Kita sudah masuk ke pertengahan tahun 2024 dan boleh dilihat ada beberapa telefon pintar yang menawarkan spesifikasi andalan (flagship) tetapi dijual pada harga kelas pertengahan atau mungkin pertengahan premium. Biasanya kita menggelarkan ia sebagai ‘flagship killer’.
Bagi anda yang tidak tahu, ‘flagship killer’ dalam bahasa mudah adalah peranti yang sarat dengan spesifikasi yang biasanya ada dalam telefon andalan tetapi dijual dengan harga lebih mampu milik.
Namun, dalam kebanyakan yang ada di pasaran, ada satu siri peranti ‘flagship killer’ yang patut anda pertimbangkan pada tahun 2024 ini. Telefon dimaksudkan itu ialah HONOR 200 dan HONOR 200 Pro.
Untuk membuka mata anda, terdapat 5 ciri ‘flagship’ yang dimuatkan ke dalam siri HONOR 200 ini.
Kamera
Rata-rata pengguna di Malaysia gemar mencari telefon yang mempunyai kemampuan kamera yang baik. Akan tetapi, kebanyakan telefon yang ada kamera baik wujud di telefon berkelas premium.
Kalau anda nak tahu, HONOR 200 standard dan pro masing-masing hadir dengan kamera baik. Untuk versi pro, ia tampil dengan 50MP kamera utama dengan sensor eksklusif HONOR H9000 1/1.3 inci. Sensor ini adalah sama yang digunakan pada HONOR Magic6 Pro. Sementara versi standard pula 50MP dengan sensor Sony IMX906 1/1.56 inci di mana ia pertama di Malaysia.
Kedua-dua peranti juga digandingkan lensa telefoto 50MP sensor Sony IMX856 dan 12MP ultra lebar dan makro dengan sudut 112° serta jarak 2.5cm.
50MP kamera potret swafoto diberikan pada kamera hadapan untuk anda penggemar ‘selfie’ dan melengkapkan sistem kamera ini, ia hadir dengan sistem anti-gegar dwi OIS+EIS.
Penawaran terbaru dalam siri ini semestinya mod eksklusif Harcourt Portrait di mana studio tersebut popular dan pakar dalam seni potret. Oleh itu, 3 mod ditawarkan dalam siri HONOR 200, iaitu Harcourt vibrant, Harcourt color dan Harcourt Classic. Dengan ini, gambar potret anda ambil nanti nilainya ibarat lebih RM10 ribu.
Skrin
Selesai ambil gambar, paparan untuk melihat hasil gambar mestilah penting juga. HONOR 200 Pro dilengkapi skrin 6.78 inci AMOLED quad-curved floating display dengan PWM Dimming 3840Hz, sokongan kadar segar semula 120Hz dan juga puncak kecerahan 4000nits.
Manakala versi standard pula skrin berukuran 6.7 inci AMOLED quad-curved display, PWM Dimming 3840Hz, sokongan kadar segar semula 120Hz dan juga puncak kecerahan 4000nits.
Masing-masing turut menawarkan 1.07 bilion warna, 100% DCI-P3 gamut warna, skrin boleh disentuh dalam keadaan basah dan menyokong AOD skrin penuh.
Bukan itu sahaja, paparan cantik itu tidak menyakitkan mata anda. Ini kerana selain PWM Dimming yang ditawarkan, ia turut hadir dengan AI Circadian Night Display supaya anda dapat tidur berkualiti apabila melihat skrin dan juga ada dynamic dimming display yang mana paparan yang anda lihat di mana-mana persekitaran tidak memenatkan mata anda.
Bateri
Mesti anda ingat akan teknologi bateri daripada HONOR, iaitu bateri silikon karbon. Bagaimanapun, sebelum ini ia terhad untuk peranti ‘flagship’ HONOR.
Jangan risau, kali ini teknologi tersebut ditawarkan untuk siri HONOR 200. Kedua-duanya hadir dengan kapasiti bateri sebesar 5200mAh. Bateri sebesar ini hanya mengambil masa 15 minit sahaja untuk cas 50% kerana ia menyokong pengecasan 100W HONOR SuperCharge berwayar. Namun, versi pro ekstra sedikit kerana terdapat pengecasan wayarles 66W di mana hanya mengambil masa 30 minit untuk 64% cas.
Oleh itu, penggunaan peranti seharian memang tidak masalah. Kalau kekurangan bateri pun tak perlu risau sebab casnya sudah cukup laju.
Paling penting juga, biarpun kapasiti bateri besar, telefon ini tidak tebal pun. Jadi, anda boleh menikmati peranti slim tapi masih tahan lama.
Cip Pemprosesan
Tidak lengkap peranti tanpa tunjang utamanya, iaitu cip pemprosesan. HONOR 200 dikuasakan cip 4nm Snapdragon 7 Gen 3. Ia menawarkan peningkatan prestasi CPU 15%, 50% prestasi GPU dan 20% kecekapan tenaga.
Sementara versi pro, ia dilengkapi cip Snapdragon 8s Gen 3. Ini merupakan cip kelas andalan yang boleh memberikan prestasi tinggi untuk apa jua penggunaan termasuk pemprosesan gambar dan juga AI.
Tidak terhenti di situ, satu lagi cip yang ada pada peranti ‘flagship’ HONOR juga diberikan dalam HONOR 200 Pro, iaitu cip HONOR C1+RF. Apa fungsinya?
Telefon yang berpestasi tetapi kalau ‘tarik line slow’ pasti akan buat anda stress. Di sinilah cip C1+RF itu membantu di mana ia memberikan peningkatan 17% transmisi antena dan juga 35% peningkatan penerimaan antena sekali gus telefon ini kuat ‘tarik line’ rangkaian dan menawarkan kelajuan internet semaksimum yang boleh.
Magic AI
Tahun 2024 ialah tahun kecerdasan buatan (AI). HONOR pun ada AI tersendiri, Magic AI dalam perisian MagicOS 8.0.
Dalam MagicOS 8.0, anda akan nikmati Magic Portal, AI Blur Private Info, Smart Folder, Magic Capsule, Air Gesture serta Magic Lock Screen. Kesemua ciri ini adalah sama yang anda lihat dalam peranti andalan HONOR.
Selain itu, terdapat juga AI Portrait di mana AI akan mengetahui ciri wajah atau gambar anda untuk mempertingkatkan kualitinya.
Ada banyak gambar dan nak dijadikan video? Teknologi AI HONOR akan terus buatkan video anda dengan ciri Instant Movie.

Untuk versi pro, ada ciri AI tambahan yang boleh anda gunakan, seperti AI Motion Sensing yang dapat menangkap gambar subjek yang bergerak laju tapi hasil foto tak kabur dan juga ciri AI Natural Tone 2.0.
Telefon Dengan Spesifikasi ‘Flagship’ Tapi Harga Tak Premium
Seperti yang dinyatakan pada permulaan tadi, siri HONOR 200 boleh diletakkan sebagai peranti ‘flagship killer’ memandangkan banyak ciri yang sebelum ini hanya terhad kepada telefon andalan HONOR sahaja.
Bagaimanapun, kali ini semua boleh menikmati ciri tersebut kerana ia sudah ada dalam siri HONOR 200.
Buat pengetahuan, HONOR 200 sudah memadai untuk anda tetapi kalau anda pilih versi pro, lagi baik kerana ada beberapa ciri tambahan padanya.
HONOR 200 Pro ditawarkan dua pilihan warna — Ocean Cyan dan Moonlight White yang mana satu varian sahaja, 12GB+512GB. Sementara HONOR 200 ada tiga pilihan warna — Coral Pink, Moonlight White dan Black. Ia juga ada dua varian, 12GB+256GB dan 12GB+512GB.
Masing-masing dijual pada RM2699 untuk versi pro dan bermula RM1899 untuk versi standard.
Kepada anda berminat, pra-tempah sudah dibuka dan anda bakal menerima hadiah bernilai sehingga RM1,078 termasuk 10x rebat deposit, HONOR Earbuds X6 dan 365 hari penggantian skrin dan panel balakang retak.
Beli siri HONOR 200 di:
Shopee – https://invl.io/clkvpjf
Lazada – https://invol.co/clkvpjk
*Artikel ini dibawakan HONOR Malaysia