Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS Republic of Gamers Announces ROG Zephyrus G16 (2024) GA605

ASUS ROG Zephyrus G16 (2024) Kini Dikuasakan Cip AMD Ryzen AI

Diterbitkan Jun 4, 2024 oleh Muhd Idham

Pada suku pertama 2024 yang lepas, ASUS ROG Malaysia telah pun menghadirkan satu komputer riba ‘gaming’ iaitu ROG Zephyrus G16 (GU605) dengan penguasaan daripada cip Intel Core Ultra pada harga permulaan RM9,999.

Kini, ASUS ROG Global telah memperkenalkan model yang sama tetapi dengan cip AMD Ryzen AI 9 HX 370 (5.1GHz) yang bernombor unit GA605.

Zephyrus G16 PR 6
Versi putih
Zephyrus G16 PR 5
Versi hitam

Untuk pengetahuan anda, cip yang dinyatakan itu mampu menyokong kadar pemprosesan untuk AMD Ryzen AI pada 81 TOPS.

Spesifikasi selebihnya untuk model terbaru ini adalah kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4070 8GB GDDR6, 2TB storan SSD PCIe 4.0 NVMe dan memori 16GB RAM LPDDR5X.

Paparan pula masih sama iaitu ROG Nebula Display jenis OLED dengan resolusi WQXGA (2560 x 1600), kadar segar semula 240Hz, kadar tindak balas 0.2ms serta lengkap dengan ciri G-Sync.

Lain-lain ciri yang hadir adalah kamera web FHD IR 1080p, sistem audio Dolby Atmos dan bateri 90WHr dengan alat suai kuasa 200W AC.

Namun, harga dan ketersediaannya di pasaran tempatan mahupun global masih belum diketahui.

Beli produk ASUS ROG di:

Shopee – https://invl.io/clkpk5f

Lazada – https://invol.co/clkpk5g

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari
  • AMD Umum Siri Ryzen AI 300 - Zen 5, 50 TOPS XDNA 2, Lagi Pantas Dari Snapdragon X
  • Pemilik Dron Kelak Perlu Daftar, Mohon Kelulusan Penerbangan Dengan CAAM
  • Siri realme GT 6 Akan Rasmi Di Malaysia Pada 20 Jun Depan

Sumber: Siaran Media ASUS ROG

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY