek watercolor. Jadi, bagi mereka yang suka zum jauh, jangan terlalu berharap pada kamera telefon ini.

Jika saya ingin menangkap gambar swafoto, saya perlu berdiri secara statik, barulah gambar nampak jelas. Kalau tangkap gambar sambil bergerak, akan nampak bergegar.

Bukanlah gambar-gambar ini teruk, cuma saya rasa prestasi kamera pada telefon ini belum sampai tahap flagship lagi.

Walaubagaimanapun, saya merasakan bahawa sensor pada kamera-kamera ini cukup baik. Cuma, pemprosesan kamera pada telefon ini yang menjadi batu penghalang untuk mencapai potensi sebenarnya.

Mungkin, anda boleh cuba guna aplikasi third-party seperti MotionCam Pro untuk mendapatkan gambar-gambar yang RAW dan tiada pemprosesan. Ini kalau anda rajin untuk mengedit gambar yang telah ditangkap.

Jelaslah bahawa POCO masih lagi kurang sesuai bagi mereka yang suka menangkap gambar dan yang inginkan pengalaman Android asli.

Telefon Ini Untuk Siapa?

Semestinya ia dibuat untuk gamers. POCO bukanlah jenama yang terlalu fokus pada prestasi kamera, tetapi lebih kepada prestasi cip. Pada tanda harga RM3,999 bagi model yang diulas ini, ia memang ‘ultra’, tetapi tidak jauh beza dengan POCO F8 Ultra. Seakan-akan ia hanya POCO F8.5 Ultra.

HyperOS dalam telefon ini juga masih lagi dihantui bloatware dan iklan…

Walaupun begitu, saya masih lagi berharap POCO akan mempertimbangkan penghapusan iklan dan bloatware bagi telefon-telefon ini, lebih-lebih lagi kerana harganya kini telah mencapai tahap flagship. Ini kerana saya merasakan orang yang ingin membelanjakan wang sebanyak ini pastinya mengharapkan pengalaman yang terbaik dan tidak mahu dihujani oleh iklan.

Tanpa mengira iklan yang menghantuinya, saya masih boleh nampak telefon ini sebagai salah satu pilihan bagi mereka yang ingin mengemulasi permainan PC disebabkan oleh kapasiti baterinya sebesar 8050mAh.

Jadi, kepada anda yang sudah ada POCO F8 Ultra, tunggulah sehingga POCO F10 Ultra keluar pada tahun hadapan. Kepada yang masih menggunakan model POCO lama, mungkin ini masanya untuk mempertimbangkan POCO F9 Ultra.

Jika anda inginkan sebuah telefon ‘all-rounder’ pada harga ini, lebih baik anda mempertimbangkan Xiaomi 17.

{suggest}

The post (Ulasan) POCO F9 Ultra — Memang Berkuasa, Tapi Terlalu Mirip Generasi Sebelumnya appeared first on WISER.MY.

]]>
384817
(Ulasan) Google Pixel 11 Pro — Pilihan Tepat Jika Anda Rancang Kembali Ke Pixel https://wiser.my/ulasan-google-pixel-11-pro-pilihan-tepat-jika-anda-rancang-kembali-ke-pixel Wed, 26 Aug 2026 03:24:38 +0000 https://wiser.my/?p=384234 Google Pixel kini berada pada iterasi yang kesebelas. Jadi, apa yang baharu? Jawapannya, “AI, tetapi bukan itu sahaja.” Penguasaan Apabila kita melihat sekilas pada spesifikasinya, ia kedengaran mantap (bagi varian yang saya cuba ini). Telefon ini dilengkapi dengan WiFi 7, Bluetooth 6.0, RAM 16GB dan storan 512GB yang sepatutnya mencukupi pada tahun 2026. Tetapi, apa...

The post (Ulasan) Google Pixel 11 Pro — Pilihan Tepat Jika Anda Rancang Kembali Ke Pixel appeared first on WISER.MY.

]]>
Google Pixel kini berada pada iterasi yang kesebelas. Jadi, apa yang baharu?

Jawapannya, “AI, tetapi bukan itu sahaja.”

Penguasaan

Apabila kita melihat sekilas pada spesifikasinya, ia kedengaran mantap (bagi varian yang saya cuba ini).

Telefon ini dilengkapi dengan WiFi 7, Bluetooth 6.0, RAM 16GB dan storan 512GB yang sepatutnya mencukupi pada tahun 2026.

Tetapi, apa yang kurang meyakinkan adalah cip. Telefon ini dikuasai oleh Google Tensor G6, iaitu cip buatan Google sendiri, dan ia dikilangkan oleh TSMC. Jadi, sepatutnya, cukup mantap, bukan?

Ya, skor AnTuTu bagi cip ini cukup tinggi, iaitu 1.4 juta. Walau bagaimanapun, ini hanya setanding dengan cip seperti Dimensity 8400 dan Snapdragon 8 Gen 2 yang telah keluar beberapa tahun yang lalu.

Skor AnTuTu.

Bukanlah telefon ini tidak boleh digunakan untuk gaming langsung. Saya telah pun cuba bermain Alien: Isolation dan Where Winds Meet, dan kedua-duanya boleh dimainkan, cuma bukan pada prestasi yang menakjubkan.

Banyak isu grafik glitching, terutama dalam Where Winds Meet. Telefon juga cepat panas setelah bermain hanya 10 minit.

Watak utama dan kucing-kucing terapung… Ini pada tetapan grafik asal (High). Perlu turunkan grafik, barulah selesai masalah tapi masih lagi lagging.

Kalau setakat menggunakan media sosial dan menavigasi melalui homescreen, tidaklah panas. Paling teruk pun, suam-suam sahaja.

Google sebenarnya tidak mementingkan peningkatan prestasi GPU pada cip ini, tetapi lebih kepada CPU untuk pemprosesan AI. Jadi, janganlah terlalu berharap pada cip ini, kecuali kalau anda penggemar AI.

Tetapi, apa yang boleh dipercayai adalah sistem operasi telefon ini.

Sistem Operasi

Dua sahaja yang boleh saya cakap: lancar, dan boleh diubahsuai.

Pixel 11 Pro menjalankan Android 17 dengan perasa Pixel UI, dan Material 3 Expressive.

Setakat lebih seminggu saya memakai telefon ini, memang lancar. OS cukup optimum dan tanpa sangkut-sangkut. Tidak seperti dalam telefon-telefon daripada Xiaomi, realme, dan HONOR.

UI juga terasa sangat personal.

Yang menyejukkan mata juga adalah ketiadaan ‘bloatware’. Hanya ada aplikasi-aplikasi buatan Google sahaja. Jadi, tidak perlu risau tentang pemaparan iklan setiap kali anda menggunakan telefon.

Satu lagi yang akan mengurangkan kerisauan adalah 7 tahun software update. Patutnya telefon ini masih boleh dipakai dan diwarisi kepada anak anda.

Bukan itu sahaja, telefon-telefon Pixel dijamin akan mendapat software update dahulu sebelum telefon Android jenama lain.

Tetapi, bagaimana pula dengan ketahanan bateri? Boleh tahan ke?

Hayat Bateri

Kebanyakan telefon Android pada masa kini menggunakan bateri Silikon Karbon yang mempunyai kapasiti yang besar tanpa menebalkan lagi telefon. Contohnya seperti Realme Power P4 dan OPPO Find X9 Ultra.

Tetapi, Google masih lagi menggunakan teknologi bateri Li-Ion yang berkapasiti 4850mAh.

Walau bagaimanapun, hayat bateri masih lagi panjang.

Contohnya, jika saya menggunakannya pada petang Jumaat dengan bateri 100%, akan ada baki bateri sekitar 25-30% pada petang Sabtu. Ini pun dengan tetapan skrin 120Hz, resolusi 2410×1080, penyambungan WiFi, sambungan earbuds Bluetooth, dan penggunaan ringan seperti melayari media sosial, tangkap gambar, dan sedikit gaming.

Jika guna sambungan data selular, mungkin akan kurang lagi, tetapi jangkaan saya adalah lebih 7 jam hayat bateri dengan penggunaan ekstrem. Dikira cukup baik.

Apa yang kurang mantap adalah kelajuan pengecasan.

Ya, Google mengatakan ada mod ‘Extreme Charging’ yang mampu mengurangkan perjalanan aplikasi di latar belakang, jadi patutnya boleh cas lebih laju melalui wayar.

Realitinya, telefon ini hanya menyokong pengecasan wayar 30W sahaja. Jadi, akan mengambil masa lebih kurang 90-100 minit untuk cas sehingga penuh. Masih lagi ketinggalan berbanding telefon-telefon Android lain, tetapi bolehlah.

Bagi pengecasan wayarles pula, ia menyokong Qi2.2, setinggi 25W. Ini lebih laju berbanding Pixel 10 Pro pada 15W, tetapi masih lagi biasa-biasa sahaja.

Bagaimana dengan hiburan? Luar biasa tak?

Hiburan

Senang kata, tidak.

Anda pasti tertanya, “Mengapa? Bukan ke skrin mantap?”

Benar, telefon ini dilengkapi dengan skrin Super Actua, bersaiz 6.3 inci, resolusi 2856×1280, panel LTPO OLED, dan kadar segar 120Hz. Bukan itu sahaja, skrinnya juga cukup terang, iaitu pada 2400 nits. Ia juga mampu mencapai 3600 nits apabila digunakan di kawasan yang terang.

Dengan skrin sebegini, memang puas untuk melayan filem. Tetapi, jika ia digandingkan dengan speaker dengan kualiti rendah, tiada guna juga.

Jadi, inilah masalah telefon Pixel 11 Pro, kualiti speaker kurang memuaskan. Memanglah speaker telefon ini stereo, dan ada bass, tetapi bagi saya, kejelasan bunyi instrumen dan suara orang itu kurang. Macam tenggelam sedikit.

Ia tidaklah teruk, cuma kurang memuaskan.

Pada pendapat saya, saya lebih menyukai speaker pada telefon iPhone 13 saya berbanding pada Pixel 11 Pro…

Kamera

Apabila masuk bab kamera pula, Google juga ada mengatakan bahawa ada naik taraf, tetapi sedikit sahaja dari segi teknikal, dan lebih kepada pemprosesan AI.

Ketika gambar ditangkap, AI akan memproses gambar dan menaikkan ketajaman dan kecerahannya menjadi ‘Hi-Res’. Seperti yang dilihat di bawah, AI memproses gambar dengan pantas.

Berikut adalah spesifikasi-spesifikasi kamera pada Pixel 11 Pro:

Kamera-kamera utama:

  • Wide: 50MP Octa PD, ƒ/1.68, dan saiz sensor imej 1/1.3″.
  • Ultrawide: 48 MP Quad PD dengan autofocus, ƒ/1.7, saiz sensor imej 1/2.51″.
  • Telefoto: 48 MP Quad PD dengan penstabilan imej optik (OIS), ƒ/2.8, 5x zum optik, dan saiz sensor imej 1/1.95″.

Kamera swafoto: 42MP, Dual PD dengan autofocus, ƒ/2.2 aperture.

Sebenarnya, tidak jauh beza dengan kamera-kamera pada Pixel 10 Pro.

Apabila bercerita tentang hasil gambar dari kamera-kamera telefon ini, ia cukup baik, tetapi mengikut situasi.

Bermula dengan kamera swafoto, mantap bagi saya. Tajam dengan dynamic range yang baik. Hasil gambar juga konsisten.

Masuk ke kamera utama pula, ia mengikut situasi. Cukup pencahayaan, gambar nampak terbaik.

Nota: Sebelum ni, telefoto pada siri Pixel 10 tidak digunakan untuk menangkap gambar potret. Kini, boleh buat sedemikian pada siri Pixel 11 jika ingin menangkap gambar potret yang lebih proper.

Cubaan gambar ‘Portrait’. Cukup baik bokehnya, walaupun ia ditambah oleh AI.

Ada Pro Zoom, yang dikatakan boleh zum sehingga 120x. Sebenarnya, ia hanyalah zum digital, dengan sedikit AI ditaburkan pada gambar yang ditangkap untuk menjadikan imej kelihatan lebih tajam dan kurang noise.

Kalau setakat zum pada bangunan yang jauh, senanglah kerja AI nak tajamkan imej.

Tapi kalau zum pada orang, mungkin ia akan bergelut sedikit. Dikhuatiri orang itu akan kelihatan seperti makhluk asing setelah diproses oleh AI.

Ketika menangkap gambar pada malam hari pula, kamera akan menggunakan mod Instant Night Sight secara automatik.

Logo butang ‘shutter’ secara automatik berubah menjadi ‘Night Sight’.

Sebenarnya, Night Sight telah pun wujud pada siri Pixel 10, tetapi kali ini, Google telah menaik taraf ciri ini pada siri Pixel 11. Google mengatakan bahawa ia mampu memproses dan menangkap gambar low-light 4.5 kali lebih pantas berbanding generasi yang lepas.

Setelah mencubanya, benar bahawa ia memproses dengan lebih pantas. Tetapi, kualiti gambar masih lagi kurang konsisten. Ia sangat bergantung kepada pemprosesan AI untuk menajamkan gambar. Sama juga dengan situasi dan suasana.

Nota: Ketika mengambil gambar juga, digalakkan untuk tidak bergerak. Anda perlu berdiri secara statik agar AI dapat memproses dan menajamkan gambar. Gerak sikit, gambar akan nampak kabur.

Gambar-gambar dari kamera swafoto kadangkala nampak baik, kadangkala nampak kurang memuaskan.

Gambar-gambar dari kamera utama juga tidak jauh beza.

Jadi, kamera-kamera telefon ini sangat bergantung kepada pemprosesan AI. Tanpa AI, siapalah dia.

Bab video pula, kamera-kamera belakang pada telefon ini masih lagi tidak dapat melawan iPhone, OPPO, dan vivo. Masih lagi ada masalah dynamic range yang tidak konsisten dan lens shifting.

Tetapi, video dari kamera swafoto amatlah baik kerana dengan dynamic range yang baik dan imej yang tajam, terasa seronok untuk merakam video dengannya. Jadi, memang sesuai bagi mereka yang suka membuat vlog.

Jadi, itu sahaja bagi telefon ini? Semestinya tidak.

Ciri-ciri Lain

Magic Capture: Dengan ciri ini, anda hanya perlu rakam video ketika suatu acara berlaku, dan AI akan mencari momen-momen terbaik dalam video tersebut.

Camera Looks: Ciri ini adalah bagi mereka yang ingin mengubah warna atau stail gambar yang ingin ditangkap dengan lebih lanjut sebelum gambar betul-betul ditangkap. Ibarat photographic style dalam iPhone 16 Pro dan ke atas.

Creator Suite: Ciri ini pula bagi mereka yang mencipta kandungan. Dalamnya, terdapat teleprompter, audio visualiser, speech enhancement, dan social media grid (bagi mereka yang membuat kandungan di TikTok). Diingatkan bahawa ciri ini hanya ada pada siri Pixel 11 dan ke atas sahaja.

Gemini Intelligence: Sepatutnya ciri ini berfungsi untuk mengesan data yang telah disimpan (contohnya, dalam aplikasi Google Calendar), dan ia akan memberitahu bila anda akan mempunyai kelapangan masa.

Bro, Sabtu ni free tak?

Apabila seseorang bertanya anda seperti ini, satu pop-up akan keluar.

Tetapi, ciri ini hanya ada dalam aplikasi Google Messages sahaja buat masa ini. Ia tidak menyokong aplikasi lain seperti WhatsApp dan Telegram.

Sejujurnya, saya rasa ciri ini tidak akan digunakan secara meluas di Malaysia kerana majoriti menggunakan WhatsApp dan Telegram.

Pixelsnap: Bagi saya, ini adalah antara ciri yang sepatutnya ada pada majoriti jenama telefon Android pada masa kini. Ia sangat praktikal untuk melekatkan aksesori seperti pemegang kad dan powerbank wayarles.

Desktop Mode: Dengan adanya USB 3.2, bolehlah sambung telefon ini kepada sebuah monitor dan menggunakannya seolah-olah menggunakan PC. Ini tak jauh beza dengan Samsung Dex.

Face Unlock: Ciri ini menggunakan kamera swafoto untuk mengecam muka anda, tetapi disebabkan ia tidak mempunyai sensor infrared, ia hanya boleh digunakan dalam suasana yang cukup pencahayaan. Jika anda berada dalam bilik yang gelap, ia tidak akan berfungsi, dan anda akan disuruh untuk menggunakan kod laluan atau lukis corak.

Quick Share: Bagi mereka yang risau telefon ini tidak boleh ‘AirDrop’, tidak perlu risau. Dengan ciri ini, mudah untuk menghantar fail dari iPhone ke Pixel dan sebaliknya. Tak perlukan aplikasi tambahan seperti jenama Android lain.

HiLight: Ini adalah ciri yang jelas hanya satu gimik (buat masa ini). Ini kerana ia hanya boleh digunakan untuk Google Gemini Assistant dan Favourite Contacts…

Harapnya Google akan mengeluarkan kemas kini baharu pada masa terdekat agar ia boleh digunakan untuk aplikasi lain juga (WhatsApp, Instagram, Telegram).

Patut Beli Atau Tunggu?

Pixel 11 Pro merupakan sebuah telefon yang cukup baik dari segi hayat bateri, skrin, dan kamera (setelah diproses oleh AI).

Tetapi, masalah yang sama masih ada: Pengecasan yang tidak cukup pantas, kualiti rakaman video yang masih tidak mampu melawan telefon-telefon buatan China dan Apple, dan GPU yang masih lagi kurang berkuasa.

Apa pun, ini masih lagi sebuah telefon yang patut dipertimbangkan, hanya kerana Android asli yang sangat lancar dan tiada bloatware. Telefon ini adalah alternatif yang baik kepada iPhone, jika anda tidak berapa kisah tentang prestasi gaming.

Cip Tensor G6 juga sebenarnya sudah semakin baik. Tidak seperti awal kemunculan Tensor dahulu yang amat teruk.

Bagi yang masih lagi menggunakan telefon Pixel generasi lama seperti Google Pixel 6 dan 7, ini masa yang sesuai untuk mempertimbangkan telefon ini.

Bagi mereka yang menggunakan siri Pixel 9 dan 10 pula, anda patut tunggu sehingga Pixel 12 dikeluarkan.

Pada akhirnya, ini masih lagi sebuah telefon AI, bukanlah telefon terbaik secara keseluruhan.

{suggest}

The post (Ulasan) Google Pixel 11 Pro — Pilihan Tepat Jika Anda Rancang Kembali Ke Pixel appeared first on WISER.MY.

]]>
384234
(Ulasan) OPPO Enco Air5s — ANC Biasa-Biasa Saja, Tapi Kualiti Bunyi Menyelamatkan Keadaan https://wiser.my/ulasan-oppo-enco-air5s-anc-biasa-biasa-saja-tapi-kualiti-bunyi-menyelamatkan-keadaan Wed, 19 Aug 2026 01:58:17 +0000 https://wiser.my/?p=383413 OPPO merupakan sebuah jenama yang tidak asing lagi, lebih-lebih lagi dalam pasaran telefon pintar. Mereka juga telah mengilangkan produk-produk audio seperti earbuds wayarles in-ear, dan semi in-ear. Buat pertama kalinya, OPPO menerapkan ciri pembatalan hingar aktif (ANC) pada earbuds semi in-ear terbaharu mereka, OPPO Enco Air5s. Teknologi ANC pada earbuds jenis semi in-ear bukanlah baharu. Apple telah menerapkan ciri...

The post (Ulasan) OPPO Enco Air5s — ANC Biasa-Biasa Saja, Tapi Kualiti Bunyi Menyelamatkan Keadaan appeared first on WISER.MY.

]]>
OPPO merupakan sebuah jenama yang tidak asing lagi, lebih-lebih lagi dalam pasaran telefon pintar. Mereka juga telah mengilangkan produk-produk audio seperti earbuds wayarles in-ear, dan semi in-ear.

Buat pertama kalinya, OPPO menerapkan ciri pembatalan hingar aktif (ANC) pada earbuds semi in-ear terbaharu mereka, OPPO Enco Air5s.

Teknologi ANC pada earbuds jenis semi in-ear bukanlah baharu. Apple telah menerapkan ciri ini ke dalam AirPods 4 ANC. Jenama-jenama lain seperti Xiaomi, Baseus, QCY, Anker, dan Soundpeats juga telah menyumbang kepada kategori niche ini.

Jadi, adakah OPPO berjaya dalam pembuatan produk sebegini?

Keselesaan dan Ketahanan

Satu perkara yang amat penting bagi sesebuah earbuds adalah keselesaan. Jika tidak selesa, tiada guna.

Mujurlah earbuds ini selesa. Disebabkan beratnya yang ringan (3.9g bagi sebelah earbuds, 7.8g sepasang), ia terasa seperti saya tidak memakai apa-apa di telinga.

Cuma, disebabkan saiz lubang telinga saya tidak sama, earbuds ini tidak menutup telinga kanan sepenuhnya, manakala telinga kiri tiada masalah ini. Perkara ini juga tidak dapat dibaiki dengan penukaran eartip getah kerana earbuds ini ketiadaan muncung di hujung seperti earbuds in-ear.

OnePlus Buds 4 vs. OPPO Enco Air5s

Mungkin ini tidak akan menjadi masalah bagi pengguna lain kerana setiap orang mempunyai bentuk telinga yang berlainan. Saya rasa earbuds ini lebih sesuai bagi mereka yang mempunyai lubang telinga yang kecil.

Sempat juga saya cuba berlari sedikit sambil memakai earbuds ini. Setakat ini, tidak pernah jatuh lagi. Itu pun kerana adanya naluri semula jadi untuk sentiasa berhati-hati ketika mengendalikan sebarang teknologi.

Sedikit lagi hendak terjatuh. Tetapi, masih boleh bertahan.

Kalau anda mahu headbanging ketika mendengar lagu rock kapak, mungkin ini juga tidak berapa sesuai…

Walaupun ia kurang praktikal untuk digunakan ketika berjoging dan bersenam, ia masih boleh digunakan ketika sedang berpeluh atau meredah hujan kerana adanya penarafan IP55. Jadi, tidak perlu risau kalau terkena air sedikit.

Namun, saya masih tidak mengesyorkan anda untuk menggunakan earbuds ini di luar. Sebab utama adalah ANC.

ANC

Ya, earbuds ini mempunyai ‘adaptive ANC’, jadi ia akan bertindak mengikut cara pemakaian earbuds dan persekitaran pengguna. Jika saya tundukkan kepala, ia akan melaraskan ANC juga.

ANC dilaraskan secara automatik mengikut bentuk telinga, kedudukan earbuds, dan persekitaran.

OPPO memasarkan earbuds ini dengan kebolehan membatalkan bunyi sehingga 35dB. Berdasarkan pengalaman saya, ia sepadan dengan ukuran mereka.

ANC pada earbuds ini cukup efektif dalam mengurangkan bunyi-bunyi seperti kipas, dan penyaman udara dalam pejabat. Tetapi, sampai di situ sahaja keberkesanannya.

Ini kerana suara rakan sekerja masih lagi boleh didengari sedikit, kecuali jika muzik yang dimainkan dikuatkan lagi.

Nota: Mohon jaga pendengaran anda. Jangan dengar lagu kuat sangat ya.

Berbalik kepada ANC, ia berguna ketika saya hanya duduk di pejabat.

Apabila saya mula melakukan sebarang pergerakan seperti berjalan kaki di luar, mengunyah makanan, dan berlari, prestasi ANC menjadi kurang konsisten.

Ini kerana earbuds ini cuba sedaya upaya untuk melaraskan dan membatalkan bunyi sekeliling, jadi ia banyak kali bertukar. Akibatnya, ia membuatkan saya rasa pening. Jadi, saya akan simpan semula earbuds dan berjalan tanpa muzik.

Kurang sesuai digunakan ketika berjalan di luar.

Satu lagi perkara adalah earbuds ini tidak boleh tahan bunyi angin dan bunyi yang lebih kuat dari 35dB.

Ketika saya berjalan di laluan pejalan kaki dengan angin bertiup ke arah saya, saya terdengar bunyi angin dengan jelas. Ia sangat mengganggu.

Bukan itu sahaja, earbuds ini tidak mampu membatalkan bunyi tren.

Masih boleh dengar bunyi tren.

Walau bagaimanapun, ini menepati jangkaan saya. Selalunya earbuds semi in-ear bukanlah yang terbaik dalam membatalkan bunyi sekeliling. Earbuds in-ear seperti OnePlus Buds 4 masih lagi lebih praktikal kerana keberadaan getah di hujungnya.

Jadi, walaupun adanya ANC, ia tidak sempurna. Tetapi, bagaimana pula dengan kualiti bunyi?

Kualiti Bunyi

Inilah yang menyelamatkan earbuds ini. Hal ini kerana tuning earbuds ini cukup baik out of the box. Bagi saya, bunyinya balanced.

Kualiti bunyinya 90% mirip OnePlus Buds 4, dengan kekurangan bass. Ini disebabkan reka bentuk earbuds yang tiada getah di hujung. Syarat untuk mendapatkan lebih bass adalah earbuds perlu tutup lubang telinga.

Tapi, ini juga bergantung kepada mod ANC yang digunakan. ANC dihidupkan, lebih bass. ANC dimatikan, kurang bass.

Bagi codec Hi-Res Wireless pula, OPPO melangkaunya dan hanya memberikan codec Bluetooth AAC dan SBC.

Walau bagaimanapun, tuning masih lagi mantap, dengan suara vokal yang jelas dan sedikit intimate atau terasa dekat dengan kepala. Bunyi instrumen juga kedengaran jelas, tanpa rasa tajam atau sibilant.

Sejujurnya, saya masih lagi mempelajari bab-bab audio ini, tapi apa yang saya boleh katakan, kualiti bunyinya sangat baik.

Mungkin bagi yang gemar bass, ini bukan untuk anda. Tetapi, jika anda rajin untuk menala bunyi dengan lebih lanjut, boleh sahaja tambah bass menggunakan equalizer dalam aplikasi HeyMelody.

‘Equalizer’ dengan 10-band slider.

Apa yang saya perasan, earbuds ini mampu menghasilkan bunyi yang kuat. Bagi saya, volume 30% sudah cukup kuat. Lebih dari itu akan menyakitkan telinga.

Volume 30% sudah cukup kuat bagi saya. 

Saya bersyukur OPPO mengutamakan kualiti audio pada earbuds ini. Ia adalah salah satu bukti bahawa tuning lebih penting berbanding sokongan Hi-Res Wireless.

Walaupun saya berpuas hati dengan kualiti bunyinya, berapa lama pula saya boleh menikmatinya?

Hayat Bateri

Dengan hayat bateri selama 5 jam dengan mod ANC dihidupkan, ia cukup lama. Berkemungkinan ia boleh tahan lebih lama lagi jika mod ANC dimatikan.

OPPO menyatakan earbuds ini boleh bertahan sehingga 48 jam dengan casing. Setakat ini, saya telah menggunakannya selama 4 hari sejak casing dicas, dan casing masih lagi ada 50% bateri. Mungkin ia boleh bertahan sehingga seminggu.

Bateri casing setelah 4 hari guna.

Ini pun kerana saya tidak menggunakannya sepanjang masa dan banyak kali menyimpan semula earbuds dalam casing setelah 4-5 jam memakainya. Jadi, hayat bateri bergantung kepada penggunaan masing-masing.

Jadi, itu sahaja ke?

Kawalan dan Ciri-ciri Lain

Earbuds ini boleh dikawal menggunakan butang sentuh yang berada di sebelah kanan dan kiri. Satu perkara yang unik adalah cara pengawalannya.

Ada kawalan swipe ke atas dan bawah untuk tetapan volume dan menukar lagu yang dimainkan.

Kawalan yang telah saya tetapkan menggunakan aplikasi HeyMelody.

Satu sahaja yang sedikit menjengkelkan: butang-butang kapasitif pada earbuds ini sangatlah sensitif kepada sentuhan. Malah, rambut yang basah juga dianggap sebagai ‘sentuhan’. Jadi, jika anda ingin menggunakan earbuds ini, pastikan rambut kering.

Berbalik kepada aplikasi HeyMelody, terdapat banyak ciri yang dapat ditetapkan bagi earbuds ini.

Antaranya adalah penukaran mod ANC, multi-point (sambung ke dua peranti serentak), spatial audio, mod gaming, wear sensor (tanggal earbuds, muzik berhenti), penukaran fungsi butang-butang, dan equalizer (penalaan bunyi).

Jadi, earbuds ini sangat kaya dengan ciri jika anda memuat naik aplikasi ini.

Perlukah Anda Membeli?

OPPO Enco Air5s merupakan sebuah earbuds semi in-ear yang cukup baik dari segi hayat bateri, kualiti bunyi, dan penyokongan aplikasi HeyMelody yang menyerlahkan lagi keupayaan sebenarnya.

Jika anda seorang yang benar-benar memerlukan ANC untuk membatalkan bunyi-bunyi yang kuat di sekeliling anda, earbuds ini bukan untuk anda. Lebih baik anda mencari earbuds in-ear yang lebih kedap dan mampu membatalkan bunyi lebih lagi.

Bagi sesiapa yang tidak suka earbuds dengan getah, ini pastinya untuk anda, tetapi jangan terlalu berharap pada ANC-nya.

Bagi saya, earbuds ini sangat sesuai bagi pekerja di pejabat. Ini kerana ia boleh kurangkan sedikit bunyi penyaman udara dan kipas, tanpa benar-benar memekakkan telinga anda. Jadi, masih boleh dengar ketika majikan memanggil anda.

Apa pun, earbuds ini cukup mantap pada harga yang ditawarkan.

{suggest}

The post (Ulasan) OPPO Enco Air5s — ANC Biasa-Biasa Saja, Tapi Kualiti Bunyi Menyelamatkan Keadaan appeared first on WISER.MY.

]]>
383413
(Ulasan) ASUS Zenbook A14 – Bateri Laptop Ni Boleh Tahan Sehingga “2 Hari” https://wiser.my/ulasan-asus-zenbook-a14-bateri-laptop-ni-boleh-tahan-sehingga-2-hari Thu, 13 Aug 2026 06:57:49 +0000 https://wiser.my/?p=383445 Untuk 2026 tahun ini, ASUS mula menggunakan cip pemprosesan terbaru Qualcomm untuk komputer riba premium mereka yang menjanjikan prestasi, kestabilan dan hayat bateri yang berpanjangan. Salah satunya adalah pada siri ASUS Zenbook baharu dikuasakan pemproses Snapdragon X2 Elite yang merupakan CPU premium generasi kedua Snapdragon yang direka untuk komputer riba mudah alih ultra nipis dan...

The post (Ulasan) ASUS Zenbook A14 – Bateri Laptop Ni Boleh Tahan Sehingga “2 Hari” appeared first on WISER.MY.

]]>
Untuk 2026 tahun ini, ASUS mula menggunakan cip pemprosesan terbaru Qualcomm untuk komputer riba premium mereka yang menjanjikan prestasi, kestabilan dan hayat bateri yang berpanjangan.

Salah satunya adalah pada siri ASUS Zenbook baharu dikuasakan pemproses Snapdragon X2 Elite yang merupakan CPU premium generasi kedua Snapdragon yang direka untuk komputer riba mudah alih ultra nipis dan ringan.

Untuk kali ini, penulis diberi peluang oleh pihak ASUS untuk menguji sendiri  model laptop terbaru 2026 ASUS, Zenbook A14.

Snapdragon X2 Elite

Dikuasakan oleh pemproses baharu Snapdragon X2 Elite, peranti ini membuktikan bahawa gabungan reka bentuk ultra-nipis dan prestasi bertaraf tinggi bukanlah sesuatu yang mustahil.

Pemproses terbaru Qualcomm ini yang direka untuk membolehkan komputer riba direka bentuk nipis dan ultra ringan, tapi tetap berkuasa tinggi, mempunyai 18-teras dan Unit Pemprosesan Neural (NPU) berkuasa 80 TOPS.

Bermain game, membuat kandungan kreatif menggunakan aplikasi grafik atau video berkuasa AI, menstrim video mahupun menjalankan pelbagai aplikasi dan aktiviti lain serentak, Zenbook A14 dipacu Snapdragon X2 Elite menyampaikan prestasi yang diinginkan tanpa kompromi. ASUS berjaya membuktikan bahawa kecekapan tenaga dan prestasi tahap tertinggi kini boleh bergerak seiring.

Kurang dari 1kg

Dari sudut reka bentuk, Zenbook A14 dibina menggunakan bahan Ceraluminum™, material hasil daripada gabungan seramik dan aluminium yang bukan sahaja tahan lasak tetapi amat ringan.

Malah dengan berat kurang dari 1kg serta rekaan nipis, ia amat selesa untuk di usung ke mana sahaja.

Seringan 0.99 kg, ASUS Zenbook A14 mendapat manfaat besar daripada Snapdragon X2 Elite yang membolehkan laptop moden kini lengkap dengan pakej rekaan nipis tapi juga berprestasi tinggi.

Bateri tahan 2 hari

Satu lagi kelebihan utama Zenbook A14 ini ialah hayat baterinya yang lama.

ASUS mendakwa bateri laptop ini mampu bertahan sehingga 33 jam.

Namun, ujian penulis sendiri mendapati ia mampu mencecah hampir 30 jam masa penggunaan (tipikal).

Jadi, secara umumnya, penggunaan biasa penulis dengan laptop ini dalam sehari sekitar 10 jam akan memberikan masa penggunaan untuk 2 hari sebelum baterinya perlu di cas semula pada hari ketiganya.

Semasa penggunaan harian, kelancaran multitasking terasa sangat responsif dan kebimbangan tentang hayat bateri langsung tiada.

Walau bagaimanapun…

ASUS Zenbook A14 ini sejujurnya hampir sempurna, dengan cip berprestasi, rekaan nipis dan super ringan serta hayat baterinya yang sangat lama, ia dengan mudah akan menjadi pilihan utama pengguna.

Paparan OLED laptop ASUS sememangnya yang terbaik dalam kelasnya.

Namun, ada sedikit kekurangan, sekurang-kurangnya satu isu yang sedikit sebanyak, ia menjengkelkan penulis.

Isu yang dimaksudkan di sini adalah kualiti audionya yang kurang memuaskan.

Entah kenapa, mungkin ASUS terlepas pandang, bunyi yang dihasilkan dari laptop ini seperti bunyi tersepit yang keluar dari ruang yang sempit.

Ini mungkin kerana pembesar audio laptop ini terletak di bahagian bawah kiri dan kanan peranti.

Mungkin untuk model masa hadapan, ASUS perlu mengubah kedudukan speaker laptop ini supaya audionya lebih baik.

Kesimpulan

ASUS Zenbook A14 adalah komputer riba mewah menyasarkan pengguna yang mahukan sebauh peranti premium.

Dengan rekaan nipis dan ultra ringan, cip premium berprestasi tinggi dengan AI, paparan OLED yang memukau serta hayat bateri yang panjang, ia adalah sebuah laptop yang sangat ideal untuk apa jua tugasan.

Tidak kiralah anda seorang yang kerap melakukan kerja luar, mengembara, ahli perniagaan, pekerja pejabat mahupun pelajar, Zenbook A14 sesuai untuk anda semua.

ASUS Zenbook A14 (UX3407) kini sudah pun berada di pasaran tempatan dijual pada harga RM7,499 yang boleh dibeli dari stor rasmi:

{suggest}

The post (Ulasan) ASUS Zenbook A14 – Bateri Laptop Ni Boleh Tahan Sehingga “2 Hari” appeared first on WISER.MY.

]]>
383445
(Ulasan) MSI Prestige 14 Flip AI+ — Laptop Produktiviti Yang Kena Dengan Harga https://wiser.my/ulasan-msi-prestige-14-flip-ai-laptop-produktiviti-yang-kena-dengan-harga Tue, 11 Aug 2026 03:43:04 +0000 https://wiser.my/?p=382999 Setelah mencuba laptop sehebat ASUS Expertbook Ultra pada artikel yang lepas, kini saya berpeluang untuk menguji satu lagi laptop yang kelihatan ‘ultra’ juga: MSI Prestige 14 Flip AI+ (D3MTG-001US). Dalam kepala saya, saya sentiasa mensinonimkan MSI dengan gaming. Tetapi, laptop ini bukan seperti yang disangkakan kerana ia dipasarkan kepada pekerja korporat. Maka, mari kita jelajah...

The post (Ulasan) MSI Prestige 14 Flip AI+ — Laptop Produktiviti Yang Kena Dengan Harga appeared first on WISER.MY.

]]>
Setelah mencuba laptop sehebat ASUS Expertbook Ultra pada artikel yang lepas, kini saya berpeluang untuk menguji satu lagi laptop yang kelihatan ‘ultra’ juga: MSI Prestige 14 Flip AI+ (D3MTG-001US).

Dalam kepala saya, saya sentiasa mensinonimkan MSI dengan gaming. Tetapi, laptop ini bukan seperti yang disangkakan kerana ia dipasarkan kepada pekerja korporat.

Maka, mari kita jelajah laptop ini, yang akan saya beri nama “The Prestige”. Mudah sikit untuk dipanggil berbanding nama asalnya.

Apa Yang “The Prestige” Ada?

Tidak jauh beza dengan spesifikasi ASUS ExpertBook Ultra, MSI tidak kedekut dalam memberikan konfigurasi yang cukup baik.

Apabila lihat sekilas pandang spesifikasinya, nampak padu: CPU Intel Core Ultra X7 358H (1.90GHz) dengan iGPU Intel Arc B390, RAM 32GB LPDDR5X (8533 MT/s), dan storan SSD sebesar 1 Terabyte.

Jadi, itu sahaja ke? Semestinya tidak.

Kekuatan “The Prestige”

Bermula dengan skrin, ia bersaiz 14 inci dengan resolusi 1920×1200. Cukup tajam. Ia juga mempunyai ciri boleh sentuh (touchscreen).

Dengan nisbah aspek 16:10, skrin seperti ini sesuai untuk melakukan kerja dan membaca dokumen dengan ketinggian ekstra ini, tidak seperti nisbah aspek tradisional seperti 16:9.

Sejujurnya, saya lebih gemar nisbah aspek 3:2 kerana lebih tinggi berbanding 16:10, tetapi ini sudah cukup memadai untuk membuat kerja dan multitasking.

Digandingkan pula dengan panel OLED, dapatlah saya menikmati filem dengan kehitaman yang benar-benar hitam dan kontras yang tinggi.

Skrin OLED dengan kehitaman yang dalam.

Bukan itu sahaja, laptop ini juga boleh dilipat 360 darjah, jadi ia juga boleh digunakan sebagai tablet Windows. Ini juga memudahkan saya untuk melukis tanpa dihalang oleh papan kekunci.

Untuk melukis pula, pen stylus disertakan, jadi bolehlah saya melakar karya sendiri. Palm rejection juga ada, cuma anda perlu menghidupkan tetapan “Ignore touch input when I’m using my pen” untuk memastikan tiada sentuhan secara tidak sengaja oleh tapak tangan ketika melukis menggunakan pen.

Walaupun tetapan ini telah dihidupkan, kadangkala skrin masih akan mengesan sentuhan tapak tangan saya, tetapi ia masih lagi lebih baik daripada tidak menghidupkannya langsung.

Apabila ada peluang untuk melukis, memang saya akan melukis! Walaupun hasil tidak seberapa, tetapi bolehlah.

Setelah siapnya karya seni, bagaimana pula dengan produktiviti?

Laptop ini mempunyai banyak sambungan, jadi saya tidak perlu membawa sebarang adapter atau penyambung dengan sambungan tambahan hanya untuk sambungkan laptop ini ke sebuah projektor.

Pastinya laptop ini tiada masalah dalam mengendalikan pembukaan banyak tetingkap (window) tanpa ada rasa lagging. Hal ini disebabkan oleh CPU yang berkuasa dan RAM yang banyak, jadi memang sesuai untuk buka dokumen di sebelah kiri, dan YouTube di sebelah kanan untuk multitasking.

Walaupun suhu laptop kadangkala akan menjadi sedikit suam, tetapi ia jarang menjadi panas. Ini bergantung pada tempat kerja anda juga.

Bagi sambungan internet dan Bluetooth pula, tidak perlu risau sangat kerana laptop ini dilengkapi dengan Intel Killer WiFi 7, dan Bluetooth 6.0. Jadi, tiada masalah sambungan terputus atau sambungan earbuds wayarles sangkut-sangkut.

Ketika saya melakukan kerja, apa yang saya perasan adalah pengalaman menaip yang selesa ketika menggunakan papan kekunci laptop ini. Jarak antara kekunci juga tidak sempit, dan key travel tidak panjang dan ini mengurangkan daya untuk menekan sesebuah kekunci. Ini memudahkan saya untuk menaip dengan cepat.

Trackpad laptop ini luas, jadi ia juga selesa digunakan dan sangat responsif. Tidak perlu saya menggunakan tetikus wayarles.

Bagi hayat bateri pula, memang power. Dengan tetapan mod bateri ‘Balanced’, disambungkan earbuds wayarles dengan penggunaan yang ringan seperti melakukan kerja, mendengar lagu, dan menonton video di YouTube, saya mendapat hayat bateri selama lebih 10 jam, dengan baki 34% pada malam hari.

Mungkin, jika mod ‘Best Power Efficiency’ digunakan, boleh dapat hayat bateri yang lebih panjang.

Jadi, bolehlah anda bawa laptop ini ke cafe untuk membuat kerja tanpa perlu risau tentang bateri turun dengan cepat.

Setelah selesai membuat kerja, saya dapat melakukan sedikit gaming juga dengan laptop ini. iGPU laptop ini cukup berkuasa untuk mengendalikan permainan video triple-A seperti Assassin’s Creed Odyssey, walaupun terasa sedikit lagging pada tetapan grafik ‘High’.

Tetapan grafik asal dalam Assassin’s Creed: Odyssey. Cukup berkuasa.

Selepas gaming, laptop ini hanya mengambil masa 90 minit untuk cas dari kosong sehingga penuh kerana ia menyokong pengecasan pantas 65W. Tidak perlu tunggu lama untuk sambung melakukan kerja semula.

Jika anda ingin menyambung sedikit kerja sebelum tidur, tetapi lampu telah dipadamkan, jangan risau kerana papan kekunci laptop ini ada backlit, jadi bolehlah cepat-cepat menaip ayat-ayat terakhir sebelum idea itu hilang.

Laptop ini juga ringan, hanya seberat 1.37kg. Bolehlah meletakkan laptop di atas riba tanpa rasa seperti batu besar dipangku atas riba.

Setakat ini, banyak kebaikan yang terkandung dalam “The Prestige”, tetapi tiada produk yang sempurna, termasuklah laptop ini.

Kelemahan “The Prestige”

Berbalik kepada luaran laptop, penutup laptop ini sukar dibuka dengan satu jari. Bukanlah masalah besar, tapi bagi saya, agak menjengkelkan. Mungkin kerana magnet pada penutup laptop amat kuat sehingga perlu menggunakan dua tangan untuk membukanya.

Pembukaan penutup laptop HONOR MagicBook Pro 14 vs. MSI “The Prestige”.

Masuk ke skrin, ia hanya menyokong kadar segar 60Hz. Ia kurang sesuai bagi yang inginkan skrin yang lebih lancar.

Permukaan skrin pula jenis glossy, jadi kurang sesuai untuk menggunakannya kerana ia memantulkan latar belakang saya. Agak mengganggu bagi saya. Tetapi, boleh sahaja naikkan kecerahan skrin untuk menyelesaikan masalah ini.

Satu masalah yang tidak boleh diselesaikan adalah sensasi melukis atas skrin ini. Disebabkan skrin yang glossy, ia terasa licin dan kurang natural untuk melukis. Saya lebih gemar melukis atas skrin jenis matte kerana teksurnya yang kurang licin dan sedikit seperti kertas.

Saiz pen stylus juga tidak besar. Macam pakai S Pen pada telefon Samsung Galaxy S25 Ultra. Kurang selesa untuk pakai berpanjangan.

Satu lagi isu adalah kedudukan tempat simpan pen. Bagi saya, ia seperti satu idea yang dilaksanakan pada saat akhir sebelum produk mula dikilangkan. Sangat menjengkelkan kerana saya perlu terbalikkan laptop jika ingin menggunakan atau menyimpan semula pen.

Apabila fokus kepada iGPU pula, ia sememangnya berkuasa, tetapi ia kekurangan sokongan driver untuk permainan video seperti Death Stranding 2. Jadi, tidak semua boleh dimainkan kerana akan ada yang crash setelah melepasi satu tahap dalam permainan video itu.

Laptop juga cepat panas dan bateri cepat turun dalam masa yang sekejap. Secara spesifik, bateri turun dalam 30% dalam 30 minit.

Ini kerana kekurangan sistem penyejukan dalam casis yang nipis, dan penggunaan bateri yang lebih untuk mengendalikan grafik yang berat. Sebab itulah laptop ini hanya dipasarkan kepada pekerja korporat.

Apabila dilihat dari segi penggunaan dalam jangka masa panjang pula, RAM pada laptop ini tidak boleh dinaik taraf kerana RAM telah dipateri pada motherboard. Jadi, amat penting untuk anda pilih konfigurasi RAM yang mencukupi sebelum membeli. Sekurang-kurangnya storan boleh dinaik taraf.

Satu lagi masalah yang saya temui adalah kelajuan sambungan WiFi yang perlahan. Pada mulanya, saya berfikiran bahawa WiFi di pejabat ada masalah, tetapi tidak. Sebenarnya, ini disebabkan oleh aplikasi Intel® Killer™ Performance Suite yang mengutamakan ‘gaming’ untuk mendapatkan kelajuan internet tertinggi berbanding ‘produktiviti’.

Jadi, saya perlu mengubahsuai semula tetapan agar boleh mendapat kelajuan setinggi 700mbps berbanding 60mbps sebelum pengubahsuaian.

Benar bahawa ini hanyalah masalah perisian, tetapi ini tidak sepatutnya berlaku pada sesebuah laptop out of the box.

Seterusnya, kualiti gambar dan video yang dihasilkan webcam biasa-biasa sahaja, dengan dynamic range yang rendah. Latar belakang juga akan jadi kurang jelas jika ia terlalu terang, tetapi, sekurang-kurangnya muka saya nampak jelas. Cukup untuk menyertai mesyuarat dalam talian.

Untuk hiburan pula, memang benar skrin OLED tajam, tetapi apabila digandingkan dengan speaker jenis down-firing iaitu speaker yang berada di bawah laptop, pengalaman secara keseluruhan menjadi kurang memuaskan.

Kualiti bunyi speaker juga sangatlah bergantung pada tempat laptop ini diletakkan, sama ada di atas meja, atau di atas tilam. Saya mengesyorkan anda meletakkan laptop di atas permukaan rata untuk kualiti bunyi yang terbaik, dan untuk mengelakkan kualiti bunyi yang kurang jelas. Ia hanya menjadi kurang jelas apabila diletakkan atas tilam atau riba anda.

Berbaloi Ke Tak?

MSI “The Prestige” adalah sebuah laptop produktiviti yang cukup baik pada harga yang ditawarkan. Boleh juga saya katakan bahawa ini adalah laptop yang lebih kurang sama dengan ASUS ExpertBook Ultra dari segi spesifikasinya, kecuali berat, skrin, speaker,  dan ketebalannya.

Kiranya “The Prestige” adalah satu alternatif yang baik kepada laptop itu.  Tetapi, disebabkan unit yang diuji ini adalah model US, mungkin ia tidak dijual secara meluas dalam Malaysia.

Apa pun, laptop ini kena dengan harganya, dan berbaloi bagi mereka yang mementingkan produktiviti, dan juga yang inginkan skrin boleh sentuh.

{suggest}

The post (Ulasan) MSI Prestige 14 Flip AI+ — Laptop Produktiviti Yang Kena Dengan Harga appeared first on WISER.MY.

]]>
382999
(Ulasan) HONOR MagicPad 4 – Ciri Linux dan ‘PC Mode’ Kurang Menjadi, Tapi ‘Gaming’, Hiburan Masih Cemerlang https://wiser.my/ulasan-honor-magicpad-4-ciri-linux-pc-mode-kurang-menjadi-tapi-gaming-hiburan-masih-cemerlang Fri, 17 Jul 2026 03:00:37 +0000 https://wiser.my/?p=379028 HONOR telah mengeluarkan tablet terbaru mereka pada Mac lalu, iaitu HONOR MagicPad4, dengan satu ciri besar: kebolehan menjalankan Linux. Sejujurnya, ciri ini membuatkan saya skeptikal… Jadi, dalam ulasan ini, saya akan mencuba Linux, sambil menguji prestasi tablet secara keseluruhan dengan fokus pada produktiviti. Gajah Dalam Bilik: Linux Ya, HONOR mengatakan tablet ini mampu menjalankan dwi sistem operasi...

The post (Ulasan) HONOR MagicPad 4 – Ciri Linux dan ‘PC Mode’ Kurang Menjadi, Tapi ‘Gaming’, Hiburan Masih Cemerlang appeared first on WISER.MY.

]]>
HONOR telah mengeluarkan tablet terbaru mereka pada Mac lalu, iaitu HONOR MagicPad4, dengan satu ciri besar: kebolehan menjalankan Linux.

Sejujurnya, ciri ini membuatkan saya skeptikal…

Jadi, dalam ulasan ini, saya akan mencuba Linux, sambil menguji prestasi tablet secara keseluruhan dengan fokus pada produktiviti.

Gajah Dalam Bilik: Linux

Ya, HONOR mengatakan tablet ini mampu menjalankan dwi sistem operasi (OS), iaitu Android dan Linux.

Jadi, macam mana nak dapatkan Linux ini?

Proses pengaktifannya sedikit rumit. Untuk mengaktifkannya, anda perlu aktifkan dahulu ‘Developer Options’ di Settings.

Di ‘About tablet’,  anda perlu scroll sehingga jumpa ‘build number’. Tekan itu 7 kali sehingga anda menjadi ‘developer’.

Selepas itu, cari ‘Developer options’ dan kemudiannya, scroll sehingga ke bawah sekali. Barulah jumpa tetapan ‘Linux Lab’.

Tetapi, sebelum mengaktifkannya, aktifkan dahulu tetapan “Disable child process restrictions.”

Apabila ‘Linux Lab’ diaktifkan, satu aplikasi baru akan muncul di homescreen.

Boleh juga memuat turun aplikasi ini dari HONOR App Market, tetapi anda masih lagi perlu mengaktifkan ‘Developer mode’ dan “Disable child process restrictions” untuk menggunakan Linux Lab.

Dalam aplikasi Linux Lab, ada dua perasa linux: Ubuntu dan Debian.

Anda boleh tukar antara dua-dua jenis Linux ini pada bila-bila masa. Ada juga ‘graphics acceleration’ untuk mendapatkan prestasi yang baik ketika menggunakan Linux.

Jadi, Linux hanya boleh diakses melalui aplikasi Linux Lab ini. Tanpa aplikasi ini, tiadalah Linux.

Pengalaman menggunakan Linux dalam Linux Lab juga tidak rasa natif. Macam pakai Virtual Machine. Kadangkala, akan lagging juga. Walaupun ada ‘graphics acceleration’, prestasi masih lagi biasa-biasa saja.

Saya telah cuba menggunakan browser yang ada, iaitu Firefox. Ia cukup berguna untuk melakukan sedikit penulisan bagi artikel ini, walaupun tidak berapa lancar.

Bila pasang video 1080p di YouTube pula, mudah sangkut-sangkut…

Jika anda benar-benar ingin menggunakan Linux secara berpanjangan, disyorkan untuk menggunakan external mouse berbanding trackpad tablet ini kerana ia terasa lebih baik untuk menggerakkan dan mengubah saiz window atau tetingkap berbanding dengan trackpad. Trackpad terasa tak berjalan dengan lancar apabila menggunakannya untuk menavigasi melalui Linux.

Hayat bateri juga turun dengan cepat ketika menggunakan Linux, dan tablet cepat suam sehingga hampir panas. Mungkin kerana aplikasi Linux Lab masih belum dioptimumkan sepenuhnya lagi.

Satu lagi perkara yang saya perasan ketika menggunakan internet di tablet ini: perbezaan kelajuan internet antara Android dan Linux yang ketara.

Mungkin ini bukanlah masalah yang besar kerana berkemungkinan majoriti pengguna masih akan menggunakan Android lebih daripada Linux. Sekurang-kurangnya, anda tahu hal ini.

Selain menggunakan aplikasi sedia ada, saya teringin untuk cuba memasang aplikasi seperti Wine (Wine Is Not an Emulator) dan Steam untuk cuba emulasi aplikasi Windows. Tetapi, ia bukanlah semudah yang disangka. Ini kerana saya perlu menggunakan Terminal dan menulis kod untuk memasang aplikasi-aplikasi baru.

Saya pula kurang arif dalam bab menulis kod. Ada juga cuba merujuk Reddit dan Google, tetapi banyak kali gagal…

Setelah bertungkus lumus mencari penyelesaian di Reddit dan Google, akhirnya saya mengalah. Ia sangat rumit.

Sambil saya mencuba Linux ini, saya ada buat sedikit kajian di Google dan mendapati wujudnya pelbagai Linux ‘distro’ atau distribution dengan bervariasi rupa dan ciri. Tetapi, proses memasang distro juga kelihatan rumit, jadi saya tidak cuba untuk melakukan sedemikian.

Pada pendapat saya, jika sesuatu syarikat ingin mengaku tabletnya menyokong dwi OS, sepatutnya ia memerlukan pengguna untuk restart peranti dahulu dan akan diberikan pilihan sama ada mahu boot ke dalam OS Android atau Linux. Bukannya bergantung kepada aplikasi yang anda perlu pasang atau aktifkan dahulu.

Apa pun, Linux Lab merupakan satu ciri baharu pada tablet ini yang menarik. Harapnya pada iterasi yang seterusnya, Linux akan berjalan lebih lancar, dan natif.

Jika kita letak ke tepi kebolehan tablet ini mengemulasi Linux, apa lagi tablet ini ada?

Raksasa Produktiviti Ke Tak?

HONOR memasarkan tablet ini dengan ciri ‘PC Mode’ yang dikatakan memberikan pengguna kebolehan untuk membuka lebih daripada satu aplikasi pada satu masa yang sama.

Dan ya, ‘PC Mode’ ini ada kelebihannya seperti boleh mengubah saiz window aplikasi dan minimize aplikasi seperti dalam Windows, tetapi sampai situlah persamaan antara ‘PC Mode’ dan ciri-ciri utama Windows.

Ini kerana ‘PC Mode’ masih lagi kurang sifat.

Sebab utama adalah ketiadaan desktop yang statik.

Jika anda ingat, Windows mempunyai desktop tidak bergerak yang membolehkan pengguna untuk meletakkan ‘shortcut’ bagi aplikasi-aplikasi yang telah dipasang dan juga fail-fail dokumen lain.

Tetapi, ‘PC Mode’ dalam tablet ini tidak sebegitu kerana ia adalah gabungan mod tablet dan mod desktop. Desktop boleh swipe. Terasa pelik menggunakannya.

‘PC Mode’.

Bagi saya, HONOR patut ambil sedikit inspirasi daripada Lenovo, Samsung (Classic DEX, bukan DEX baru), dan Google. Syarikat-syarikat ini telah berjaya membuat mod desktop yang hampir terasa seperti menggunakan Windows. Jadi, saya harapkan HONOR akan ikuti jejak langkah mereka dan menambah baik ‘PC Mode’.

Mod desktop pada tablet Lenovo. Daripada Max Games Tech.

Ini tidak bermakna ‘PC Mode’ tidak berguna langsung. Ciri ini masih cukup baik untuk saya melakukan kerja sambil membuka satu lagi aplikasi untuk melakukan kajian mengenai tablet ini.

Bagi sambungan pula, tablet ini mempunyai USB Type-C 3.2, dengan sokongan Display Port 1.2, dan ‘extended display’.

Apa yang mengejutkan adalah tablet ini menyokong aspect ratio kuno seperti 5:4. Jika anda tidak tahu, kebanyakan monitor dan televisyen kini hanya ada pada aspect ratio standard 16:9, dan ultrawide seperti 21:9. Tablet Samsung pun tidak menyokong aspect ratio seperti ini.

Pancaran skrin pada monitor 5:4.
Contoh-contoh aspect ratio. Dari Big Acrylic.

Dengan ciri ‘extended display’ saya mampu melakukan lebih lagi kerja dalam satu masa yang sama apabila disambungkan ke monitor. Apa yang telah saya jangkakan, bateri akan menurun dengan cepat kerana sambungan seperti ini memakan bateri, tetapi ini normal.

Apabila bercerita tentang bateri pula, ianya besar, 10100mAh dengan pengecasan pantas 66W. Walaupun tablet ini nipis dan ringan, HONOR tidak kedekut dalam memberikan hayat bateri yang baik.

Saya telah menggunakan tablet ini di kedai mamak untuk menghadiri sesi di Google Meet. Sambil itu, saya juga menggunakan earbuds Bluetooth dan mikrofon lavalier wayarles, dan bersambungkan WiFi.

Dalam dua jam, bateri turun dalam 24-25%. Cukup baik. Mungkin dengan penggunaan yang lebih ringan, boleh dapat hayat bateri yang lebih lama.

Kamera juga cukup baik untuk menghadiri mesyuarat dalam talian, dan menangkap gambar dokumen.

Dengan sokongan WiFi 7, tiada masalah sambungan internet setakat ini. Sama juga dengan sambungan Bluetooth dengan versi 6.0.

Sokong WiFi 7.

Skrinnya dengan aspect ratio 14:9 agak jarang wujud, tetapi cukup baik untuk membaca dokumen dan melakukan sebarang kerja di Google Docs.

Tetapi, permukaan skrin ini jenis glossy dan reflektif, jadi akan sedikit mengacau kerana boleh nampak refleksi persekitaran anda.

Tahap kecerahan skrin ini, iaitu pada 2400 nits, mengimbangi kelemahan ini, jadi tablet ini boleh digunakan di kawasan yang disinari matahari.

Apabila memasuki kegelapan pula, papan kekunci tablet ini tidak ada ‘backlit’, jadi tidak sesuai untuk melakukan kerja dalam gelap.

Tiada lampu ‘backlit’ pada papan kekunci.

Walau bagaimanapun, pengalaman menggunakan papan kekunci tablet ini cukup memuaskan. Butang-butangnya clicky dan jarak antara kekunci tidak sempit, jadi terasa selesa untuk menaip.

Bagi trackpad pula, ia cukup baik juga. Cuma, terdapat trackpad gestures yang agak menjengkelkan kerana saya ternaikkan kecerahan skrin beberapa kali.

Nasib baik ciri ini boleh dimatikan di Settings.

Akhir sekali, pen. Cukup memuaskan untuk melukis dengannya. Ada palm rejection, jadi tidak akan ada sebarang sentuhan ‘accidental’ tetapi ini bergantung kepada aplikasi yang anda ingin gunakan.

Hasil lukisan atas gambar yang digunakan untuk artikel Wiser yang lepas.

Cukuplah dengan tekanan menguruskan Linux dan membuat kerja, bagaimana pula dengan permainan video?

Raksasa Permainan Video Ke?

Ya, sudah pasti tablet ini raksasa. Tablet ini dikuasai oleh cip Snapdragon 8 Gen 5, dengan skor AnTuTu 3 juta, ditemani 16GB RAM.

Tambahan pula, dengan adanya storan 512GB bagi set cubaan saya ini, cukup muat untuk memuat turun permainan video seperti Genshin Impact dan Where Winds Meet. Tidak perlu risau tentang memenuhkannya.

Sebelum saya mula bermain, saya telah mematikan ‘Virtual Ram’ untuk mendapatkan prestasi yang terbaik.

Baiklah, mari kita masuk ke dalam dunia Where Winds Meet sekejap.

Dengan tetapan ‘Balanced’ di Game Manager dan tetapan grafik pada ‘Ultra’, permainan ini berjalan dengan lancar dan sentiasa mencapai 60 fps. Memang itu yang diharapkan daripada sebuah cip Snapdragon seperti ini.

Tetapi, bateri turun agak cepat. Selepas 25 minit, kurang 10%. Suhu juga menjadi sedikit panas. Mungkin sebab saya belasah pakai grafik ‘Ultra’.

Pada masa yang sama, ‘PC Mode’ dihidupkan dan ada aplikasi lain berjalan di background, jadi mungkin itu juga menjadi faktor bateri turun dengan cepat.

Tetapi, jika permainan video ini sahaja yang berjalan tanpa ‘PC Mode’ dan grafik ditetapkan pada ‘High’ atau ‘Medium’, mungkin boleh dapat hayat bateri yang lebih lama.

Jadi, ya, memang raksasa cip dalam tablet ini.

Bagaimana Pula Dengan Hiburan?

Tidak dapat dinafikan bahawa memang seronok melayan filem dan lagu dengan tablet ini. Dengan skrin OLED berresolusi 3K dan berkadar segar 165Hz, digandingkan dengan 8 set speaker ‘IMAX enhanced’, anda tidak akan kecewa.

Spesifikasi speaker tablet ini juga bukan sekadar gimik pemasaran sahaja. Imaging dan pengasingan bunyi instrumen seperti gitar dan drum memang ketara. Bass juga ada dan tidak boomy, jadi ini membuatkan keseluruhan kualiti bunyi sangat jelas, balanced, dan tidak kelam.

Sejujurnya, ini adalah antara speaker yang terbaik saya pernah dengar dari sebuah tablet setakat ini.

Seronok menonton Obsession guna tablet ini.

Kesimpulan

HONOR MagicPad 4 ialah sebuah tablet yang cukup baik. Dengan skrin yang tajam berkadar segar tinggi, kualiti speaker yang baik, cip yang berkuasa, dan MagicOS yang lancar, ini adalah tablet yang sangat mudah untuk disyorkan.

Walaupun pelaksanaan Linux tidak sempurna, ‘PC Mode’ yang tidak serupa sangat dengan Windows, dan papan kekunci yang tiada ‘backlit’, ini masih lagi sebuah tablet yang baik pada harga yang ditawarkan.

Saya masih akui tablet ini sangat mudah untuk disyorkan.

{suggest}

The post (Ulasan) HONOR MagicPad 4 – Ciri Linux dan ‘PC Mode’ Kurang Menjadi, Tapi ‘Gaming’, Hiburan Masih Cemerlang appeared first on WISER.MY.

]]>
379028
(Ulasan) myFirst 3dPen Make — Bukan Hanya Pen Kanak-Kanak https://wiser.my/ulasan-myfirst-3dpen-make-bukan-hanya-pen-kanak-kanak Thu, 09 Jul 2026 03:06:24 +0000 https://wiser.my/?p=377126 Adakah anda mengetahui tentang seni tiga dimensi (3D)? Dan apakah itu 3D pen? Jika anda tidak tahu, gambar ini menunjukkan kedua-duanya: Sebelum ini, saya telah menguji kamera buatan myFirst, iaitu myFirst Insta Lux. Setelah puas menjadi jurukamera, kini saya kembali kepada asal usul Pendidikan Seni Visual dalam menguji myFirst 3dPen Make, iaitu sebuah pen berdakwatkan...

The post (Ulasan) myFirst 3dPen Make — Bukan Hanya Pen Kanak-Kanak appeared first on WISER.MY.

]]>
Adakah anda mengetahui tentang seni tiga dimensi (3D)? Dan apakah itu 3D pen?

Jika anda tidak tahu, gambar ini menunjukkan kedua-duanya:

Seorang pelukis melukis seni 3D menggunakan 3D pen. Dari MakeAGIF.

Sebelum ini, saya telah menguji kamera buatan myFirst, iaitu myFirst Insta Lux. Setelah puas menjadi jurukamera, kini saya kembali kepada asal usul Pendidikan Seni Visual dalam menguji myFirst 3dPen Make, iaitu sebuah pen berdakwatkan filamen PCL yang membolehkan penggunanya melukis seni tiga dimensi (3D).

Unit yang telah saya uji adalah unit versi ‘Creator Kit’ yang mempunyai lebih banyak barang disertakan.

Jika anda membeli set ‘Creator Kit’, ini adalah goodies yang terkandung:

Apa Yang Ada Pada myFirst 3dPen Make?

Antara spesifikasi-spesifikasi menarik pen ini adalah ia ringan (46g), boleh dipakai sambil pen dicas, ada bateri untuk penggunaan tanpa wayar, dan pengecasan dengan USB Type-C.

Selain itu, kelajuan pengacuan (molding speed) boleh laras kepada dua tahap. Sama juga dengan suhu.

Tahap kelajuan pengeluaran filamen.

Berikut adalah kawalan dan butang yang ada pada pen tersebut:

Filamen yang dipakai adalah jenis PCL, iaitu satu bahan poliester yang boleh biodegradasi, jadinya ia adalah mesra alam. Bahan ini juga boleh dicairkan pada suhu yang rendah, jadi ia juga mesra kanak-kanak.

Tambahan pula, filamen ini cepat kering. Jadi kanak-kanak tidak perlu tunggu lama untuk terus melukis.

Setelah habis melukis, filamen akan keluar dari pen secara automatik selepas beberapa minit.

Pengalaman Berkarya Dengan myFirst 3dPen Make

Bermula dari awal, daripada tiga set filamen yang disediakan dalam kotak, saya memilih “Insect Adventure Theme” kerana ia melibatkan melukis seekor kumbang kura-kura sahaja, dan patutnya cukup mudah untuk dilukis.

Sebelum melukis, saya memastikan helaian termoplastik diletakkan di atas templat untuk mengelakkan filamen melekat.

Helaian termoplastik, tahan haba.

Adik saya menjadi test user untuk pen ini. Sambil dia melukis, saya memantau dan mengajar dia serba sedikit cara untuk meggunakan pen ini.

Adik saya cuba sekejap sahaja, tetapi dia cepat pelajari cara mengawal pen ini. Jelaslah penggunaan pen ini tidak mengelirukan.

Cubaan untuk melengkapkan karya adik saya. Tidak pasti ini serangga apa…

Sebelum saya mula melukis, saya ada buat sedikit kajian mengenai 3D pen. Apa yang saya perasan, ada pen seperti 3Doodler Pro yang membolehkan pelukis melukis “di atas udara”.

Memandangkan pen myFirst ini juga adalah ‘3D pen’, saya terasa ingin cuba…

Cubaan melukis “di atas udara” gagal. Ini kerana filamen tidak cukup keras dan kukuh untuk berdiri dengan sendiri. Mungkin teknik saya tidak betul…

Cubaan gagal. (Video dilajukan 2x)

Tetapi, ada cara lain. Contohnya, jika anda ingin melukis sebuah rumah 3D, perlulah dilukis dinding-dinding dan bumbung secara berasingan. Kemudian, barulah dicantumkan dengan tambahan filamen yang bertindak sebagai gam untuk menjadikannya ‘3D’.

Layering juga adalah penting. Teknik ini melibatkan proses pelukisan berulang kali atas satu lapisan filamen sehingga menjadi lebih tebal.

Inilah teknik yang digunakan untuk membuat ‘custom keychain’ saya. Hasilnya, ia terasa lebih solid, dan sekeras batu.

Ketebalan ‘keychain’ buatan saya.

Sambil itu juga, saya ada cuba melukis atas tangan.

Maka, benarlah dakwaan myFirst. Filamen yang telah dipanaskan adalah mesra kulit.

Tapi, satu AMARAN saya: jangan sentuh bahagian muncung pen ketika melukis. Ia panas.

Sebelum saya menyimpulkan pengalaman saya, ada satu perkara kecil yang saya ingin nitpick: kejanggalan menggunakan pen.

Sebagai seorang yang bertangan kidal, ia terasa kurang natural, lebih-lebih lagi disebabkan kedudukan butang ‘start/stop’. Mungkin bagi pengguna bertangan kanan, pengalaman menggunakan pen ini akan terasa lebih natural. Tetapi, ini bukanlah masalah besar.

Lebih sesuai bagi pengguna dengan tangan dominan kanan.

Pada akhirnya, pen ini sangat menyeronokkan kerana ia membangkitkan jiwa kanak-kanak dalam diri saya. Semenjak dua menjak ini, saya jarang melukis, dan aktiviti seperti ini membuatkan saya rindu untuk melukis.

Kesimpulan

myFirst 3dPen Make adalah sebuah produk yang universal kerana ia amat sesuai untuk semua peringkat umur, tidak kira kanak-kanak ataupun dewasa.

Pada pendapat saya, produk seperti ini mendorong kanak-kanak untuk mula berkecimpung dalam dunia seni, dan mula merealisasikan imaginasi di minda melalui seni 3D.

Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu memantau anak mereka ketika menggunakan pen ini atas beberapa sebab: muncung pen yang agak panas dan bahaya dipegang, dan memastikan anak-anak tidak menggigit filamen.

Selain itu, saya tidak nampak sebarang kekurangan lain pada produk ini. Apa yang boleh nampak adalah ia satu medium untuk mengelakkan kanak-kanak mahupun ibu bapa daripada bermain telefon dan doomscrolling (menatal kandungan media sosial secara berterusan).

Ia bertujuan untuk mencipta memori dan meluangkan masa bersama dengan membuat karya-karya masing-masing, tidak kira jika hasil karya anda bersifat ‘avant-garde’ atau ringkas sahaja.

Saya juga rasa lebih seronok membuat ‘keychain’ menggunakan pen ini berbanding melayari media sosial.

Sebenarnya, ada banyak templat disertakan, dan pelbagai jenis objek lagi anda boleh lukis dan cipta, tetapi saya simpan itu untuk anda teroka sendiri.

Anda boleh mendapatkan myFirst 3dPen Make pada harga serendah RM169 bagi set biasa, dan RM299 bagi set ‘Creator Kit’. Filamen tambahan pula berharga antara RM38-52.

{suggest}

The post (Ulasan) myFirst 3dPen Make — Bukan Hanya Pen Kanak-Kanak appeared first on WISER.MY.

]]>
377126
(Ulasan) Infinix GT 50 Pro – Prestasi Gaming Gagah Tapi Harga RM1,899 Terlalu Banyak Pesaing Terdekat https://wiser.my/ulasan-infinix-gt-50-pro-prestasi-gaming-gagah-tapi-harga-rm1899-terlalu-banyak-pesaing-terdekat Fri, 12 Jun 2026 08:28:18 +0000 https://wiser.my/?p=377123 Infinix ialah sebuah jenama yang tidak asing lagi, lebih-lebih lagi dalam segmen bajet dan midrange. Jenama ini telah banyak mengeluarkan telefon-telefon gaming bajet dan midrange, secara spesifiknya dalam siri GT. Siri ini bermula dengan Infinix GT 10 Pro pada tahun 2023. Pada masa itu, Infinix GT 10 Pro dianggap sebuah telefon bajet midrange yang cukup padu bagi...

The post (Ulasan) Infinix GT 50 Pro – Prestasi Gaming Gagah Tapi Harga RM1,899 Terlalu Banyak Pesaing Terdekat appeared first on WISER.MY.

]]>
Infinix ialah sebuah jenama yang tidak asing lagi, lebih-lebih lagi dalam segmen bajet dan midrange.

Jenama ini telah banyak mengeluarkan telefon-telefon gaming bajet dan midrange, secara spesifiknya dalam siri GT. Siri ini bermula dengan Infinix GT 10 Pro pada tahun 2023.

Pada masa itu, Infinix GT 10 Pro dianggap sebuah telefon bajet midrange yang cukup padu bagi harganya sekitar RM1,000.

Saya pernah mencuba telefon ini, dan ia sangat mengecewakan dari segi kualiti audio, ketahanan suhu, dan prestasi permainan video. Tetapi, tidak dapat dinafikan bahawa ia adalah suatu telefon yang tidak dapat ditiru sehingga kini, lebih-lebih lagi pada tanda harga itu.

Setelah 3 tahun, Infinix kini telah mengeluarkan iterasi terbaru dalam siri GT, iaitu Infinix GT 50 Pro. Telefon gaming ini tidak lagi semurah iterasi pertamanya, dan ada sebabnya.

Apa Yang Terkandung Dalam Infinix GT 50 Pro?

Infinix GT 50 Pro dikuasai oleh Dimensity 8400 Ultimate, iaitu cip 4 nanometer midrange dengan skor AnTuTu setinggi 1.9 juta, dan ia dianggap sebagai ‘flagship killer’. Di teras cip ini adalah GPU Mali G720 MP7.

Selain itu, telefon ini juga dilengkapi dengan 12GB LPDDR5X RAM, 256GB storan, UFS 4.1, dan WiFi 6. Skrin pula adalah LTPS AMOLED berresolusi 1208p dengan refresh rate sehingga 144hz.

Bukan itu sahaja, ia juga dihidupkan dengan bateri berkapasiti 6500mAh, dengan sokongan pengecasan pantas 45W dan pengecasan wayarles 30W.

Tetapi ia tidak terhenti disitu kerana telefon ini juga ada HydroFlow Liquid Cooling, Pressure-Sense GT Trigger, dan aksesori luaran Magcharge Cooler 2.0.

Mungkin dengan penggabungan semua spesifikasi ini, ia akan memberikan prestasi dan pengalaman permainan yang baik, bukan?

Segagah Mana Infinix GT 50 Pro?

Apabila mengetahui cip yang kuasai telefon ini, ia mengingatkan saya tentang cip dalam POCO X8 Pro, iaitu Dimensity 8500. Setelah membuat selidikan lagi, skor AnTuTu kedua-dua cip ini juga tidak jauh beza. Jadi, jangkaan saya adalah prestasi cip Dimensity 8400 Ultimate tidak jauh beza dengan Dimensity 8500.

Tetapi, apa yang saya harapkan adalah ketahanan suhu yang lebih baik berbanding POCO X8 Pro, lebih-lebih lagi disebabkan kewujudan ‘liquid cooling’ dan Magcharge Cooler 2.0.

Sebelum melakukan ujian, saya telah membuat tetapan tertentu bagi ‘liquid cooling’, mod gaming, dan butang-butang tambahan.

Bagi ‘liquid cooling’, saya telah tetapkan pada mod ‘Rapid’ dalam aplikasi Settings untuk memastikan penyejukan dalaman yang terbaik.

Mod bagi ‘liquid cooling’.

Bagi mod gaming pula, saya menggunakan mod gaming ‘balanced’ untuk mendapatkan prestasi yang mencukupi dengan hayat bateri yang paling baik ketika hanya menggunakan ‘liquid cooling’.

Mod ‘Balanced’ dalam X Boost AI.

Apabila mencuba penyejuk magnetik, saya akan menggunakan mod ‘Draco’, iaitu mod gaming tambahan yang hanya wujud apabila Magcharge Cooler 2.0 dilekapkan pada belakang telefon.

Dalam menggunakan penyejuk magnetik, saya juga memastikan ‘bypass charging’ dihidupkan. Hal ini untuk mengelakkan telefon dicas, dan untuk memastikan telefon tidak panas sepanjang sesi permainan video.

Untuk butang-butang tambahan pula atau ‘Pressure-Sense GT Trigger’, iaitu dua butang kapasitif yang berada di bahagian kanan telefon, saya hanya menggunakan ia untuk permainan video tertentu sahaja.

Berkemungkinan butang-butang ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dalam permainan video. Sejujurnya, ia tidaklah penting bagi saya tetapi saya masih lagi akan mencubanya. Mungkin ada gamer di luar sana yang inginkan ciri ini.

Butang-butang ini boleh ditetapkan untuk melakukan fungsi-fungsi tertentu mengikut permainan video, seperti menembak dan menukar senjata.

Baiklah, dalam cubaan kali ini, akan ada dua jenis percubaan bagi setiap permainan video: mod ‘Balanced’ (menggunakan ‘liquid cooling’ sahaja), dan mod ‘Draco’ (menggunakan ‘liquid cooling’ dan penyejuk magnetik). Suhu juga akan diperhatikan setelah bermain selama 20-25 minit dengan menggunakan aplikasi Ampere.

Kita mulakan acara dengan permainan video natif dalam talian.

Mari kita masuk ke dunia ala-ala GTA dalam Neverness To Everness. Dengan tetapan grafik ‘Balanced’ dan 60 fps, prestasi cukup baik iaitu dalam lingkungan 53-59 fps tetapi ada sedikit lagging.

Setelah 25 minit bermain, bateri turun 9% sahaja, jadi baterinya pasti tahan. Apa yang mengecewakan adalah suhu kerana telefon menjadi cepat panas hanya selepas 10 minit bermain walaupun ‘liquid cooling telah dihidupkan. Sekurang-kurangnya, tangan saya masih mampu menahan kehangatannya.

Dalam mod ‘Draco’ pula, prestasi bertambah sedikit sahaja, tetapi suhu telefon masih lagi suam.

Apabila masuk ke dalam dunia perlumbaan dalam CarX Street pula, tidak jauh beza ceritanya. Dengan tetapan grafik tahap 4 dan fps limit ke ‘no limit’, prestasi juga baik dengan sedikit lagging, dan bateri hanya turun 8% selepas 25 minit bermain. Tetapi, masalah haba itu terus menghangatkan telefon kerana suhu masih mencecah 40-42 celsius walaupun ‘liquid cooling’ telah dihidupkan.

Dalam mod ‘Draco’ pula, prestasi dan ketahanan suhu ada sedikit peningkatan. Tidak terlalu ketara.

Dalam permainan video ini juga, saya ada cuba butang kapasitif untuk kawal minyak dan brek. Apa yang saya boleh katakan adalah butang-butang ini responsif.

Tekan minyak pakai GT Trigger.

Adakah keadaan akan bertambah baik jika kita teleport ke dalam dunia Where Winds Meet?

Jawapannya, ya tetapi masih mengecewakan. Dengan tetapan frame rate ‘High’ atau 30 fps dan kualiti grafik ‘Balanced’, prestasi memuaskan dengan sedikit lagging dan glitching pada grafik ketika ‘liquid cooling’ dihidupkan. Bateri juga turun dengan perlahan, iaitu  6% dalam 20 minit. Suhu pula berada pada 36 celsius, jadi tidak teruk.

Tetapi, apa yang mengecewakan adalah kualiti grafik ‘Ultra’ masih lagi tidak dapat ditetapkan walaupun berada pada mod gaming ‘Draco’. Mungkin kerana cip telefon ini hanyalah cip midrange, jadi kualiti ‘Ultra’ tidak disokong. Suhu telefon juga tidak jauh beza dengan ‘liquid cooling’ sahaja.

Sekurang-kurangnya, telefon tidak panas dan konsisten pada 30 fps.

Setelah kecundang dengan kehangatan yang dirasai setakat ini, tibalah masanya untuk keluar dari alam permainan video dalam talian dan jelajah ke permainan video natif luar talian.

Baru sahaja masuk, dan sudah ada perkara lain yang membuatkan saya kecundang: Alien: Isolation tidak dapat dimainkan kerana setiap kali saya cuba membukanya, ia akan terkeluar semula. Mungkin cip Dimensity 8400 tidak mampu menampung permainan video ini.

Jadi, ia dianggap unplayable.

‘Alien: Isolation” tidak dapat dimainkan kerana cepat ‘crash’.

Jika saya tidak mampu merasai dikacau makhluk asing, lebih baik saya lari ke dunia ‘cowboy’ dalam Red Dead Redemption. 

Permainan video ini sepatutnya boleh dimainkan pada 60 fps, tetapi ia memerlukan penggodaman fail. Berdasarkan pemerhatian saya di Reddit, ia agak sukar untuk dilakukan berbanding penggodaman fail Alien: Isolation. Maka, saya teruskan bermain permainan video ini pada had 30 fps.

Dengan tetapan grafik paling tinggi dan ‘motion blur’ dihidupkan, prestasinya sangat lancar tanpa lagging. Bateri hanya turun 6% selepas 25 minit, tetapi suhu telefon masih suam sambil ‘liquid cooling’ dihidupkan.

Ini mungkin kerana Rockstar Games telah mengoptimumkan permainan ini dengan mengurangkan kualiti grafik dan saiz fail-fail tekstur untuk menyokong platform Android dengan lebih baik, sama seperti permainan-permainan buatan mereka yang lain seperti Bully dan GTA Remastered Series. Tetapi, saya berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan cip ini.

Apabila mod ‘Draco’ dihidupkan, tiada perubahan dari segi prestasi, dan suhu pula tidak jauh beza.

Perjalanan kita tidak terhenti di situ sahaja, kerana ada lagi satu hentian iaitu emulasi permainan konsol. Seperti yang telah dinyatakan, cip Dimensity 8400 tidak jauh beza dengan cip Dimensity 8500, jadi saya dapat jangkakan prestasinya bagaimana, terutamanya dengan pengendalian konsol seperti PSP dan PS2. 

Tetapi, konsol Nintendo Switch belum lagi pernah dicuba pada cip kelas ini dalam artikel-artikel ulasan yang lepas, jadi saya akan mencubanya juga.

Di hentian terakhir ini, kita mulakan dengan konsol PSP. Dengan menggunakan aplikasi PPSSPP, saya mengembara sebagai Lara Croft dalam Tomb Raider: Anniversary. 

Dengan tetapan 4x upscaling atau resolusi 1080p, sudah tentu prestasinya sama dengan cip Dimensity 8500. Cukup baik, walaupun sedikit lagging dengan suhu yang sedikit suam. Bateri juga hanya berkurang 1% setelah bermain selama 20 minit. Mantap tetapi tidak mengejutkan.

Mod ‘Draco’ pula tidak memberi sebarang peningkatan dari segi prestasi, kecuali penurunan suhu yang agak ketara.

Dalam sesi pengembaraan ini juga, saya telah menggunakan dua butang kapasitif, dan pastinya ia berguna bagi konsol seperti ini yang hanya ada dua butang ‘shoulder’.

Setelah selesai mengembara dalam kawasan-kawasan terbiar, kita masuk pula dalam bandar terbiar dalam Silent Hill 2. 

Dengan menggunakan aplikasi NetherSX2 untuk mengemulasi permainan ini, prestasinya juga sama sahaja seperti cip Dimensity 8500. Dengan tetapan 2x upscaling (berresolusi 896p) dan penggodaman ‘widescreen’, prsetasi lancar dan kekal pada 30 fps tanpa lagging. Suhu juga baik dan tidak mencecah 30 celsius, dan bateri berkurang sedikit sahaja selama 20 minit bermain.

Seperti biasa, mod ‘Draco’ tidak memberi sebarang bantuan dalam peningkatan prestasi, dan suhu juga sama sahaja.

Untuk konsol PS2, saya tidak menggunakan butang kapasitif itu kerana konsol ini mempunyai 4 butang ‘shoulder’, jadi saya lebih cenderung menggunakan pengawal wayarles.

Habis melawan makhluk-makhluk pelik, kita memasuki dunia hantu dan mistik dalam DreadOut.

Nota: Sekali lagi, mohon jangan saman saya, Nintendo. Saya cuma mencuba prestasi cip sahaja.

Dengan menggunakan aplikasi Eden, prestasi kurang memuaskan dan ada lagging, mencapai sekitar 25-45 fps. Ini pun tanpa apa-apa kenaikan resolusi, hanya pada tetapan asal iaitu 1x (720p/1080p). ‘Limit speed’ juga telah dimatikan kerana saya mahukan fps terbaik, walaupun dapatan saya kurang memuaskan.

Suhu telefon juga cepat panas ketika ‘liquid cooling’ sedang berjalan, dan bateri turun cepat.

Mod ‘Draco’ pula tidak berapa membantu. Suhu turun, tetapi masih terasa suam.

Tidak cukup lagi dengan hantu, kita akhiri dengan sesi berlawan dengan penjenayah di suaka mental dalam Batman Arkham Asylum. Pengalaman bermain permainan video ini juga kurang memuaskan, walaupun lagging tidak seteruk DreadOut. Sama juga tetapan grafik pada resolusi 1x dan ‘Limit speed’ dimatikan, dan ‘liquid cooling’ berjalan. Bateri berkurang 4% dalam 10-15 minit.

Masalah yang sama: suhu. Agak panas. Mod ‘Draco’ juga tidak berapa bantu dari segi prestasi.

Ini mungkin kerana cip Dimensity yang selalunya tidak banyak sokongan ‘driver’ bagi grafik, jadi prestasi tidak mampu mencapai keupayaan sebenarnya. Tetapi, masih boleh dimainkan.

Walau begitu, pengalaman bermain dengan Infinix GT 50 Pro berakhir dengan kekecewaan.

Kesimpulan

Infinix GT 50 Pro adalah sebuah telefon gaming yang agak pelik bagi saya. Dengan kempen pempromosian yang sangat fokus kepada penggemar permainan video dan dakwaan bahawa telefon ini mampu beraksi dengan baik dalam permainan sambil mengekalkan suhunya yang sejuk, ia terasa seperti saya telah ditipu.

Ya, mungkin ini disebabkan Infinix lebih menekankan permainan video seperti Mobile Legends: Bang Bang, dan saya pula mengada-ngada cuba permainan video yang lebih berat dari segi grafik, tetapi apa yang paling mengecewakan saya adalah suhu.

Tidak kira ‘liquid cooling’ atau mod ‘Draco’ dihidupkan, telefon ini sentiasa akan berada dalam keadaan suam dan panas. Jarang sejuk. Penyejuk magnetik yang dilekapkan pada telefon juga selalu membuatkan tangan saya berpeluh kerana angin panas yang dikeluarkan.

Bloatware juga banyak dalam telefon ini yang bermula pada harga RM1,899. Dahulukala, Infinix berada pada hala tuju yang betul ketika mereka melancarkan Infinix GT 10 Pro dengan ‘XOS 13 for GT’ yang menjanjikan “Zero bloatware”, tetapi malangnya, Infinix kini tersasar jauh.

Ini bukanlah bermakna telefon ini sangat teruk secara keseluruhannya, terutamanya kerana spesifikasi lainnya seperti kamera yang baik, bateri yang tahan lama, sokongan pengecasan wayarles, skrin yang tajam dengan refresh rate tinggi, dan cip yang masih lagi cukup berkuasa, setanding dengan cip dalam POCO X8 Pro.

Jika anda seorang pemain tegar MLBB, tiada masalah untuk pertimbangkan telefon ini. Bagi yang lain, carilah telefon lain seperti POCO X8 Pro Max, dan POCO F8 Pro yang lebih kurang harganya, tetapi lebih padu.

Pada akhirnya, telefon ini cukup gagah, tetapi tidaklah ‘cool’.

{suggest}

The post (Ulasan) Infinix GT 50 Pro – Prestasi Gaming Gagah Tapi Harga RM1,899 Terlalu Banyak Pesaing Terdekat appeared first on WISER.MY.

]]>
377123