Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
netflix profile

Netflix Kenalkan “Profile Transfer”, Ini Cara Pindahkan Data Profil Lama Ke Akaun Baru

Diterbitkan Oktober 18, 2022 · Dikemas kini Oktober 18, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Netflix telah melancarkan Profil Transfer, sebuah ciri yang membenarkan maklumat daripada profil sekarang dipindahkan ke akaun Netflix.

Antara maklumat yang dipindahkan termasuklah sejarah tontonan, cadangan kandungan, senarai dicipta pengguna, permainan.

Berkaitan

  • CEO Netflix: Pelan Beriklan Tidak Akan Ada Semua Kandungan Seperti Sekarang
  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • 5 Android TV Box Bawah RM300 Yang "Lulus" Google Dan Netflix
  • Netflix Umum Pelan Beriklan, Tersedia Di 12 Negara Bermula November Ini
  • Pelan Basic Netflix Di Malaysia Akan Sokong Resolusi 720p

Contohnya, sebelum ini anda mempunyai profil bernama Bojack di bawah akaun Netflix yang dibayar dan dimilik rakan anda bernama Nadiah.

Kini, anda sudah bergaji besar dan mahu melanggan sendiri di bawah akaun anda serta sanggup berbelanja RM55 sebulan (Premium) untuk penggunaan anda seorang. “Aku kaya!” begitu.

Profile Transfer

Jadi, maklumat profil anda bernama Bojack tadi boleh dipindahkan ke akaun baharu anda. Ciri sudah mula tersedia untuk pengguna seluruh dunia mulai hari ini.

Cara pindahkan maklumat melalui Profile Transfer

  1. Log masuk Netflix melalui pelayar di komputer.
  2. Tekan ikon profil di bucu kanan atas.
  3. Tekan Profile Transfer.
  4. Masukkan e-mel dan kata laluan akaun Netflix baharu yang menjadi destinasi pemindahan.

Pemilik akaun profil anda sekarang iaitu Nadiah akan dimaklumkan tentang proses ini.

Akan tetapi melalui pemerhatian kami, pemindahan data ini hanya terhad daripada daripada profil ke akaun baharu.

Ini dilihat sebagai salah satu cara Netflix untuk mengekalkan pelanggan dalam platform mereka selepas ramai mula berang dengan tindakan mereka yang mahu mengecas pengguna yang di luar isi rumah dan hadkan perkongsian kata laluan.

Setakat 8 bulan dalam 2022, pegangan pasaran global mereka telah turun sebanyak 5% daripada 32%.

Sumber: Netflix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY