Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perisian Hasad Ini Tidak Boleh Dipadam Walaupun Factory Reset Dilakukan

Buang Segera 16 Aplikasi Popular Android Ini Kerana Didapati ‘Memakan’ Bateri Telefon Pintar

Diterbitkan Oktober 22, 2022 ยท Dikemas kini Oktober 22, 2022 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan dari McAfee telah mengesan 16 aplikasi Android yang didapati memakan kuasa bateri telefon pintar luar dari kebiasaan sehingga menyebabkan bateri peranti Android habis dengan cepat.

Malah aplikasi-aplikasi itu juga turut dikesan menggunakan data internet lebih tinggi dari penggunaan normal.

Jumlah keseluruhan ulang muat turun aplikasi-aplikasi itu oleh pengguna Android pula adalah lebih daripada 20 juta kali.

Berikut adalah senarai 16 aplikasi Android tersebut sepertimana yang dinyatakan oleh McAfee:

android malware
Buang Segera 16 Aplikasi Popular Android Ini Kerana Didapati ‘Memakan’ Bateri Telefon Pintar
Buang Segera 16 Aplikasi Popular Android Ini Kerana Didapati ‘Memakan’ Bateri Telefon Pintar

Penyelidik keselamatan McAfee itu menjelaskan, aplikasi-aplikasi itu memang berfungsi seperti biasa.

Tetapi disebalik tabirnya apabila diaktifkan, aplikasi-aplikasi itu akan melaksanakan aktiviti yang meragukan.

“Sebaik sahaja aplikasi dibuka, ia memuat turun konfigurasi secara kawalan jauh dengan melaksanakan permintaan HTTP. Selepas konfigurasi dimuat turun, ia akan mendaftarkan pendengar FCM (Firebase Cloud Messaging) untuk menerima mesej tolak. Pada pandangan pertama, nampak ia seakan perisian android yang dibuat dengan baik. Walau bagaimanapun, ia menyembunyikan ciri penipuan iklan di sebalik tabir dengan konfigurasi jauh dan teknik FCM.”

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14

“Apabila ia melawat laman sesawang yang disampaikan oleh mesej FCM, ia akan melayarinya secara berturut-turut di latar belakang sambil mimik tingkah laku penggunanya. Ini boleh menyebabkan trafik rangkaian yang tinggi sekaligus menggunakan banyak kuasa tanpa disedari pengguna sambil menjana keuntungan di sebalik perisian hasad ini.” SangRyol Ryu, Penyelidik Keselamatan McAfee.

Respon terhadap laporan itu, jurucakap Google memaklumkan kesemua aplikasi yang dilaporkan itu sudah pun dibuang dari Google Play Store mereka.

Sumber: McAfee

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY