Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple launch 19 feb

Tim Cook Sahkan Pelancaran Produk Baharu Minggu Depan – Kemungkinan iPhone SE

Diterbitkan Februari 14, 2025 · Dikemas kini Februari 18, 2025 oleh Amalina Athman

Khabar angin mengenai pelancaran produk baharu Apple akhirnya terjawab. Hari ini, CEO Apple Tim Cook mengesahkan pelancaran produk baharu dijadualkan berlangsung pada Rabu, 19 Februari 2025.

Menerusi hantaran di X, Cook berkata “bersiap sedia untuk bertemu ahli baharu dalam keluarga”, yang disertakan dengan tanda pagar #AppleLaunch.

Video pendek itu turut memaparkan logo Apple dalam bentuk animasi di dalam sebuah bulatan, mencetuskan teka-teki dalam kalangan peminat. Tanpa mendedahkan butiran lanjut, spekulasi kuat mengatakan bahawa Apple akan memperkenalkan iPhone SE baharu.

Get ready to meet the newest member of the family.

Wednesday, February 19. #AppleLaunch pic.twitter.com/0ML0NfMedu

— Tim Cook (@tim_cook) February 13, 2025

 

Menurut Mark Gurman dari Bloomberg, ada yang berpendapat bulatan dalam video tersebut merujuk kepada AirTag, memandangkan model baharu dijangka hadir tahun ini. Namun, beliau percaya Cook tidak akan mengacah peminat untuk aksesori bernilai RM139. Sebaliknya, pelancaran ini berkemungkinan berkaitan iPhone SE baharu.

Ada juga yang mengaitkan bulatan itu dengan kamera belakang tunggal, sementara yang lain percaya ia menandakan ketiadaan butang Home pada iPhone SE.

If you look closely you can SEe an iPhone SE without a home button https://t.co/WFzqCfZz9E

— Joanna Stern (@JoannaStern) February 13, 2025

Hantaran Tim Cook lebih kelihatan sebagai teaser berbanding jemputan acara rasmi, memberi petunjuk bahawa pengumuman tersebut mungkin akan dibuat menerusi siaran akhbar di laman Apple Newsroom.

Namun, tidak mustahil jika Apple turut memuat naik video pengumuman di YouTube, seperti yang dilakukan ketika memperkenalkan iMac, Mac mini, dan MacBook Pro dengan cip M4 pada Oktober lalu.

Walaupun Cook tidak mendedahkan waktu tepat untuk pelancaran, saya jangkakan pengumuman ini akan berlaku sekitar 10.00 malam atau 1.00 pagi keesokannya waktu Malaysia.

Berkaitan

  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!
  • iPhone SE 4 Dikatakan Akan Dilengkapi 48MP Kamera Belakang, 12MP Swafoto
  • Imej Terbaru Dedahkan Kemungkinan Rekaan Sebenar iPhone SE 4
  • Bukan Minggu Ini, iPhone SE 4 Kini Dijangka Tiba Minggu Depan

Sumber: Tim Cook

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY