Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelanggan Sedia Ada Time Akan Terima Naik Taraf Kelajuan Percuma

Pelanggan Sedia Ada Time Akan Terima Naik Taraf Kelajuan Percuma

Diterbitkan April 2, 2024 · Dikemas kini April 3, 2024 oleh Amalina Athman

Time dotCom (Time) hari ini mengumumkan telah mula menaik taraf pelan Time Fibre Home 100Mbps, 300Mbps dan 500Mbps secara berperingkat dan dijangka selesai hujung bulan ini.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Peningkatan kelajuan ini hadir secara percuma, dengan harga langganan bulanan sedia ada serta tiada perubahan pada kontrak langganan dan sebagainya.

Dengan naik taraf tersebut, pelanggan 100Mbps akan menerima peningkatan kelajuan 200Mbps. Sementara pelan 300Mbps dan 500Mbps masing-masing akan dinaik taraf dengan kelajuan 500Mbps dan 600Mbps.

Selain itu, semua pendaftaran baharu mulai sekarang hingga akhir April juga akan dinaik taraf secara automatik kepada kelajuan baharu, iaitu 200Mbps (daripada 100Mbps) dan 600Mbps (daripada 500Mbps).

Untuk menyemak sekiranya pelan langganan telah dinaik taraf, layari portal Self Care atau melalui aplikasi Time Internet.

Sumber: Siaran Media Time

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY