Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil

10 Ribu Sekolah Seluruh Negara Akan Ditawar Pakej Internet Khas Berkelajuan Tinggi Julai Ini

Diterbitkan Mei 18, 2024 ยท Dikemas kini Mei 18, 2024 oleh ariff bukhari

Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil mengumumkan berita baik kepada sekolah-sekolah seluruh negara di mana mereka akan ditawarkan pakej khas langganan Internet jalur lebar talian tetap yang menawarkan Internet berkelajuan tinggi dan stabil berbanding talian mudah alih dengan harga lebih murah untuk dilanggan.

Pakej khas itu akan ditawarkan bermula 1 Julai 2024 nanti kepada semua sekolah-sekolah seluruh negara di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berjumlah 10,000 buah sekolah, menurut menteri itu.

Perkara itu dimaklumkan beliau semasa mengadakan tinjauan ke Projek Hab Rangkaian Gentian Optik Point of Presence (PoP) Zon Sabah di Menara Balimbang, Sekolah Kebangsaan Balimbang, Pulau Bum Bum, Sabah hari ini.

Perincian berkenaan pakej khas untuk sekolah ini akan diumumkan nanti.

Berkaitan

  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: Kementerian Komunikasi, Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY