Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Perkenal iMac Baharu Dengan Cip M4, Harga Bermula RM5799

Apple Perkenal iMac Baharu Dengan Cip M4, Harga Bermula RM5799

Diterbitkan Oktober 28, 2024 · Dikemas kini Oktober 29, 2024 oleh Amalina Athman

Apple hari ini mengumumkan kemas kini iMac 24-inci dengan cip M4, yang pertama kali membuat kemunculan dalam iPad Pro pada Mei lalu.

Dengan cip M4 yang menampilkan sehingga 10-teras CPU dan 10-teras GPU, Apple berkata iMac adalah sehingga 1.7x lebih pantas untuk produktiviti harian dan sehingga 2.1x lebih pantas untuk aliran kerja yang memerlukan seperti suntingan foto dan permainan, berbanding iMac dengan M1.

iMac baharu ini hadir dengan minimum 16GB RAM, berbanding 8GB bagi model asas sebelumnya. Ia boleh dikonfigurasikan dengan sehingga 32GB RAM dan 2TB storan SSD, bergantung pada jenis varian.

Buat pertama kalinya, iMac boleh dikonfigurasikan dengan nano-texture glass, yang mempunyai salutan khas untuk meminimumkan lagi silau pada skrin.

Apple Perkenal iMac Baharu Dengan Cip M4, Harga Bermula RM5799
Apple Perkenal iMac Baharu Dengan Cip M4, Harga Bermula RM5799

Apple menaik taraf iMac dengan kamera 12MP Center Stage, sehingga 4 port Thunderbolt dan aksesori yang menyokong USB-C.

iMac 2024_1

Sama seperti produk Apple yang dilancarkan tahun ini, iMac baharu juga menyokong Apple Intelligence yang telah pun dilancarkan untuk set pertama pada malam ini. Tujuh pilihan warna tersedia iaitu Green, Yellow, Orange, Pink, Purple, Blue dan Silver.

Harga dan ketersediaan

iMac 2024

iMac baharu dengan 8-teras CPU dan 8-teras GPU diletakkan pada tanda harga bermula RM5,799. Sementara iMac dengan 10-teras CPU dan GPU ditawarkan pada harga bermula RM6,699.

Buat masa ini, belum dimaklumkan mengenai tarikh rasmi bagi jualan iMac dengan cip M4 untuk pasaran Malaysia.

Berkaitan

  • iPad Pro Baharu Kini Dengan Skrin OLED Dan Cip Apple M4
  • Rasmi, Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam 'Apple Intelligence'
  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • iOS 18.1 Kini Tersedia Dengan Sokongan Apple Intelligence

Sumber: Apple Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY