Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

HyperOS 3.0: Xiaomi Hampir Mendekati Pengalaman Ekosistem iOS

Posted on Disember 5, 2025Disember 5, 2025

Xiaomi HyperOS 3.0 telah pun dilancarkan untuk pengguna global termasuklah Malaysia.

Xiaomi menambah baik sistem operasi mereka ini yang berasaskan Android  untuk memberikan pengalaman lebih pintar, lebih peribadi, dan lebih selamat kepada pengguna.

Versi terbaru ini bukan sekadar kemas kini, tetapi satu kemas kini menyeluruh yang menggabungkan kecerdasan buatan (AI), kesinambungan merentas platform, serta ciri keselamatan yang dipertingkatkan.

Jadi, apa yang menariknya dengan HyperOS 3.0.

1. Xiaomi HyperIsland

Antara ciri baru yang menarik diperkenalkan Xiaomi menerusi HyperOS 3.0 ialah Xiaomi HyperIsland.

HyperIsland bertindak sebagai pusat pengurusan aplikasi yang memudahkan pertukaran tugas.

Walaupun sebenarnya ia bukanlah sesuatu yang baru pun, tapi ia pastinya menawarkan pengalaman baru kepada pengguna Xiaomi.

Xiaomi HyperIsland berfungsi sebagai hab berpusat yang memberikan pengguna akses pantas kepada kandungan penting. Ia direka untuk menjadikan navigasi lebih lancar, lebih menarik secara visual, dan lebih pintar untuk pengguna.

2. Dynamic Wallpapers

Ciri ini kalau pemilik Xiaomi tidak gunakannya anda akan rugi kerana ia membezakan anda dengan jenama peranti lain.

Dynamic Wallpapers dipacu AI  ini menjadikan imej statik kelihatan hidup.

Ia mengubah skrin kunci anda menjadi pengalaman dinamik, daripada gambar latar statik, ia mencipta visual animasi dan sinematik yang berubah setiap kali anda membuka kunci telefon anda.

3. Lebih jimat RAM dan storan

Salah satu kelebihan paling ketara pada HyperOS 3.0 ialah pengurusan RAM yang lebih baik. Ia menjadikan telefon lebih ringan dan responsif.

Selain itu, sistem ini juga lebih jimat ruang storan, sekali gus meningkatkan prestasi keseluruhan peranti.

4. Sokongan rentas ekosistem

Selain prestasi dipertingkat, salah satu kelebihan utama HyperOS 3.0 ialah sokongan rentas platform menerusi ciri Xiomi HyperConnect.

Bukan setakat sokongan ke atas peranti Android dan sistem Windows sahaja, ciri ini menyatukan ekosistem digital walaupun dengan peranti Apple sekalipun seperti anda boleh sambungkan telefon pintar Xiaomi anda dengan Apple iPad, iPhone mahupun Macbook.

Jadi, dengan sokongan rentas ekosistem ini, anda boleh berkongsi fail secara drag & drop antara peranti atau berkongsi hotspot dengan lebih mudah dan mirorring.

Ciri Touch to Share membolehkan anda berkongsi foto, video, fail, dan kata laluan Wi-Fi hanya dengan sentuhan yang mana ia kini juga berfungsi dengan peranti Apple.

Tak cukup dengan itu, anda juga boleh membuka peranti Xiaomi dengan menggunakan butang kunci dari MacBook.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, HyperOS 3.0 adalah kemas kini menyeluruh di mana kelebihan paling ketara ialah pengurusan RAM yang lebih baik, menjadikan peranti Xiaomi dengan HyperOS 3.O lebih smooth dari versi sebelumnya.

Dari segi pengalaman pengguna, HyperOS tampil dengan antaramuka yang lebih segar dan interaktif. Animasi yang lancar, ikon yang diperbaharui, serta sentuhan responsif menjadikan penggunaan harian lebih menyeronokkan.

Diperkasakan lagi dengan ciri dan sokongan AI Google Gemini, peranti Xiaomi kini lebih pintar di mana ia mampu belajar daripada corak penggunaan, lalu menyesuaikan fungsi mengikut keperluan individu tersebut.

Walau bagaimanapun, perasaan untuk menyatakan bahawa HyperOS 3.0 sebagai iOS versi Android tidak dapat disembunyikan.

Dia punya feel hampir sama, beza pada peranti yang dipegang sahaja. Manakan tidak, Xiaomi sendiri secara terang menyasarkan ekosistem Apple untuk disaingi mereka.

Jadi, bagi pengguna Android yang mahukan ekosistem menyeluruh, HyperOS adalah alternatif terbaru yang ada.

Cuma, sedikit khabar kurang gembira adalah, bagi pengguna peranti Xiaomi terdahulu , peranti anda itu mungkin sudah tidak lagi mampu dinaik taraf kepada HyperOS 3.0.

Jadi, terpaksalah anda mendapatkan model terbaru yang menyokong HyperOS 3.0. Bagi peranti yang menyokongnya pula, anda bolehlah menyemak peranti anda untuk dikemas kini kepada versi terbary HyperOS ini yang ditawarkan secara berperingkat kepada pengguna global.

Semakan model peranti Xiaomi yang menyokong HyperOS 3.0 boleh dibuat di laman HyperOS3 – Xiaomi Global.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress