Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
orient telecoms

Orient Telecoms Tawar Internet 10Gbps, Pertama Untuk Perniagaan Di Malaysia

Diterbitkan Julai 4, 2024 · Dikemas kini Julai 4, 2024 oleh ariff bukhari

Orient Telecoms, sebuah syarikat tersenarai di UK dan penyedia perkhidmatan rangkaian terurus dan telekomunikasi serta penyelesaian teknologi, secara rasmi melancarkan ORBIT 10,000 Internet Perniagaan Premium dengan kapasiti 10Gbps.

Ia mula ditawarkan di Malaysia sebelum dikembangkan ke peringkat serantau dan global.

Perkhidmatan ini memastikan kelajuan dan keselamatan 10,000 Mbps dengan memanfaatkan Teknologi Slipstream Conduit proprietari Orient Telecoms yang beroperasi pada infrastruktur Ethernet Kelas Pembawa aktif (active Carrier Class Ethernet).

Ini berbeza dengan penyedia perkhidmatan lain yang menawarkan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi tetapi kebanyakannya beroperasi pada infrastruktur rangkaian optik pasif yang sederhana.

“ORBIT 10,000 adalah perkhidmatan Internet Perniagaan Premium yang pertama seumpamanya di Malaysia dan kami yakin ia akan meletakkan Orient Telecoms dan industri telekomunikasi Malaysia sebagai kuasa yang perlu diberi perhatian di rantau ini,” Encik Yane Alkushovski, Naib Presiden, Orient Telecoms Plc.

Orient Telecoms menyatakan, ORBIT10000 menjamin 99.99% masa beroperasi dan pemulihan pantas dalam tempoh 4 jam, disokong oleh bantuan secara 24/7/365.

orient telecoms
orient telecoms

Pelancaran ORBIT 10000 oleh Orient Telecoms menandakan peristiwa penting dalam landskap telekomunikasi Malaysia.

Ketahui lebih lanjut mengenai ORBIT 10000 dan cara ia mengubah ketersambungan perniagaan anda dengan melayari laman sesawang Orient Telecoms.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Pelan Prabayar U Mobile Kini Tawar 2X Ganda Kelajuan Pada Harga Sama

Terbaru

  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
©2026 WISER.MY