Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’

(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’

Diterbitkan Jun 8, 2026 · Dikemas kini Jun 12, 2026 oleh Iskandar Afiq Shaharuddin

Ringkasan Ulasan: myFirst Insta Lux

Wiser memberi myFirst Insta Lux skor 7/10. Harganya di Malaysia ialah RM799 semasa ulasan ini diterbitkan pada 8 Jun 2026.

Produk myFirst Insta Lux
Skor Wiser 7/10
Harga (semasa ulasan) RM799
Diulas oleh Iskandar Afiq Shaharuddin
Tarikh ulasan 8 Jun 2026

Kelebihan

  • Badan tahan lasak.
  • Kawalan butang yang 'clicky'
  • Ada kamera utama dan swafoto
  • Pengalaman fotografi yang menyeronokkan
  • Ada sedikit elemen nostalgia
  • Ada filter dan bingkai digital
  • Boleh tukar kad mikro SD
  • Pengecasan type-C
  • Boleh cetak gambar dari galeri kamera dan telefon
  • Kualiti cetakan yang baik
  • Mudah untuk tukar kartrij filem

Kekurangan

  • Harga yang agak mahal
  • Bateri tidak boleh dicabut dan ditukar
  • Kualiti gambar biasa-biasa
  • 'Dynamic range' kurang baik
  • Tiada ciri rakaman video
  • Tiada skru untuk tripod di bawah kamera
  • Penutup katrij terlalu mudah dibuka

Beli di: Shopee · Lazada

Apabila anda mendengar nama ‘myFirst’, pastinya anda fikir ia adalah sesuatu yang sesuai untuk kanak-kanak, bukan? Ya, benar bahawa myFirst adalah sebuah jenama dengan ekosistem gajet yang dibuat untuk kanak-kanak.

myFirst merangkumi gajet-gajet seperti jam tangan pintar, fon kepala wayarles, fon telinga wayarles, dan kamera.

Salah satu kamera keluaran myFirst ialah myFirst Insta Lux. Saya akui bahawa saya tidak pernah menguji kamera sebegini dan ini adalah kali pertama. Jadi, mari kita teroka.

Apa Yang Ada Pada Kamera myFirst Insta Lux?

Bermula dengan spesifikasi-spesifikasi kamera ini, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan, tetapi cukup memadai untuk kegunaan kanak-kanak. Ada dua lensa kamera iaitu kamera utama di belakang, dan kamera swafoto yang terletak di atas skrin IPS di hadapan.

myFirst Main Camera
Kamera utama.
myFirst Selfie Camera
Kamera swafoto.
myFirst Display.
Skrin IPS, tiada fungsi sentuh.

Kamera ini juga mempunyai banyak butang. Bagi saya, saya suka butang-butang kamera ini kerana cukup clicky dan memuaskan. Ia sememangnya lebih berguna dalam jangka masa panjang berbanding kawalan sentuh. Bagi saya juga, kawalan pada kamera ini tidak mengelirukan dan patutnya mudah untuk kanak-kanak belajar. Boleh kata ia adalah mesra kanak-kanak.

myFirst Rear Interface
Butang ‘shutter’ dan flash.
myFirst Upper Interface
Kawalan/butang bahagian atas kamera.
myFirst Interface
Butang-butang kawalan lain.

Tambahan pula, butang-butang shutter (untuk menangkap gambar) mempunyai dua peringkat. Separuh tekan, lensa kamera akan fokus. Apabila ditekan habis, gambar akan ditangkap. Seolah-olah menggunakan kamera yang profesional. Tetapi, diingatkan bahawa ciri fokus hanya ada pada lensa kamera utama sahaja. Tiada fokus pada lensa kamera swafoto.

IMG_4969 (1)
Butang ‘shutter’ dua peringkat.

Selain itu, kamera ini menyokong kad mikro SD sehingga 64GB, jadi tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada kad mikro SD 4GB yang sedia ada. Tetapi, kamera ini tiada storan dalaman, jadi ia sangat bergantung kepada kad mikro SD sebagai storan untuk menyimpan gambar.

Satu perkara yang anda tidak perlu risau adalah memenuhkan storan kerana kamera ini tidak menyokong rakaman video. Jadi, kad mikro SD yang disertakan ini sangatlah mencukupi untuk menangkap lebih 300 gambar.

(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
Kad mikro SD tidak berjenama disertakan.

Seterusnya, terdapat lubang lanyard di kiri dan kanan kamera, jadi kamera ini boleh digantung di leher. Jangan risau, lanyard disertakan dalam pakej kamera ini.

Anda juga boleh lihat slot kad mikro SD dan port type-C di sebelah kanan kamera. Di sebelah kiri, terdapat lubang di mana gambar cetakan akan keluar. Pada port type-C, ada juga lampu penunjuk apabila kamera sedang dicas.

myFirst Right Interface
Sambungan di sebelah kanan kamera.
myFirst Left Interface
Sebelah kiri kamera.
(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
Lampu penunjuk kamera sedang dicas.

Bagi sambungan cas, dikatakan ia akan mengambil masa 2.5 jam untuk cas bateri bersaiz 700mAh sehingga penuh, tetapi berdasarkan ujian saya, bateri kamera ini boleh menjadi penuh dalam masa sejam lebih sahaja apabila menggunakan kepala pengecas pantas 100W.

Walau bagaimanapun, perbuatan ini tidak digalakkan jika anda mementingkan jangka hayat bateri pada jangka masa panjang. Lagi satu, bateri kamera ini tidak boleh ditukar, jadi anda benar-benar perlu berhati-hati dengan bateri ini dalam jangka masa panjang.

Satu perkara juga yang anda perlu tahu, port type-C tidak boleh digunakan untuk menghantar fail dari kamera ke komputer. Maka, anda sentiasa perlu mengeluarkan kad mikro SD dari kamera dan sambungkan ke komputer. Sedikit menjengkelkan, tetapi ia bukanlah masalah yang besar.

Beralih ke bahagian bawah kamera, terletaknya penutup kartrij filem yang bermagnetik. Di sinilah anda boleh menarik keluar kartrij untuk ditukarkan kepada yang baharu apabila kertas mencetak telah habis. Dalam kartrij asal, terdapat 10 keping filem sedia ada.

(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
Penutup magnetik yang menutupi kartrij gambar filem.
(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
Kartrij filem apabila ditarik keluar.

Sebelum saya ceritakan kisah saya dengan kamera ini, kita masuk sedikit ke dalam sistem dahulu. Terdapat banyak tetapan tambahan untuk menepati citarasa anda. Ini juga satu titik permulaan yang baik bagi kanak-kanak yang ingin belajar tentang ilmu fotografi asas seperti pengawalan ‘exposure’ dan ‘white balance’.

(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
‘Exposure compensation’.
(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
‘Timer’.
(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
‘Burst mode’.
(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
Flash.
(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
‘White balance’.

Anda juga boleh tetapkan filter yang diingini dengan menggunakan roda skrol di atas kamera. Terdapat sejumlah 6 filter. Bingkai-bingkai gambar juga ada bagi yang inginkan hasil gambar yang lebih ‘goofy’ dan ‘quirky’.

(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
Guna roda skrol untuk tukar filter.
(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
Bingkai-bingkai gambar.

Baiklah, kini tiba masanya untuk menceritakan pengembaraan fotografi saya dengan kamera ini.

Pengalaman Mengguna myFirst Insta Lux

Alkisah bermulanya dengan portability atau kemudahalihan. Kamera ini tidaklah berat, iaitu 310 gram, jadi boleh sahaja pegang tanpa rasa lenguh. Walaupun begitu, disebabkan dimensinya yang agak tebal dan besar, ia tidak muat untuk dimasukkan ke dalam poket.

Tetapi, dengan adanya lanyard, hilang kerisauan ini. Gantung sahaja di leher, selesai masalah. Ketika ingin menangkap gambar, kamera ini juga tidak mudah jatuh dari pegangan tangan kerana permukaannya yang bertekstur.

(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
Kamera boleh digantung.
(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
Permukaan kamera yang bertekstur.

Sebelum gambar ditangkap, ada filter-filter yang boleh ditetapkan seperti yang telah disebutkan sebelum ini. Ini adalah contoh-contoh gambar menggunakan filter yang ada.

Film #1 Auto
Film #1: Auto
Film #2 1980
Film #2: 1980
Film #3 Whitening
Film #3: Whitening
Film #4 Retro
Film #4: Retro
Film #5 Souffle
Film #5: Souffle
Film #6 Mono
Film #6: Mono

Apabila gambar ditangkap, satu perkara yang jelas: kualiti gambar biasa-biasa sahaja, setaraf dengan lensa kamera pada telefon Nokia dari tahun 2010. Banyak noise dan tidak berapa tajam. Tetapi, bagi saya, itu adalah satu kelebihan atau keunikan kerana ada sedikit elemen nostalgia pada gambar-gambar yang dihasilkan.

(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
Dari kamera utama. Filter ‘auto’.
(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
Cubaan gambar cawan zus.

Seperti yang dapat dilihat, dengan filter ‘auto’ dan pencahayaan yang cukup terang, warna yang dihasilkan cukup baik. Kadangkala, ada juga hasil gambar yang kelihatan kusam dan tidak bermaya.

(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
Wajah saya kelihatan kusam. Mungkin kerana tidak cukup pencahayaan.

Sepanjang saya menggunakan kamera ini, saya lebih kerap menggunakan filter ‘1980’ kerana warnanya yang lebih memuaskan berbanding filter ‘auto’. Ini kerana ia mempunyai lebih saturation yang menampakkan gambar kelihatan lebih ‘hidup’. Tetapi, ini mengikut keadaan dan pencahayaan persekitaran kerana kadangkala, sesetengah gambar akan nampak lebih kuning.

(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
Dari kamera utama. Filter ‘1980’.
(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
Cubaan gambar cawan zus sekali lagi.
(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’

Satu perkara yang anda perlu tahu: tiada ‘image stabilization’. Jadinya, saya perlu berdiri statik kalau mahu ambil gambar yang jelas dan tidak bergegar. Dalam kereta yang bergerak, agak sukar untuk mendapat gambar yang jelas.

(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
Gambar bergegar dan sedikit kabur apabila bergerak sedikit.

Juga, tiada skru di bawah kamera untuk sambungkan tripod. Jadinya, ini menjadi satu cabaran untuk saya setiap kali ingin mendapatkan gambar yang cukup jelas. Ketika saya ingin mengambil gambar ala-ala OOTD di luar, saya terpaksa mencari balkoni untuk berbuat demikian.

(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
Gambar pada malam hari dengan pencahayaan lampu siling. Kelihatan agak malap.
(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
Walaupun kelihatan malap, warna yang dihasilkan filter ‘1980’ cukup memuaskan.

Sekurang-kurangnya, ada ciri ‘timer’ untuk bagi saya masa membuat posing yang sesuai sebelum gambar ditangkap. Walau bagaimanapun, ciri ini juga tidak sempurna kerana ‘flash’ pada kamera ini tidak berkelip mengikut detikan ‘timer’. Oleh sebab itu, saya perlu kira dalam otak berapa lama saya perlu berdiri mengikut saat ‘timer’ yang ditetapkan.

Satu lagi kekurangan kamera ini adalah ketiadaan zum digital dan fizikal pada kedua-dua lensa kamera, jadi kurang sesuai jika anda ingin mengambil gambar sesuatu dari jauh.

Bagi saya, ini bukan masalah besar kerana ini hanyalah kamera jenis ‘point and shoot’ bagi kanak-kanak. Saya sebenarnya mengharapkan lensa kamera utama mempunyai fungsi berpusing seperti kamera DSLR untuk zoom, tapi mungkin saya meminta lebih disini.

Seperti yang telah saya sebutkan pada awal artikel, lensa kamera utama ada ciri fokus apabila separa tekan pada butang ‘shutter’. Apabila saya fokus pada subjek yang dekat, akan ada kesan bokeh atau latar belakang yang kabur dengan subjek utama kelihatan jelas. Ia mampu fokus pada bar protein di tangan saya dengan baik.

(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
Filter ‘1980’ dengan fokus. Nampak efek bokeh.
(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
Filter ‘auto’ dengan fokus. Tidak berapa nampak efek bokeh.
(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
Filter ‘1980’ dengan fokus. Nampak efek bokeh disini.
(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
Filter ‘1980’. Cubaan ‘close-up shot’. Cukup jelas tetapi perlu tangkap gambar beberapa kali.

Bagi lensa kamera swafoto pula, lebih kurang kesnya. Kualiti gambar ala-ala Nokia, tidak tajam, dan ada noise. Tambahan pula, ia tiada ciri fokus, jadinya tiada efek bokeh apabila menangkap gambar. Butang ‘shutter’ juga tiada fungsi dua peringkat, maka tiada separa tekan untuk fokus.

Filter ‘1980’ masih lagi lebih baik berbanding filter ‘auto’. Ini kerana tona kulit saya kelihatan lebih ‘hidup’ berbanding rupa yang kusam dengan filter ‘auto’.

(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
Gambar dengan filter ‘auto’.
(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
Gambar dengan filter ‘1980’.

Dynamic range pula bukanlah yang terbaik. Jika terdapat latar belakang yang cerah, subjek akan kelihatan sangat gelap kerana sensor kamera ini bergelut untuk fokus pada latar belakang dan juga subjek dalam masa yang sama. Hasilnya nampak menakutkan. Jadi, saranan saya adalah untuk mencari latar belakang yang tidak terang agar anda tidak kelihatan seperti hantu.

Tetapi, ini sememangnya apa yang saya jangkakan dari sensor kamera yang kecil ini.

(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
Hasil gambar dengan latar belakang yang terang. Nampak menakutkan.

Apabila bercerita tentang kegelapan, kamera ini bukanlah yang terbaik dalam situasi low light. Ia sangat bergantung kepada pencahayaan sekeliling. Seperti contoh di bawah, dengan pencahayaan dari televisyen, gambar nampak memuaskan walaupun tidak sempurna dan banyak noise.

(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
Gambar swafoto dengan filter ‘1980’.

Terlalu banyak lampu? Kamera akan mudah silau. Akan ada kesan ‘halo’.

(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
Filter ‘auto’.
(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
Filter ‘1980’.

Terlalu kurang cahaya? Maka, gambar akan kelihatan sangat gelap.

(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
Filter ‘1980’.

Apabila ada cukup cahaya, hasil gambar cukup memuaskan bagi saya.

(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
Filter ‘1980’.
(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
Macam portal masuk ‘backrooms’.
S0000046 (2)

Boleh juga pakai ‘flash’ untuk menangkap gambar dalam gelap.

(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
Selit sedikit Minecraft.

Walau apa pun kekurangan daripada gambar yang dihasilkan kamera ini, faktor nostalgia yang membuatkan saya rasa tertarik.

Bagaimana pula dengan hayat bateri? Seperti yang telah disebut, kamera ini hanya ada bateri berkapasiti 700mAh, tidak besar. myFirst menyatakan di laman sesawang rasmi mereka bahawa ia boleh tahan selama 5 jam.

Berdasarkan penggunaan saya, baterinya cepat turun, tetapi tidak jauh daripada apa yang dinyatakan myFirst.

Tetapi, saya berpendapat bahawa kebanyakan pengguna, terutama kanak-kanak, mungkin tidak akan menggunakan kamera ini selama 5 jam berturut-turut. Mungkin mereka akan mengambil gambar secara suka-suka selama beberapa minit dan mematikan semula kamera sehingga tiba masanya untuk menggunakannya lagi.

Tambahan, kamera ini juga mempunyai ciri ‘automatic power off’, jadi apabila kamera tidak digunakan selama beberapa minit, ia akan tutup secara automatik dan akan menjimatkan bateri. Maka, saya pasti hayat bateri kamera ini mampu bertahan seharian tanpa masalah jika tidak digunakan secara berterusan.

Cukup untuk kanak-kanak menangkap memori-memori seharian.

(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
Ciri ‘automatic power off’ boleh ditetapkan sehingga 10 minit.

Tidak dilupakan ciri pencetakan gambar kerana kamera ini boleh berbuat demikian. Di bawah adalah contoh hasil gambar yang dicetak. Kualiti pencetakan nampak baik dan jelas. Kertas cetakan juga cukup baik dan bukan jenis senipis kertas A4.

myFirst Film Output
Hasil gambar yang telah dicetak.

Bukan itu sahaja, kamera ini juga boleh bertindak sebagai pencetak bagi gambar-gambar dari galeri telefon anda. Dengan menggunakan aplikasi ‘myFirst Circle’, anda boleh memuat naik gambar dari telefon ke kamera melalui sambungan WiFi untuk dicetak. Jadinya, kamera ini seakan-akan dua produk dalam satu.

(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
Gambar yang ingin dicetak vs. hasil gambar yang telah dicetak.

Tetapi, seperti yang telah dinyatakan, kartrij filem dalam kamera ini terhad kepada 10 filem gambar sahaja. Kamera ini juga tiada penanda untuk menunjukkan berapa baki filem yang tinggal. Jadi, saya terpaksa membuka kartrij untuk melihat baki filem yang ada.

Jika ingin membeli kartrij baharu, myFirst ada jual satu kotak yang terkandung dua kartrij (20 filem gambar) pada harga RM60. Tidak semahal ‘refill’ kamera Instax.

Satu perkara yang berkaitan dengan penutup kartrij, ia sangat mudah dibuka tanpa memerlukan banyak daya, jadi perlu berhati-hati.

IMG_4979 (2)
Penutup kartrij yang mudah dibuka.

Berbalik kepada aplikasi ‘myFirst Circle’, anda boleh juga pindahkan gambar ke telefon dengan menggunakan aplikasi ini, tetapi setakat ini, saya tidak berjaya untuk melakukan demikian. Setelah menunggu lebih 5 minit, tiada apa yang berlaku. Menghampakan sejujurnya.

(Ulasan) myFirst Insta Lux – Kamera 2 Dalam 1, Bukan Sekadar ‘Kamera Mainan’
Ciri ‘WiFi Transfer’ tidak berfungsi.

Pada akhirnya, apa yang penting adalah betapa seronoknya saya menggunakan kamera ini. Bagi saya, ia berperanan dalam membuatkan saya fokus dalam menangkap memori, lebih daripada merisaukan kualiti gambar-gambar yang dihasilkan. Saya pastinya tidak mengharapkan kesempurnaan, namun saya tidak kecewa.

Kesimpulan

myFirst Insta Lux merupakan sebuah kamera yang pastinya dipasarkan untuk kanak-kanak. Kamera ini sememangnya sesuai buat kanak-kanak untuk mempelajari asas fotografi, walaupun gambar-gambar yang dihasilkannya tidak sempurna.

Ia juga sesuai untuk dikongsi dengan seluruh keluarga kerana ia bukan sekadar sebuah produk kanak-kanak, malah sebuah produk untuk mencipta memori bersama.

Dengan tanda harga RM799, ia agak mahal tetapi ada justifikasinya kerana ia adalah sebuah kamera yang mempunyai dua lensa kamera (kamera utama dan swafoto), dengan badan yang tahan lasak, dan storan yang boleh ditambah.

Ia juga boleh mencetak gambar ala-ala polaroid dengan harga penggantian kartrij filem yang tidak mahal. Bukan itu sahaja, ia juga boleh mencetak gambar-gambar dari galeri telefon.

Jadi, pastinya ia adalah sebuah kamera dua dalam satu (kamera dan pencetak), dan saya mengesyorkannya.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY