Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mac mini 2024_

Apple Umum Mac mini Baharu – Dikuasakan Cip M4 Dan M4 Pro, Saiz Lebih Kecil

Diterbitkan Oktober 29, 2024 · Dikemas kini Oktober 30, 2024 oleh Amalina Athman

Apple hari ini mengumumkan kemas kini Mac mini baharu yang dikuasakan oleh cip M4 dan M4 Pro, dengan rekaan lebih kecil bersaiz 5×5-inci.

Mac mini 2024_1
perbandingan Mac mini model lama dan baharu
mac mini 2024___1

Mac mini M4

Mac mini dengan cip M4 dimuatkan 10-teras CPU, 10-teras GPU serta 16-teras Neural Engine. Ia didatangkan dengan konfigurasi memori sehingga 32GB RAM yang menawarkan kelajuan sehingga 120Gbps serta 2TB storan SSD.

Mac mini 2024_4
Mac mini 2024_5

Dengan M4, Apple berkata Mac mini memberikan prestasi CPU sehingga 1.8x lebih pantas dan prestasi GPU 2.2x lebih pantas berbanding model M1.

Mac mini 2024_3
Mac mini 2024_2

Di bahagian hadapan, versi M4 menampilkan 2 port USB-C dengan sokongan USB 3 dan bicu audio 3.5mm. Sementara di bahagian belakang menempatkan 3 port Thunderbolt 4 (USB-C) serta port HDMI dan Gigabit Ethernet.

Mac mini dengan cip M4 mampu menyokong tiga paparan serentak, iaitu sehingga 2 paparan 6K/60Hz dan satu paparan 5K/60Hz menggunakan Thunderbolt atau resolusi 4K/60Hz menggunakan HDMI.

Mac mini M4 Pro

Mac mini M4 Pro dilengkapi sehingga 14-teras CPU, 20-teras GPU dan 16-teras Neural Engine. Ia menawarkan konfigurasi memori sehingga 64GB RAM dengan kelajuan 273GBps serta 8TB storan SSD.

Mac mini 2024_6
Mac mini 2024_7

Dengan sehingga 20 teras, Apple berkata GPU M4 Pro adalah sehingga dua kali lebih berkuasa daripada GPU dalam M4. Neural Engine dalam M4 Pro juga lebih 3x lebih pantas daripada Mac mini dengan M1.

Model M4 Pro menempatkan dua port USB-C di bahagian hadapan dan tiga port Thunderbolt 5 (USB-C) di bahagian belakang. Ini adalah kali pertama Mac menampilkan sambungan Thunderbolt 5, yang menawarkan kelajuan pemindahan data sehingga 120 Gbps – 3 kali ganda berbanding Thunderbolt 4.

Apple Umum Mac mini Baharu – Dikuasakan Cip M4 Dan M4 Pro, Saiz Lebih Kecil
Apple Umum Mac mini Baharu – Dikuasakan Cip M4 Dan M4 Pro, Saiz Lebih Kecil

Mac mini M4 Pro menyokong sehingga tiga paparan serentak pada resolusi 6K/60Hz menggunakan Thunderbolt atau HDMI.

Harga dan ketersediaan

mac mini 2024_m4 m4 pro

Mac mini dengan cip M4 dan M4 Pro masing-masing diletakkan pada harga bermula RM2,499 dan RM5,999. Sama seperti iMac baharu, belum lagi diketahui ketersediaan produk ini untuk pasaran tempatan.

{suggest}

Sumber: Apple Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY