Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CelcomDigi Fibre_r

CelcomDigi Turunkan Harga Langganan Pelan Internet Fibre 1Gbps

Diterbitkan Jun 6, 2024 ยท Dikemas kini Jun 6, 2024 oleh Amalina Athman

CelcomDigi telah mengemas kini pelan internet fibre, dengan menurunkan harga langganan bagi pelan 1Gbps.

Berkaitan

  • Harga Internet Fibre CelcomDigi Turun, 50Mbps Pada RM75 Sebulan
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Tonton UEFA EURO 2024 Dengan CelcomDigi Serendah RM29.99

Harga langganan bagi pelan CelcomDigi Fibre 1Gbps kini RM249/bulan, iaitu RM40 lebih murah berbanding ditawarkan sebelum ini. Melalui langganan ini, pengguna akan menikmati kelajuan muat turun dan muat naik masing-masing sehingga 1Gbps dan 200Mbps.

CelcomDigi Turunkan Harga Langganan Pelan Internet Fibre 1Gbps
CelcomDigi Turunkan Harga Langganan Pelan Internet Fibre 1Gbps

Sebagai tambahan, pelanggan pascabayar dengan pelan RM60 dan ke atas juga akan menikmati rebat RM10 selama 24 bulan, menjadikan langganan 1Gbps berharga RM239/bulan sepanjang tempoh itu.

CelcomDigi Turunkan Harga Langganan Pelan Internet Fibre 1Gbps

Dengan perubahan ini, ia bermakna CelcomDigi tidak lagi menyenaraikan pelan 800Mbps dalam pelan langganan internet fibre – sebelum ini ditawarkan pada harga sama seperti pelan 1Gbps yang disemak semula.

Walaupun begitu, perlu diketahui bahawa kemas kini harga langganan baharu hanya terpakai untuk pelanggan baharu. Laporan Lowyat.net menyatakan bahawa pelanggan sedia ada masih dikenakan bayaran RM289 buat masa ini, serta akan dimaklumkan melalui SMS sekiranya terdapat sebarang perubahan pada bil bulanan mereka.

Sumber: CelcomDigi
Rujukan: Lowyat.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY