Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fender Mix (10)

(Ulasan) Fender MIX™- 4 Sebab Miliki Fon Kepala Pertama Fender Ni Berbaloi

Diterbitkan Jun 5, 2026 · Dikemas kini Jun 8, 2026 oleh ariff bukhari

Ringkasan Ulasan: Fender MIX™-

Wiser memberi Fender MIX™- skor 8.5/10. Harganya di Malaysia ialah RM1,399 semasa ulasan ini diterbitkan pada 5 Jun 2026.

Produk Fender MIX™-
Skor Wiser 8.5/10
Harga (semasa ulasan) RM1,399
Diulas oleh ariff bukhari
Tarikh ulasan 5 Jun 2026

Kelebihan

  • Tersedia dongle untuk audio Lossless
  • Hayat bateri sehingga 100 jam
  • Rekaan modular
  • Bass padu
  • Butang fizikal untuk kawalan

Kekurangan

  • Tiada aplikasi buat masa ini
  • Kualiti panggilan telefon kurang memuaskan

Beli di: Shopee · Lazada

Cabaran utama fon kepala moden hari ini bukan lagi terletak pada kualiti bunyi dalam keadaan ideal, sebaliknya kegagalan mengurus gangguan penukaran peranti, panggilan, dan perubahan persekitaran akustik secara lancar.

Banyak jenama gergasi terperangkap dalam pengkhususan ekstrem dan di sinilah Fender Mix hadir dengan falsafah berbeza.

Fender Mix tidak direka sebagai aksesori gaya hidup kosmetik, tetapi sebagai fon kepala yang neutral.

Tidak mengaplikasikan teknologi Snapdragon Sound yang popular seperti di kebanyakkan fon kepala tanpa wayar terkini, Fender Mix sebaliknya didatangkan dengan dongle terbina untuk menyampaikan audio Lossless (96kHz/24bit) yang jelas dan berkualiti tinggi secara tanpa wayar.

(Ulasan) Fender MIX™- 4 Sebab Miliki Fon Kepala Pertama Fender Ni Berbaloi
Terdapat butang pada dongle ini bagi membolehkan anda akses mod Lossless, Low Latency Mode dan Auracast.
Fender Lancar Fon Kepala Modular Di Malaysia Berharga RM1,399
Dongle ini disimpan di dalam fon kepala itu sendiri.

Codec audio yang disokong adalah jenis LHDC  (Low Latency and High-Definition Audio Codec).

Ia merupakan codec audio Bluetooth beresolusi tinggi yang direka untuk mengatasi batasan kualiti bunyi Bluetooth tradisional dan memberikan perincian audio yang tinggi seperti menerusi fon kepala tanpa wayar.

Satu lagi kelebihan utama Fender Mix adalah ciri binaan modularnya yang memberikan fleksibiliti kepada pengguna dengan mudah membaik pulih, menukar pad telinga dan bateri.

Pad telinganya sangat mudah ditanggal bagi mengakses ruang simpanan dongle dan bateri. Malah bahagian speaker di kiri dan kanan juga boleh dicabut.

Fender Mix (6)
Fender Mix (4)

Dari segi akustik, profil bunyi Fender Mix ini pada pendapat penulis ia sengaja ditala secara terkawal di mana ia hanya tersedia dalam pilihan mod EQ Entertainment, Music dan Voice sahaja.

Manakala untuk mod mendengar pula ia menawarkan mod ambient, ANC serta ANC & ambient off.

Semua tetapan ini pula hanya boleh diakses menerusi butang fizikal yang terdapat pada fon kepala ini.

Ini kerana, Fender Mix tidak ada aplikasi khusus untuknya.

Sekurang-kutangnya buat masa ini kerana ura-ura mendakwa Fender dijangka akan melancarkan aplikasi untuk fon kepala mereka ini tidak lama lagi.

Fender Mix (9)
Fender Mix mengekalkan butang fizikal taktikal yang responsif memudahkan akses semua tetapan dan ciri termasuklah menukar pilihan lagu, menurunkan atau menaikkkan kekuatan bunyi dan info tahap bateri.

Sudah tentunya isu bateri turut menjadi perhatian peminat tegar fon kepala.

Tapi untuk Fender Mix, anda boleh abaikan isu ini kerana fon kepala ini menawarkan sehingga 100 jam masa mendengar (mod ANC dimatikan) dan sehingga 52 jam dalam mod ANC.

Sebagai sebuah fon kepala dengan ciri pembatalan hingar (ANC) hibrid, penulis memuji usaha Fender dalam memberikan yang terbaik untuk Fender Mix ini.

ANC nya begitu baik di mana ia menyekat bunyi utama seperti bunyi aircond yang kuat di pejabat dan angin ketika menaiki pengangkutan awam seperti MRT dan ETS.

Jadi, sekiranya anda berdiri berhimpit di depan pintu MRT sekali pun, bunyi angin dan dengung rel MRT itu hampir tidak didengari telinga anda.

Fender Mix (8)
Peminat bunyi bass pastinya layan habis sebab bass Fender Mix seriously memang padu. Terutamanya dalam mod EQ Entertainment.

Yang kurangnya…

Seperti yang dikata tadi, Fender Mix tidak dilengkapi dengan aplikasi yang menyebabkan pengguna tidak dapat mengakses secara lebih meluas ciri-ciri moden yang sepatutnya ada seperti tetapan EQ dan profil bunyi yang diperibadikan.

Jadi, terpaksalah anda menggunakan aplikasi pihak ketiga untuk tetapan EQ ikut sedap telinga anda buat masa ini.

Satu lagi adalah isu audio semasa membuat panggilan. Ini kerana, Fender Mix hanya dilengkapi dengan 2 mikrofon sahaja.

Walaupun Fender menyatakan ciri Environmental Noise Cancellation (ENC) memastikan kualiti suara yang jelas untuk panggilan, tapi secara peribadi ia masih kurang memuaskan.

Terutamanya dipersekitaran yang bising seperti bandar.

Fender Mix (5)

Kesimpulannya…

Fender Mix bukanlah sebuah fon kepala yang mahu menandingi kategori fon kepala ANC premium yang sudah lama dikuasai jenama utama seperti Sony, Apple dan Bose.

Tetapi, pada harga RM1,399, Fender Mix ingin menyatakan bahawa mereka mampu menandingi dengan cara tersendiri – rekaan modular yang mesra pengguna, hayat bateri yang jauh lebih lama dari pesaing serta penyampaian audio berkualiti tinggi dengan ciri ANC yang setanding, tanpa taksub pada ciri fancy seperti kawalan isyarat (gesture controls) berasaskan aplikasi mudah alih yang biasanya mengelirukan.

Fender Mix (2)

Selepas lebih seminggu dengan Fender Mix , penulis simpulkan, fon kepala ini sesuai bagi mereka yang mahukan sebuah fon kepala modular yang mudah ditanggal-tanggalkan, tetapan EQ  dan ciri yang ringkas tapi terbina dengan tetapan bunyi yang sedap dari kilang dengan hayat bateri yang panjang.

Fender Mix tersedia dalam pilihan warna boleh dibeli dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clnig74
  • Lazada – https://invl.me/clnig72

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Selepas 8 Bulan Dengan Nothing Headphone (1), Inilah Fon Kepala Terbaik Bawah RM1,000
  • Sony 1000X THE COLLEXION Dilancarkan, Fon Kepala Premium Berharga RM2,799
  • Xiaomi Lancar REDMI Headphones Neo – Fon Kepala 'Over-Ear' Pertama Jenama Ini Di Malaysia Pada Harga RM399

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY