Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
“TikToker” Ini Gesa Berbilion Pengguna Telefon Pintar Android Mematikan Ciri Ini Dengan Segera

“TikToker” Ini Gesa Berbilion Pengguna Telefon Pintar Android Mematikan Ciri Ini Dengan Segera

Diterbitkan Ogos 30, 2022 · Dikemas kini Ogos 30, 2022 oleh ariff bukhari

Seorang bintang TikTok menerusi akaun @tatechtips telah menggesa pengguna telefon pintar Android supaya menyemak tetapan ciri sambungan WiFi mereka.

Ini kerana dakwa beliau, mematikan Wi-Fi tidak bermaksud Wi-Fi pada peranti anda telah dimatikan sepenuhnya.

“Mematikan Wi-Fi anda, tidak semestinya bermakna anda telah mematikan Wi-Fi anda,” @tatechtips.

Jadi bagi memastikan anda benar-benar telah mematikan sambungan Wi-Fi pada peranti anda adalah anda perlu menyemak dan pastikan tetapan ‘Wi-Fi Scanning’ dalam peranti anda turut dinyah aktifkan.

WhatsApp Image 2022-08-30 at 4.38.01 PM

@tatechtips menjelaskan,

“…ini bermakna apabila anda telah mematikan WiFi, tetapi anda masih menghidupkan imbasan di mana telefon anda masih sentiasa menghantar permintaan probe untuk sambungan WiFi,”

“Jadi jika anda mahukan tahap privasi tambahan, pastikan anda mematikan pengimbasan WiFi anda juga.”

@tatechtips #techtips #techtok #androidtips #samsungtips #howto ♬ original sound – TA TECH TIPS

Berkaitan

  • 2 Penyelidik Menggodam TikTok Bagi Menunjukkan Isu Keselamatan Platfom Tersebut
  • 5 Gajet Viral Di TikTok Yang Mungkin Anda Minat
  • Aksi TikTok Dilarang Di Nepal Kerana Mengganggu Penganut Buddha

Setakat ini, video TikTok beliau itu sudah menerima lebih daripada 84 ribu suka dan sudah dikonggsikan sebanyak 2289 kali setakat artikel ini ditulis.

Akses tetapan bagi mematikan ciri Wi-Fi scanning adalah melalui Settings > Location > Location services > Wi-Fi scanning.

Atau cara lebih mudah adalah dengan membuat carian Wi-Fi scanning di dalam Settings telefon pintar Android anda.

Sebagai makluman, Wi-Fi scanning bukanlah ciri bagi mencari rangkaian semata-mata. Ia sebenarnya adalah sebahagian daripada perkhidmatan lokasi pada telefon pintar anda.

Bermaksud ia akan mengimbas rangkaian untuk mendapatkan lebih info tentang lokasi semasa anda berada pada bila-bila masa.

Sumber: 7NEWS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY