Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone SE 4_dummy unit

Imej Terbaru Dedahkan Kemungkinan Rekaan Sebenar iPhone SE 4

Diterbitkan Januari 17, 2025 ยท Dikemas kini Januari 17, 2025 oleh Amalina Athman

Apple dilaporkan merancang untuk memperkenalkan versi baharu iPhone SE pada tahun ini, dan kini imej terbaru mendedahkan kemungkinan rekaan sebenar peranti itu kelak.

Menerusi platform X, Sonny Dickson telah berkongsi beberapa imej yang dikatakan sebagai unit dummy iPhone SE 4.

dummy unit iPhone SE 4_1

Ura-ura sebelum ini mengatakan model iPhone SE seterusnya akan kelihatan seperti iPhone 14, dan ini nampaknya tepat berdasarkan imej yang dikongsi.

Selain itu, terdapat rangka aluminium seperti iPhone 14, serta panel belakang kaca dan kamera belakang dengan lensa tunggal.

dummy unit iPhone SE 4_2

Walaupun ada spekulasi mengatakan iPhone SE 4 mungkin dilengkapi butang Action atau Camera Control, tetapi imej yang tertiris itu memberikan gambaran sebaliknya.

Buat pengetahuan, model dummy merupakan mock up (tidak berfungsi) bagi peranti baru yang dibuat berdasarkan maklumat tertiris dari kilang rakan kongsi Apple.

Dikatakan, terdapat keuntungan besar dalam menjadi yang pertama mengeluarkan sarung untuk peranti baru, dan model dummy yang tertiris kebanyakannya terbukti tepat.

Berbalik kepada konteks, iPhone SE 4 dijangka akan dilancarkan sekitar Mac atau April kelak, dan akan kekal sebagai model iPhone mampu milik.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • iPhone SE 4 Dijangka Lancar Pada Mac
  • iPhone SE 4 Dikatakan Akan Dilengkapi 48MP Kamera Belakang, 12MP Swafoto
  • iPhone SE Generasi Keempat Mungkin Dipanggil Sebagai iPhone 16E

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY