Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone SE_Apple Hub

Bukan Minggu Ini, iPhone SE 4 Kini Dijangka Tiba Minggu Depan

Diterbitkan Februari 12, 2025 · Dikemas kini Februari 12, 2025 oleh Amalina Athman

Pelancaran iPhone SE generasi keempat masih belum mempunyai tarikh rasmi, dengan laporan terkini Mark Gurman dari Bloomberg menyatakan bahawa peranti itu sepatutnya diumumkan menjelang minggu depan.

Untuk rekod, minggu lalu Gurman menyebut ia berkemungkinan dilancarkan seawal minggu ini, sebelum sekali lagi menegaskan kenyataan tersebut dengan lebih yakin.

Namun, kini timbul semula sedikit ketidakpastian mengenai tarikh sebenar pelancarannya, walaupun ia masih dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menariknya, Gurman turut mendedahkan bahawa Apple mempunyai beberapa pengumuman lain yang bakal dibuat dalam tempoh terdekat, termasuk satu pengumuman “lebih kecil” yang dijadualkan esok – atau seawal malam ini waktu Malaysia.

New iPhone SE is still imminent and should be announced by next week, when the company is holding product briefings. Tomorrow there’s a smaller announcement. For Friday, Apple Vision Pro reps are reaching out to press about an announcement to come. M4 MacBook Air within weeks. https://t.co/UabWO0shjY

— Mark Gurman (@markgurman) February 12, 2025

Selain itu, beliau berkata MacBook Air dengan cip M4 dijangka diperkenalkan dalam beberapa minggu lagi.

Bagaimanapun, tarikh pelancarannya masih belum jelas, memandangkan ia telah lama dikhabarkan akan tiba dalam masa terdekat dan pada asalnya disebut-sebut sebagai pelancaran perkakasan pertama Apple untuk tahun ini.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • iPhone SE 4 Dikatakan Akan Dilengkapi 48MP Kamera Belakang, 12MP Swafoto
  • Imej Terbaru Dedahkan Kemungkinan Rekaan Sebenar iPhone SE 4
  • Gurman: iPhone SE Baharu Akan Dilancar Minggu Ini

Sumber: MacRumors

Gambar utama: Apple Hub

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY