Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS Zenbook S14 2026

(Ulasan) ASUS Zenbook S14 (UX5406A) – Laptop Ultra Premium Untuk Anda Berbajet Besar

Diterbitkan Jun 10, 2026 · Dikemas kini Jun 10, 2026 oleh ariff bukhari

Ringkasan Ulasan: ASUS Zenbook S14 (UX5406A)

Wiser memberi ASUS Zenbook S14 (UX5406A) skor 8.5/10. Harganya di Malaysia ialah RM8,999 semasa ulasan ini diterbitkan pada 10 Jun 2026.

Produk ASUS Zenbook S14 (UX5406A)
Skor Wiser 8.5/10
Harga (semasa ulasan) RM8,999
Diulas oleh ariff bukhari
Tarikh ulasan 10 Jun 2026

Kelebihan

  • Bateri mampu tahan sehingga 27 jam
  • CPU berprestasi tinggi
  • Tahan calar
  • Spesfikasi tinggi
  • Rekaan premium, nipis dan ringan
  • Skrin sentuh OLED
  • Audio dari speaker terbina sedap
  • Bingkai skrin nipis

Kekurangan

  • Berat lebih 1 Kg (1.2 Kg)
  • 1 varian sahaja
  • Hanya 2 pilihan warna tersedia
  • GPU Intel graphic

Beli di: Shopee · Lazada

Jika anda mahukan sebuah laptop premium, berprestasi tinggi dengan hayat bateri yang panjang tapi pada masa yang sama ringan dan nipis, mudah diusung ke mana sahaja, ASUS Zenbook S14 (UX5406A) adalah antara pilihan terbaik yang ada di pasaran ketika ini.

Manakan tidak, ASUS Zenbook S14 2026 ini merupakan kategori laptop ultra premium yang memang menyasarkan golongan profesional dan kreatif yang mahukan prestasi tinggi dalam rekaan nipis serta elegan.

ASUS Zenbook S14 2026
ASUS Zenbook S14 terbaru ini jelas ditujukan kepada pengguna yang sanggup melabur besar untuk pengalaman terbaik.

Dari segi paparan, ia dilengkapi skrin sentuh 14.0 inci 3K OLED dengan kadar segar semula 120Hz memberikan visual yang sangat tajam, warna hidup, dan kontras mendalam.

Dengan sokongan HDR True Black 1000 serta gamut warna 100% DCI-P3 menjadikannya sesuai untuk kerja reka bentuk grafik, suntingan video, atau sekadar menikmati hiburan dengan visual berkualiti tinggi.

ASUS Zenbook S14 2026
Fungsi skrin sentuh menambah lagi fleksibiliti penggunaan dengan kualiti skrin OLED ASUS diakui antara yang terbaik dan paling mengagumkan dalam kelasnya.

Dari aspek prestasi pula, ia dipacu oleh pemproses terkini Intel® Core™ Ultra 9 386H dengan 16 teras dan kelajuan sehingga 4.9 GHz.

Ini bermakna, ASUS Zenbook S14 2026 ini menggunakan cip Intel Core Ultra dengan prestasi tertinggi dalam kelasnya dan terkini iaitu dari generasi ke-3.

(Ulasan) ASUS Zenbook S14 (UX5406A) – Laptop Ultra Premium Untuk Anda Berbajet Besar
Kod huruf iaitu H (Highest performance) di belakang sekali bagi nama cip pemproses Intel® Core™ Ultra 9 386H ini menandakan cip ini berprestasi tinggi.

Malah, cip terbaharu Intel ini dilengkapi NPU dan GPU Arc, membolehkan fungsi AI dilaksanakan secara tempatan terus dari dalam peranti dengan keupayaan sehingga 50 TOPS, sekali gus menandakan Zenbook ini sudah bersedia untuk era komputasi berasaskan kecerdasan buatan.

Digabungkan pula dengan RAM 32GB LPDDR5X serta storan SSD PCIe 4.0 sebesar 1TB, laptop ini mampu mengendalikan tugasan berat melibatkan pelbagai jenis aplikasi-aplikasi grafik seperti rendering, menjalankan pelbagai tugas serentak dan sudah tentunya aplikasi AI tanpa sebarang masalah.

ASUS Zenbook S14 2026
Dikuasakan Intel® Core™ Ultra 9 386H, ASUS Zenbook S14 memang benar-benar direka untuk menyelesaikan tugasan berat dengan lancar dan pantas tanpa kompromi.

Apa yang lebih penting lagi adalah laptop ini dimuatkan dengan bateri berkapasiti lebih besar iaitu 77Wh.

Sepanjang 2 minggu menggunakannnya untuk tugasan menaip dan hiburan (dengan tetapan mod penjimatan bateri), ia mampu memberikan hayat lebih 24 jam penggunaan selepas dicas penuh.

Jadi, jika anda pelajar, profesional atau pengguna awam yang tidak gemar bergantung dengan pengecas, ASUS Zenbook S14 2026 ini memberikan anda kebebasan itu.

Jika itu belum cukup, laptop ini didatangkan dengan pengecas pantas 68W Type-C yang menjanjikan ketahanan seharian.

ASUS Zenbook S14 2026
Untuk tugasan menaip sambil melayari internet dan tontonan YouTube dengan backlit keyboard dinyalakan pada tahap 1, kecerahan skrin 50% dan kadar segar skrin 120 Hz (ciri Dynamic fresh rate aktif), hanya 1% sahaja kuasa bateri (dari 100% ke 99%) digunakan dalam tempoh setengah jam. Selepas 3 jam 30 minit pula, bateri berada pada tahap 80%.

Secara keseluruhan, ASUS Zenbook S14 ialah laptop dengan spesifikasi tertinggi (RAM 32GB + storan M.2 NVMe™ 1 TB) yang menggabungkan prestasi kelas atasan, skrin sentuh yang responsif dengan visual mengagumkan serta rekaan nipis, ringan dan elegen.

Tapi, bukan spesifikasi tingginya sahaja yang menjustifikasikannya sebagai sebuah laptop ultra premium, kemasan dan kualiti binaan laptop ini jelas dapat dilihat dan dirasai dari sentuhan.

Menjadikannya bukan sekadar laptop kerja, tetapi simbol status bagi mereka yang mahukan sebuah peranti premium dengan spesifkasi terkini dalam pakej yang eksklusif.

Walau bagaimanapun, suka dinyatakan di sini bahawa ASUS Zenbook S14 bukanlah laptop yang sesuai sama sekali untuk gaming berat kerana ia tidak dilengkapi GPU berkuasa.

Sebaliknya, hanya dipacu cip Intel® Graphics yang berprestasi rendah. Namun masih sesuai untuk gaming ringan dan santai.

ASUS Zenbook S14 2026
ASUS Zenbook S14 dilengkapi Wi-Fi 7 dan Bluetooth 6.0, memastikan kelajuan rangkaian yang pantas dan stabil. Malah ia lengkap dengan Port Thunderbolt 4, HDMI 2.1, USB 3.2 Gen 2 Type-A, serta bicu audio 3.5mm sekali gus memberikan pilihan sambungan yang lengkap untuk pelbagai peranti luar yang lain.

Walaupun harganya tinggi, nilai yang ditawarkan tetap menjadikannya pelaburan berbaloi untuk jangka masa panjang kepada pengguna profesional dan kreatif.

ASUS Zenbook S14 (UX5406A) 2026 (RAM 32GB + 1TB) dengan Intel Core Ultra 9 ini tersedia dalam pilihan warna Scandinavian White dan Antrim Gray kini sudah pun muka tersedia di pasaran Malaysia pada harga RM8,999.

Berkaitan

  • (Ulasan) ASUS ExpertBook P3 - Laptop Terpaling Lasak
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • (Ulasan) ASUS ExpertBook Ultra - Laptop Korporat Paling 'Ultra', Tapi Ada Sesuatu Yang Kurang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY