Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

MediaTek Umum Dimensity 9500s, Dimensity 8500 Untuk Peranti Flagship Dan Premium

Posted on Januari 16, 2026Januari 16, 2026

MediaTek pada September tahun lalu telah mengumumkan cip flagship Dimensity 9500. Kini, syarikat itu meneruskan penawaran dalam segmen yang sama dengan memperkenalkan Dimensity 9500s, selain turut mengumumkan cip premium Dimensity 8500.

Dimensity 9500s

Dimensity 9500s dibangunkan menggunakan proses 3nm dan seni bina ‘All Big Core’. Ia hadir dengan CPU lapan teras yang terdiri daripada satu teras ultra Arm Cortex-X925 dengan kelajuan sehingga 3.73GHz, tiga teras premium Cortex-X4 serta empat teras prestasi Cortex-A720.

Untuk grafik, cip ini menggunakan GPU Immortalis-G925 yang menyokong permainan mudah alih bingkai penuh serta teknologi ray tracing. MediaTek turut menyertakan teknologi permainan adaptif MAGT 3.0 dan teknologi kadar bingkai MFRC 3.0.

Dimensity 9500s dilengkapi MediaTek NPU yang dioptimumkan untuk model penaakulan generatif dan multi-modal.

Dalam aspek kamera, cip ini menggunakan pemproses imej MediaTek Imagiq yang menyokong penjejakan pergerakan masa nyata sehingga 30fps, rakaman video fokus penuh 8K/60fps dengan Dolby Vision HDR, serta teknologi pengurangan hingar.

Dari segi memori dan sambungan, Dimensity 9500s disertakan sokongan modem 5G Release-17 dengan 4CC-CA dan kelajuan muat turun sehingga 7Gbps, teknologi penjimatan tenaga MediaTek 5G UltraSave 4.0, RAM LPDDR5X, storan UFS 4 +MCQ, Wi-Fi 7 serta Bluetooth 5.4.

Dimensity 8500

Dimensity 8500 pula dibina menggunakan proses 4nm yang lebih cekap tenaga, serta seni bina CPU ‘All Big Core’ dengan lapan teras Arm Cortex-A725 yang mencapai kelajuan sehingga 3.4GHz.

Untuk grafik, cip ini menggunakan GPU Mali-G720 yang menawarkan peningkatan prestasi sehingga 25% serta penggunaan tenaga lebih rendah berbanding generasi sebelumnya.

Sebagai tambahan, Dimensity 8500 turut menggunakan teknologi ray tracing dalam permainan mudah alih.

Dimensity 8500 hadir dengan sokongan RAM LPDDR5X empat saluran, storan UFS 4 + MCQ, Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.4, teknologi penjimatan tenaga MediaTek UltraSave 3.0+, serta NPU 880 yang menyokong kebanyakan model bahasa raya (LLM) dan penjanaan imej.

Dalam aspek pengimejan, cip ini menyokong sensor kamera maksimum sehingga 320MP, rakaman video 4K/60fps serta paparan sehingga resolusi WQHD+ dengan kadar segar semula 144Hz.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress