Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maxis, TM Lanjutkan Perjanjian Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Sehingga 2029

Maxis Dilapor Berminat Ambil Alih U Mobile

Diterbitkan Julai 17, 2024 · Dikemas kini Julai 17, 2024 oleh Amalina Athman

Syarikat telekomunikasi, Maxis sedang mempertimbangkan untuk mengambil alih U Mobile bagi membantunya untuk berkembang di negara Asia, lapor Bloomberg.

Menurut Bloomberg, sumbernya memberitahu bahawa Maxis telah menyatakan minat terhadap pengambilalihan U Mobile dan perbincangan masih di peringkat awal.

Bagaimanapun, harga boleh menjadi penghalang kepada potensi pembelian, dengan pemilik U Mobile mencari penilaian lebih daripada RM10 bilion. Berikutan itu, tiada jaminan bahawa perjanjian akan dicapai.

Untuk rekod, ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan dan Temasek Holdings (melalui Singapore Technologies Telemedia Pte) merupakan antara pemegang saham utama U Mobile.

Dalam mesej kepada Bloomberg News, Vincent Tan berkata U Mobile telah menolak tawaran pembelian dan merancang untuk memfailkan tawaran awam permulaan (IPO) pada akhir bulan ini. Syarikat itu dikatakan telah mempertimbangkan IPO sejak 2021.

Kami menolak tawaran Maxis. Kami menyerahkan untuk IPO pada akhir bulan ini.

Buat masa ini, pihak Maxis tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan. Sementara wakil U Mobile berkata syarikat itu tidak akan mengulas mengenai spekulasi pasaran dan sebaliknya memberi tumpuan untuk menyampaikan lebih banyak produk dan perkhidmatan 5G.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula - Menteri
  • MNO Hanya Boleh Berada Dalam Satu Entiti Bagi Rangkaian 5G Kedua - Teo
  • U Mobile Jalin MoU Dengan 4 Rakan Strategik, Percepat Rangkaian 5G Ke-2 Negara

Sumber: Bloomberg

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY