Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TP-Link Archer GE800

TP-Link Lancar 2 Penghala WiFi 7 Berprestasi, Sokong Kelajuan Sehingga 46Gbps

Diterbitkan April 18, 2024 · Dikemas kini April 18, 2024 oleh ariff bukhari

Penyedia rangkaian WiFi pengguna dan peranti rumah pintar terkemuka, TP-Link hari ini mengumumkan barisan produk teknologi wayarles terkini yang tersedia menyokong WiFi 7 untuk pasaran Malaysia.

Membawakan peningkatan kepada rangkaian rumah di Malaysia dengan daya pemprosesan lebih tinggi iaitu IEEE 802.11be Extremely High Throughput (EHT) yang berfungsi merentas tiga jalur (2.4GHz, 5GHz dan 6GHz) untuk memanfaatkan sumber sepenuhnya, penghala baharu TP-Link ini menyokong kelajuan sehingga 46Gbps.

Deco BE85

Penghala TP-Link Deco BE85 dengan WiFi Tiga Jalur (Tri-Band) menyokong kelajuan sehingga 22 Gbps, memastikan setiap peranti dalam rangkaian rumah anda beroperasi pada prestasi terbaik.

TP-Link Deco BE85

 

Ia juga dilengkapi dengan HomeShield yang meningkatkan keselamatan rangkaian rumah anda.

Berikut adalah ciri-ciri utama Deco BE85:

  • WiFi Tiga Jalur 12-Strim 22 Gbps
  • Rangkaian 10 Gbps Terbaru untuk Fleksibiliti Maksimum
  • Gabungan Backhaul Tanpa Wayar dan Berwayar
  • Operasi Pelbagai Pautan (MLO)
  • Saluran 320 MHz, Menggandakan Jalur Lebar
  • Berfungsi pada Jalur 6 GHz
  • Perlindungan dengan TP-Link HomeShield
  • Keserasian yang Lebih Universal

Archer GE800

TP-Link Archer GE800 adalah penghala permainan video dengan rekaan baharu yang inovatif dan terkini yang dilengkapi dengan WiFi 7.

Archer GE800 memberikan kelajuan sehingga 19 Gbps tiga jalur (Tri-Band) Wi-Fi dan keserasian EasyMesh.

TP-Link Archer GE800

Ia juga mempunyai kelajuan luar biasa iaitu 11,520 Mbps pada jalur 6 GHz, 5,760 Mbps pada jalur 5 GHz dan 1,376 Mbps pada jalur 2.4 GHz.

Antara ciri-ciri utama Archer GE800 termasuklah:

  • Kelajuan 19 Gbps terkini
  • WiFi 7 Tiga Jalur (Tri-Band) 7, Rangkaian Perdana untuk Permainan Video Lebih Intensiti
  • Dua Port 10G untuk Sambungan Masa Depan yang Diyakini
  • Daya Pecutan Eksklusif untuk Permainan Video
  • Panel Permainan Tersendiri, Membolehkan Pemain Merangka Strategi dengan berkesan
  • Reka Bentuk Khusus buat Permainan Video
  • TP-Link HomeShield untuk Perlindungan
  • Keserasian EasyMesh untuk Membentuk Jaringan WiFi Seluruh Rumah yang lebih lancar.

Penghala TP-Link Deco BE85 dijual dengan harga bermula dari RM1,599 dan Archer GE800 berharga RM2,599.

Ketahui lebih lanjut tentang produk dan perkhidmatan TP-Link, dengan layari laman rasmi TP-Link Malaysia.

Beli barisan produk terkini TP-Link dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/cll08na
  • Lazada – https://invol.co/cll08nk

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Sambar iPhone Raya Sekarang Serendah RM46/bulan Dan Jimat Sehingga RM750

Sumber: Siaran media TP-Link

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY