Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok Didakwa Boleh Pantau Apa Sahaja Yang Ditaip Dalam Pelayar Aplikasi

TikTok Akan Benarkan Hos Hadkan ‘Live’ Untuk Pengguna Berumur 18 Tahun Ke Atas Sahaja

Diterbitkan Oktober 18, 2022 · Dikemas kini Oktober 18, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

TikTok memaklumkan bahawa beberapa ciri dan peraturan akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini.

Pertama, ciri Multi-Guest di mana hos boleh membawa masuk sehingga 5 orang tetamu dalam satu-satu sesi ‘live’.

Ini akan menjumlahkan sehingga 6 orang keseluruhannya dalam sesi itu. Bukan itu saja, host juga boleh memilih reka letak (layout) sama ada ada petak (grid) atay panel.

Kedua, tentang sesi siaran langsung juga, kini TikTok membenarkan hos untuk mengehadkan live mereka hanya tercapai untuk pengguna dewasa (18 tahun ke atas).

Kata TikTok, ini sesuai untuk mereka yang berbincang, berkongsi tentang topik-topik yang lebih sesuai dan selesa untuk penonton dewasa.

Berkaitan

  • Gen Z Lebih Gemar Guna TikTok Untuk Carian Berbanding Google - Kajian Google
  • TikTok Didakwa Boleh Pantau Apa Sahaja Yang Ditaip Dalam Pelayar Aplikasi
  • 7 Gajet Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Jualan 9.9
  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Yuran Transaksi TikTok Shop Meningkat Mulai Oktober
  • JPN Akan Keluarkan Sijil Kelahiran Dengan Ciri Keselamatan Terkini Bermula Tahun Depan
  • Netflix Kenalkan "Profile Transfer", Ini Cara Pindahkan Data Profil Lama Ke Akaun Baru

Ia mungkin kedengaran pelik namun memikirkan kini banyak kandungan seperti tips kelamin untuk pasangan sah, petua hubungan untuk suami isteri serta cara menjaga kebersihan peribadi, tidak hairanlah TikTok memperkenalkan ciri ini.

Kandungan-kandungan selalunya dikongsi daripada mereka yang mendakwa doktor atau pengamal kesihatan.

Ketiga, had minumum umur untuk memulakan/mencipta sesi langsung atau sering disebut sebagai live juga ditingkatkan daripada 16 tahun ke 18 tahun. Peraturan ini akan berkuat kuasa mulai 23 November.

Peraturan had umur ini turut sama dikenakan untuk akses terhadap direct message dan pemberian gift serta ciri melibatkan wang yang lain.

TikTok Akan Benarkan Hos Hadkan ‘Live’ Untuk Pengguna Berumur 18 Tahun Ke Atas Sahaja

Keempat, pencipta live boleh menapis komen yang dirasakan mereka tidak sopan. TikTok nanti akan menghantar cadangan perkataan yang boleh ditambah ke dalam senarai tapisan.

Sumber: TikTok

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY