Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon 7 Gen 4_2

Qualcomm Perkenal Snapdragon 7 Gen 4 Dengan Peningkatan Ketara Prestasi AI

Diterbitkan Mei 16, 2025 · Dikemas kini Mei 16, 2025 oleh Amalina Athman

Sejak dilancarkan pada November 2023, Snapdragon 7 Gen 3 telah digunakan secara meluas dalam telefon Android kelas pertengahan. Kini, selepas lebih setahun, Qualcomm mengumumkan penggantinya – Snapdragon 7 Gen 4.

Snapdragon 7 Gen 4 membawakan CPU Kryo dengan 1x teras utama yang mempunyai kelajuan sehingga 2.8GHz, bersama 4x teras Performance (2.4GHz) serta 3x teras Efficiency (1.8GHz).

Snapdragon 7 Gen 4_3

Qualcomm mendakwa cip ini membawa peningkatan menyeluruh dengan prestasi CPU 27% lebih pantas serta pemprosesan grafik GPU yang 30% lebih laju.

Antara peningkatan paling ketara adalah prestasi AI yang dikatakan 65% lebih pantas berbanding model sebelum ini. Snapdragon 7 Gen 4 juga menyokong penjanaan imej menggunakan Stable Diffusion 1.5 — pertama kali diperkenalkan dalam siri ini.

Selain itu, cip ini juga menjadi yang pertama di luar siri ‘flagship’ Snapdragon 8 yang menyokong teknologi Qualcomm® Expanded Personal Area Network (XPAN), membolehkan penghantaran audio melalui rangkaian Wi-Fi. Berbanding audio Bluetooth biasa, teknologi ini menawarkan kualiti audio wayarles yang lebih baik serta jarak liputan yang lebih jauh.

Snapdragon 7 Gen 4_1

Antara lainnya, Snapdragon 7 Gen 4 menyokong memori LPDDR5x sehingga 4200MHz, storan berasaskan UFS 4.0,  Bluetooth 6.0 serta Wi-Fi 7.

Dari segi ketersediaan, Qualcomm mengesahkan Snapdragon 7 Gen 4 akan mula digunakan oleh HONOR dan vivo, dengan peranti pertama dijangka diumumkan pada bulan ini.

Berkaitan

  • Qualcomm Perkenal Snapdragon 7s Gen 3
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Qualcomm Perkenal Snapdragon 8s Gen 4 - Cortex-X4, Prestasi 31% Lebih Pantas
  • HONOR Power Dilancarkan Dengan Bateri 8,000mAh, Snapdragon 7 Gen 3

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY