Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
U Mobile Sabah Store Launch

U Mobile Buka Kedai Pertamanya Di Sabah

Diterbitkan April 29, 2024 · Dikemas kini April 29, 2024 oleh ariff bukhari

Pembekal perkhidmatan mudah alih dan digital, U Mobile telah mengumumkan pelancaran kedai pertamanya di Malaysia Timur yang terletak di Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah.

Kedai khidmat lengkap itu akan menyediakan pelanggan dengan pelbagai tawaran U Mobile dan pengalaman digital mudah alih, seperti sudut permainan eksklusif untuk pelanggan merasai sendiri pengalaman rangkaian 5G U Mobile.

“U Mobile teruja untuk melancarkan kedai pertama kami di Malaysia Timur di Imago Mall, Kota Kinabalu, Sabah. Kedai ini hanyalah sebahagian daripada rancangan keseluruhan kami untuk meluaskan fokus dan jejak kami di Malaysia Timur, supaya lebih ramai pelanggan boleh menikmati tawaran terbaik daripada U Mobile dari segi perkhidmatan pelanggan serta rangkaian produk inovatif kami yang disokong oleh Rangkaian 5G No. 1 di Malaysia,” kata Navin Manian, Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile.

Sempena pelancaran kedai baharu mereka ini, bermula dari 26 April 2024, sebanyak 250 orang pelanggan pertama yang mendaftar untuk pembelian peranti yang digabungkan dengan U Postpaid Borneo 68, U Postpaid 68 atau U Postpaid 98 akan layak mendapat rebat sehingga RM120, serta hadiah-hadiah menarik yang lain (sementara stok masih ada).

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: Siaran media U Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY