Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-06-05T091633.433

ASUS Kemas Kini Siri TUF Gaming Dengan Cip AMD Ryzen 9 AI

Diterbitkan Jun 5, 2024 oleh Muhd Idham

Sebelum ini, ASUS juga telah melancarkan barisan terbaru untuk siri komputer riba TUF Gaming di acara CES 2024 yang lepas.

Namun kini, pihak mereka telah tampilkan dua model dalam siri yang sama untuk acara COMPUTEX 2024 dengan kemas kini spesifikasi di bahagian dalaman.

ASUS TUF Gaming A16_4
ASUS TUF Gaming A16
ASUS TUF Gaming A14_5
ASUS TUF Gaming A14

Kedua-dua model di atas adalah produk yang dimaksudkan dan kedua-duanya menggunakan cip pemprosesan yang sama iaitu AMD Ryzen 9 AI HX 370 dengan kelajuan NPU 50 TOPS.

Perbezaannya terletak di bahagian kad grafik di mana model A16 mampu menyokong sehingga NVIDIA GeForce RTX 4070 dengan kadar maksimum TGP 140W manakala model A14 hanyalah NVIDIA GeForce RTX 4060 pada kadar maksimum TGP 100w.

Memori pula hadir dengan jenis 32GB RAM LPDDR5X 7500MHz serta storan 2TB SSD PCIe Gen 4.

Dua model tersebut juga menggunakan paparan jenis IPS LCD dengan resolusi WQXGA (2560 x 1600) pada kadar segar semula 165Hz.

Bateri juga berbeza dari segi kapasiti yang mana 73Whr untuk model A14 dan 90Whr untuk model A16.

Lain-lain ciri yang lengkap bersama kedua-dua model adalah pembesar suara stereo Dolby Atmos, Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.3, USB-C 3.2 Gen 2 dan HDMI 2.1.

Ketersediaannya di pasaran global mahupun tempatan masih lagi belum diketahui.

Beli produk komputer riba ASUS TUF Gaming di:

Shopee – https://invl.io/clkpk5f

Lazada – https://invol.co/clkpk5g

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari
  • Intel Perkenal Siri Intel Xeon 6, Binaan 'Lunar Lake' Dan Pemecut Intel Gaudi 3
  • HONOR 200 Dan HONOR 200 Pro Sah Masuk Pasaran Malaysia
  • Kerajaan Akan Perkenal Bingkai Plat Khas Untuk ZEV

Sumber: Siaran Media ASUS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY