Sejak seminggu lalu, WhatsApp sudah pun menawarkan kemas kini dengan dimuatkan pengenalan pelbagai ciri baharu di dalam aplikasi tersebut.
Jadi di sini disenaraikan 5 ciri baharu WhatsApp yang sepatutnya sudah anda terima:-
1. Sokongan sehingga 1024 ahli grup
Jika 512 ahli grup belum cukup untuk anda, WhatsApp kini mampu menyokong sehingga 1024 ahli grup.
Anda boleh menyemak bagi mengetahui sama ada anda sudah terima atau tidak ciri baru ini dengan cara mencipta grup WhatsApp baru dan lihat had bilangan ahli yang boleh ditambah di bahagian Add Participants.
2. Reaksi emoji pada status seperti di Instagram
Jika sebelum ini reaksi emoji pada status hanya boleh digunakan oleh sebahagian pengguna sahaja, tetapi kini ciri tersebut sudah pun ditawarkan kepada semua pengguna termasuklah untuk peranti Android dan iOS.
Anda hanya perlu leretkan ke atas pada status WhatsApp tersebut dan akan tertera emoji seperti rajah di bawah.
3. Sekatan tangkap layar untuk View once
WhatsApp meningkatkan lagi privasi kepada penggunanya dengan tidak lagi membenarkan tangkap layar (screenshot) ke atas mesej bergambar dan video yang ditetapkan sebagai View once.
Apabila anda cuba membuat tangkap layar atas membuat rakaman skrin, mesej sekatan seperti di bawah akan dipaparkan.
Cuma buat masa ini ciri ini masih dalam peringkat pembangunan yang hanya ditawarkan kepada pengguna WhatsApp versi beta sahaja.
4. WhatsApp versi tablet
Sebelum ini sudah pun dikhabarkan tentang pembangunan aplikasi WhatsApp iPad dan tablet Android.
Walaubagaimanapun sehingga kini ia masih dalam peringkat pembangunan dan hanya tersedia ditawarkan kepada pengguna versi beta sahaja.
{suggest}
5. Sembunyi status online
Salah satu ciri yang dinanti-nanti pengguna WhatsApp adalah menyembunyikan status WhatsApp mereka sedang Online.
Kini ciri tersebut sudah pun tersedia kepada semua pengguna Android secara berperingkat.
Perlu diketahui, apabila ciri ini diaktifkan, anda juga tidak akan dapat melihat status online pengguna WhatsApp yang lain.
Untuk pengguna iOS pula dikhabarkan masih belum menerima ciri baru WhatsApp ini setakat ini.
6. Keluar Grup ‘diam-diam
Kini anda tidak perlu lagu segan-segan untuk keluar grup WhatsApp kerana anda kini sudah boleh keluar dari sesebuah grup itu secara diam-diam tanpa disedari ahli grup yang lain.
Tetapi admin grup masih akan menerima notifikasi yang anda sudah meninggalkan grup WhatsApp tersebut.
Jika anda masih belum menerima ciri-ciri baharu yang sudah tersedia seperti yang dinyatakan di atas, anda bolehlah segera mengemas kini segera aplikasi WhatsApp anda di dalam peranti.