Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS Republic of Gamers Announces ROG Zephyrus G16 (2024) GA605

TUF Gaming A14 Dan Zephyrus G16 Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM7,599

Diterbitkan Julai 17, 2024 · Dikemas kini Julai 17, 2024 oleh Muhd Idham

Bukan sahaja ROG Ally X kini hadir ke pasaran Malaysia, tapi dua model komputer riba baru daripada ASUS ROG yang dahulunya diperkenalkan dalam acara CES 2024 iaitu TUF Gaming A14 dan Zephyrus G16 (2024) juga sudah tersedia untuk pembelian secara pra pesan.

ASUS TUF Gaming A14_4
ASUS TUF Gaming A14 hanya seberat 1.46kg sahaja.
Zephyrus G16 PR 6 (1)
ASUS ROG Zephyrus G16 (2024) menyokong kad SD Express 7.0 baharu untuk prestasi kad SD yang sangat pantas dan merupakan komputer riba ROG pertama yang menyokong WiFi 7.

Kedua-dua model tersebut dikuasakan oleh AMD Ryzen 9 AI HX 370 dan menjalankan sistem operasi Windows 11 Home dengan sokongan memori LPDDRX5 dan storan SSD M.2 2280 PCIe 4.0.

Model Zephyrus G16 (2024) hadir dengan pilihan kad grafik sehingga NVIDIA GeForce RTX 4070 dan TUF Gaming A14 tampil dengan GPU NVIDIA GeForce RTX 4060.

Zephyrus G16  Menggunakan skrin OLED ROG Nebula 16 inci dengan resolusi 2.5K (2560 × 1600) dan kadar segar semula 240Hz yang turut menerima pensijilan VESA DisplayHDR™ True Black 500.

Manakala TUF Gaming A14 pula dilengkapkan dengan skrin 14 inci dengan resolusi 2.5K (2560 x 1600) dan kadar segar semula 165Hz.

TUF Gaming A14 Dan Zephyrus G16 Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM7,599
TUF Gaming A14 Dan Zephyrus G16 Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM7,599

Sama seperti ROG Ally X, kedua-dua model komputer riba ini boleh mula dibeli dengan promosi pra pesan bermula dari 17 Julai hingga 31 Julai 2024.

Harga rasmi komputer riba TUF Gaming A14 dan Zephyrus G16 ini adalah seperti di bawah.

  • ASUS TUF Gaming A14 = RM7,599
  • ASUS ROG Zephyrus G16 (2024) – RTX 4070 (32GB + 2TB) (warna Eclipse Gray) = RM13,499, RTX 4060 (32GB + 1TB) pilihan warna (Eclipse Gray atau Platinum White) = RM11,499

Urusan pra pesan boleh dibuat melalui laman web rasmi ASUS ROG Malaysia.

{suggest}

Beli pelbagai barangan ASUS dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.io/clldybf
  • Lazada – https://invol.co/clldyb9

Sumber: ASUS ROG Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY