Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC Diarah Selesai Isu Mutu, Kualiti Perkhidmatan Telekomunikasi Sebelum Jun – Fahmi

Kementerian Komunikasi Umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa

Diterbitkan Julai 16, 2024 · Dikemas kini Julai 16, 2024 oleh Amalina Athman

Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa khusus untuk golongan pelajar lepasan menengah yang melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) terpilih.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata Pakej Rahmah Prabayar Siswa boleh dilanggan mulai 16 Ogos 2024 menerusi lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco), iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM dan YTL Communications (YES).

Harga yang ditawarkan tidak melebihi RM30, dengan minimum permulaan data sebanyak 30GB untuk tempoh sah selama 180 hari.

Fahmi berkata pakej yang ditawarkan itu, merupakan usaha Kementerian Komunikasi dengan kerjasama strategik telco terlibat, sejajar dengan hasrat kerajaan dalam menangani peningkatan kos sara hidup, khususnya bagi membantu golongan pelajar semasa sesi pengajian dan pembelajaran.

“Kita akan mulakan (inisiatif ini) untuk semua pelajar IPTA dan ILKA dahulu, dan kemudian kita akan berbincang dengan syarikat telekomunikasi untuk menyebar luaskan pakej itu.” katanya kepada Bernama

Beliau memaklumkan maklumat lanjut mengenai Pakej Rahmah Prabayar Siswa akan diumumkan oleh telco. Sementara senarai lengkap IPTA dan ILKA tepilih akan dimaklumkan menerusi laman web Kementerian Komunikasi.

Berkaitan

  • Kerajaan Akan Pastikan Liputan Internet Secukupnya Untuk Pelajar - TPM
  • 10 Ribu Sekolah Seluruh Negara Akan Ditawar Pakej Internet Khas Berkelajuan Tinggi Julai Ini
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Orient Telecoms Tawar Internet 10Gbps, Pertama Untuk Perniagaan Di Malaysia

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY