Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
“TikToker” Ini Gesa 1.2 Bilion Pengguna iPhone Ubah Tabiat Mengecas Bateri Peranti

“TikToker” Ini Gesa 1.2 Bilion Pengguna iPhone Ubah Tabiat Mengecas Bateri Peranti

Diterbitkan Oktober 24, 2022 · Dikemas kini Oktober 24, 2022 oleh ariff bukhari

Seorang pengguna TikTok menerusi akaun Shoandtech menggesa pengguna iPhone untuk tidak mengecas peranti Apple itu semalaman.

Dalam video TikTok nya itumenjelaskan, iPhone 13 Pro Max nya sangat jarak sekali dicas setiap malam sejak dia membeli telefon itu pada pelancaran telefon pintar tersebut pada tahun 2021 lalu.

Beliau kemudian menunjukkan status menu Battery Health iPhone miliknya di mana pengguna boleh mengetahui sejauh mana prestasi bateri mereka.

Apa yang mengejutkan adalah kapasiti bateri peranti itu didapati masih pada tahap 100%.

Kemudian beliau membandingkan pula dengan iPhone 13 milik isterinya yang hanya dibeli 3 bulan selepas pelancaran.

Beliau berkata, ciri optimasi pengecasan bateri pada iPhone 13 isterinya itu diaktifkan ketika sedang dicas.

Tetapi status kesihatan bateri iphone 13 tersebut telah menurun kepada 93% hanya walau hanya selepas 9 bulan sahaja digunakan.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, beliau membandingkan pula model iPhone 12 Pro yang dibelinya pada tahun 2020 dahulu dan didapati status kesihatan bateri iPhone tersebut masih baik 100%.

Hasil daripada itu beliau menyimpulkan bahawa “…jika anda mengambil berat tentang kesihatan bateri anda, sama ada untuk dijual semula atau mendapatkan hayat bateri maksimum setiap hari, maka anda perlu berhenti mengecas iPhone anda semalaman.” Shoandtech.

Saranan beliau itu termasuk jugalah kepada pengguna telefon pintar Android.

@shoandtech Stop charging your phone overnight! Optimized charging isn’t as great as you think it is! #iphone #android #batteryhealth #tech #shoandtech ♬ original sound – Shomes | Tech & Lifestyle

Apple perkenalkan ciri ‘Optimized Battery Charging‘ yang dapat menyesuaikan peranti dengan penggunaan harian anda sekaligus dapat mengekalkan jangka hayat bateri peranti dari semasa ke semasa. Ciri tersebut tersedia bermula dari iOS 13 dan bagi platform peranti lain termasuklah watchOS 7 dan macOS Big Sur.

Apple menjelaskan, “Berdasarkan rutin pengecasan harian anda, ia mungkin menangguhkan pengecasan secara automatik kepada 100% sehingga sejurus sebelum anda perlu menggunakan bateri”. Apple.

Sumber: Apple, Tech Advisor, Demand Sage

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • "TikToker" Ini Gesa Berbilion Pengguna Telefon Pintar Android Mematikan Ciri Ini Dengan Segera
  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Buang Segera 16 Aplikasi Popular Android Ini Kerana Didapati 'Memakan' Bateri Telefon Pintar
  • Ini 6 Ciri Terbaru WhatsApp Yang Sepatutnya Anda Sudah Terima Dan Bakal Dapat

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY