Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nothing Headphone (1) 2

Selepas 8 Bulan Dengan Nothing Headphone (1), Inilah Fon Kepala Terbaik Bawah RM1,000

Diterbitkan Mac 13, 2026 · Dikemas kini Mac 13, 2026 oleh ariff bukhari

Ringkasan Ulasan: Nothing Headphone (1)

Wiser memberi Nothing Headphone (1) skor 8/10. Harganya di Malaysia ialah RM788 semasa ulasan ini diterbitkan pada 13 Mac 2026.

Produk Nothing Headphone (1)
Skor Wiser 8/10
Harga (semasa ulasan) RM788
Diulas oleh ariff bukhari
Tarikh ulasan 13 Mac 2026

Kelebihan

  • Terima kemas kini berkala
  • Kualiti bunyi dan ANC dipertingkat
  • Kaya dengan pelbagai ciri
  • Binaan solid
  • Menggabungkan gaya retro moden
  • Harga kini lebih mampu milik

Kekurangan

  • Sedikit berat
  • Kawalan butang fizikal mudah terganggu apabila kepala disandar pada kerusi atau bantal.

Beli di: Shopee

Nothing Headphone (1), fon kepala pertama keluaran syarikat Nothing dalam kategori over-ear, hadir dengan rekaan berani yang menggabungkan elemen retro-futuristik.

Pada tahun lepas, penulis telah pun membuat ulasan terhadap fon kepala ini.

Ulasan awal itu secara keseluruhan menyatakan kekecewaan penulis pada fon kepala ini yang penulis anggap harga yang ditawar tidak selari dengan kualiti keseluruhan meliputi bunyi dan ciri.

Tetapi, selepas 8 bulan menggunakannnya, ada sesuatu yang positif ingin dinukilkan pada Nothing Headphone (1) ini.

Selepas 8 Bulan Dengan Nothing Headphone (1), Inilah Fon Kepala Terbaik Bawah RM1,000

Kualiti binaan yang sangat baik dan selesa

Dari segi keselesaan, ia dilengkapi kusyen yang lembut menutupi sepenuhnya telinga.

Malah memakai berjam-jam lamanya langsung tidak timbul isu  rasa tidak selesa pada telinga.

Kualiti binaan sememangnya tip top dengan gabungan aluminium dan plastik lutsinar yang memberikan identiti tersendiri.

Ya, ia mungkin sedikit berat berbanding jenama lain kerana materialnya.

Tapi ia memberi rasa premium malah lebih baik binaannya jika dibandingkan dengan pesaing lain yang berharga lebih mahal darinya.

Selepas 8 Bulan Dengan Nothing Headphone (1), Inilah Fon Kepala Terbaik Bawah RM1,000
Mungkin sedikit berat bagi pengguna lain tapi ia bukan isu pada penulis.

Kualiti bunyi dan ANC dipertingkat

Terus terang dalam ulasan sebelum ini, penulis sangat kecewa dengan kualiti bunyi dan ANC Nothing Headphone (1).

Tetapi, Nothing seakan memahami sendiri isu ini dengan secara berkala menawarkan kemas kini yang menambah baik isu dihadapi dengan perkenalkan ciri baru.

Ini terbukti apabila penulis dapat rasai penambahbaikan ketara pada ciri pembatalan hingar (ANC) Headphone (1) selepas Nothing memperkenalkan ciri Personal sound.

WhatsApp Image 2026-03-13 at 14.37.05
WhatsApp Image 2026-03-13 at 14.38.18
WhatsApp Image 2026-03-13 at 14.37.05 (1)

Personal Sound daripada Nothing ialah ciri audio yang disesuaikan mengikut profil pendengaran individu. Prosesnya bermula dengan ujian pendengaran selama tiga minit melalui aplikasi Nothing X.

Kalibrasi ini menghasilkan profil bunyi peribadi yang disimpan pada fon kepala.

Algoritma kemudian menyesuaikan frekuensi secara dinamik untuk memastikan pengalaman audio lebih jelas, seimbang dan konsisten.

Ia membantu anda menikmati muzik dengan kualiti tinggi yang sesuai dengan kemampuan pendengaran anda.

Selepas 8 Bulan Dengan Nothing Headphone (1), Inilah Fon Kepala Terbaik Bawah RM1,000
Nothing Headphone (1) terima kemas kini berkala yang menambah baik keseluruhan pengalaman audio.
Selepas 8 Bulan Dengan Nothing Headphone (1), Inilah Fon Kepala Terbaik Bawah RM1,000

Nothing Headphone (1) kini berbaloi dimiliki

Jadi, ini yang penulis dapat simpulkan selepas lama bersama dengan Nothing Headphone (1) di mana penulis setiap hujung minggu memakainya sepanjang menaiki tren ETS dan komuter utara yang mengambil masa berjam-jam lamanya.

Kualiti ANC bertambah baik dan hampir menandingi pesaing premium seperti Sony, Bose dan Apple AirPod Max.

Nothing Headphone (1) 2

Walaupun belum menandingi “big three” tersebut dalam industri fon kepala, Nothing menunjukkan kesungguhan mereka untuk bersaing apabila berjaya menambah baik kualiti audio Headphone (1) dengan ketara menerusi kemas kini di mana kualiti bunyinya kini lebih dinamik dengan perician bunyi bass dan kejelasan (clarity) yang lebih baik berbanding di awal pelancarannya.

Jadi menikmati audio berdefinisi tinggi seperti platform Apple Music dengan Headphone (1) ini menjanjikan pengalaman kualiti bunyi yang sangat baik.

Kini, pada harga serendah kurang dari RM800, anda sudah boleh memiliki sebuah fon kepala premium dan sejujurnya dengan harga dan kualiti yang ditawarkan, Nothing Headphone (1) sangat berbaloi dimiliki.

headphone (a)

Walaupun Nothing baru sahaja memperkenalkan versi bajet menerusi model headphone (a) yang belum rasmi di Malaysia, tapi anda sangat disyorkan memilih Nothing Headphone (1) sahaja kerana kualiti bunyinya yang lebih baik hasil talaan syarikat audio premium dan terkemuka, KEF dari UK.

Beli Nothing Headphone (1) dari stor:

  • Shopee – https://invl.me/clnb1au
  • Lazada – https://invl.me/clnb1am

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • 4 Fon Kepala Ni 'Confirm' Bunyi Sedap, Harga Bawah RM2,000
  • Fender Lancar Fon Kepala Modular Di Malaysia Berharga RM1,399

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyDigital ID Nafi Guna Teknologi Blockchain Pihak Ketiga
  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
  • CMF Perkenal Speaker S Dan Speaker M, Bateri Sehingga 18 Jam
  • COROS PACE 4 Pro Dilancar 21 Oktober Ini, Skrin Lebih Besar, Bateri Tahan Lama
  • Pengguna Nothing Mula Terima Kemas Kini Nothing OS 5.0
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Kongsi, Cipta 'Sticker' Berbunyi
  • Microsoft Perkenal Maia 300 Dengan Memori HBM4 288GB
  • Microsoft Mula Guna Cip AI Sendiri Dalam Pusat Data, Perlu Tenaga Setara Beberapa Loji Nuklear
©2026 WISER.MY