Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Macbook pro

MacBook Pro Kini Dilengkapi Cip M4 Pro Dan M4 Max, Harga Bermula RM8,499

Diterbitkan Oktober 31, 2024 · Dikemas kini Oktober 31, 2024 oleh Amsyar Latif

Selari dengan pengumuman cip M4 Max, Apple turut melancarkan MacBook Pro baharu yang mana model 14 inci serta 16 inci kini dilengkapi cip M4 Pro dan M4 Max.

Komputer riba ini didatangkan dengan memori serendah 24GB RAM. Sementara model M4 Max pula adalah serendah 36GB RAM.

Macbook pro

Selain itu, ia turut menyokong output natif DisplayPort 2.1 melalui USB-C, Thunderbolt 5, slot SDXC, bicu audio, port MagSafe 3, Bluetooth 5.3 dan Wi-Fi 6E.

Tambahan lagi, semua model menyokong monitor tambahan sehingga resolusi 8K. Model M4 Max menyokong sehingga 3 monitor dengan resolusi 6k pada kadar 60Hz menerusi sambungan Thunderbolt dan 1 monitor tambahan dengan resolusi 4K pada 144Hz menerusi HDMI atau 2 monitor tambahan dengan resolusi 6K pada 60Hz (Thunderbolt) atau satu monitor dengan resolusi 4K pada 240Hz menerusi HDMI.

Macbook pro

Sementara, model M4 Pro, 3 monitor dengan resolusi 6K pada 60Hz (Thunderbolt/HDMI) atau 1 monitor pada resolusi 6K 60Hz dan monitor kedua pada resolusi 8K 60Hz atau 4K pada 240Hz.

Kesemua model menampilkan paparan Liquid Retina XDR yang dinaik taraf dan juga kini ada pilihan paparan nano-texture. Ini merupakan kali pertama nano-texture ditawarkan dalam MacBook. Skrinnya juga menawarkan kecerahan sehingga 1000 nits untuk kandungan SDR.

Kamera center stage 12MP turut dipertingkatkan dengan membolehkan kualiti video lebih baik biarpun dalam persekitaran yang tidak mempunyai pencahayaan memberangsangkan.

Dari jangka hayat bateri, Apple mengatakan MacBook Pro M4 Max boleh mencapai sehingga 18 jam. Manakala M4 Pro pula sehingga 22 jam.

Bukan itu sahaja, MacBook Pro juga dikemas kini dengan cip M4 serta memori permulaan 16GB RAM dan storan 512GB SSD.

Harga bagi MacBook Pro M4 14 inci adalah bermula RM6,999, MacBook Pro M4 Pro bermula RM8,499 dan MacBook Pro M4 Max bermula RM13,399

Sekiranya anda sukakan saiz besar, MacBook Pro M4 Pro 16 inci dijual pada harga bermula RM10,999. Sementara MacBook Pro M4 Max 16 inci diletakkan pada harga permulaan RM15,299.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY