Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Time WiFi7_2

Time Tawar Router WiFi 7 Percuma Untuk Langganan 600Mbps Dan 1Gbps

Diterbitkan Ogos 9, 2024 · Dikemas kini Ogos 9, 2024 oleh Amalina Athman

Time kini menawarkan router atau penghala WiFi 7 percuma dengan pelan internet Home Fibre sedia ada.

Menurut Time, pelanggan baharu akan menerima penghala WiFi7 secara percuma bagi langganan 600Mbps dan 1Gbps dalam kontrak 24 bulan. Sementara pelanggan baharu 200Mbps boleh menaik taraf penghala ke WiFi 7 pada harga RM99.

Time WiFi 7

Bagi langganan sedia ada, Time menyediakan pilihan naik taraf ke penghala WiFi 7 bermula dari RM19/bulan (tidak termasuk pemasangan) melalui Self Care.

Sekiranya telah menjadi pelanggan Time selama 20 bulan atau lebih, pengguna boleh mendapatkan penghala itu secara percuma apabila menaik taraf pelan internet kepada 1Gbps.

Terdahulu, Time telah menawarkan peningkatan kelajuan percuma untuk pelanggan 100Mbps dan 500Mbps, dengan masing-masing dinaik taraf ke 200Mbps dan 600Mbps, selain memperkenalkan pelan dengan kontrak 12 bulan.

Berkaitan

  • Pelanggan Sedia Ada Time Akan Terima Naik Taraf Kelajuan Percuma
  • 10 Ribu Sekolah Seluruh Negara Akan Ditawar Pakej Internet Khas Berkelajuan Tinggi Julai Ini
  • CelcomDigi Turunkan Harga Langganan Pelan Internet Fibre 1Gbps
  • Orient Telecoms Tawar Internet 10Gbps, Pertama Untuk Perniagaan Di Malaysia

Sumber: Time Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY