Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
menara pencawang telco

Kerajaan Pertimbang Tindakan Undang-Undang Kontraktor Gagal Siapkan Menara Telekomunikasi – Teo

Diterbitkan Julai 16, 2024 · Dikemas kini Julai 16, 2024 oleh Amalina Athman

Kerajaan pertimbang untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap pihak kontraktor yang gagal menyiapkan menara telekomunikasi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata ini susulan prestasi kontraktor antaranya bagi projek pembinaan menara di Sabah yang kurang memuaskan.

Beberapa tindakan yang kita pertimbangkan termasuk liquidated damages, mengambil performance bond, penolakan tuntutan dan tindakan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Secara keseluruhan, sejumlah 294 menara telekomunikasi telah siap dibina di Sabah berbanding 651 menara telekomunikasi baharu yang dirancang setakat ini.

Selain itu, Teo berkata sejumlah 17 daripada 28 menara telekomunikasi baharu yang dirancang di bawah JENDELA siap dibina di Parlimen Tenom dan sejumlah 68 menara siap dinaik taraf.

Sebanyak 2,450 premis daripada 3,723 yang dirancang tersedia dengan capaian gentian optik dengan baki projek dijangka siap secara berperingkat pada suku keempat 2025.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • MCMC Jalankan Tinjauan Kepuasan Perkhidmatan Selular Mudah Alih, Jalur Lebar Tetap

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY